MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

23 Jun 2009

Tahukah anda siapa yang melatah ?

Oleh Faisal Tehrani

Tahukah anda latah adalah ucapan atau perbuatan yang terungkap atau kaget tidak terkawal (starled reaction). Apabila seseorang melatah apa yang muncul atau terlafaz ialah alam bawah sedar (subconcious).

Menurut pakar psikiatri ada beberapa sebab terjadinya latah ini; salah satu yang sering dirujuk orang ialah 'latah lingkungan',latah jenis ini dikatakan merupakan satu bentuk mencari perhatian. Latah jenis ini selalunya terjadi kerana si penderita tertekan gara-gara stres.

Terdapat sekurang-kurangnya empat jenis latah. Pertama, ekolalia; ini berlaku apabila si penderita mengulangi perkataan orang lain. Misalnya anda menyucuk belakang seseorang sambil menjerkah 'oh lembu', si penderita dengan spontan akan terpancut dari mulutnya 'oh lembu lembu lembu lembu itulah bapak kau'. Kedua, ekopraksia; iaitu meniru gerakan orang lain. Misalnya anda menyergah seseorang sambil menari, si penderita dengan spontan juga akan mengepakkan tangannya seakan mengulangi tarian si pengganggu. Ketiga, koprolalia; ini berlaku apabila si penderita mengucapkan kata-kata yang dianggap kotor atau kurang ajar apabila diacah. Misalnya seseorang yang disergah akan melatah seperti 'oh sampah' atau 'oh boneka'. Terakhir, latah yang jarang berlaku ialah automatic obedience; di mana seseorang melaksanakan perintah secara spontan pada saat terkejut. Misalnya; kala penderita dikejutkan dengan seruan perintah seperti ”tonggeng” atau ”terlentang”, ia akan segera melakukan perintah itu.

Menurut pakar psikiatri latah mengekang kreativiti dan idea orang lain. Malah si penderita pula selalunya kehilangan daya untuk ‘mencipta’ hal-hal yang baharu, yang lebih segar dan tertakluk kepada kejumudan.

Latah sukar disembuhkan. Hari ini misalnya si pelatah berjanji tidak akan buat lagi. Sekiranya ia berlaku dalam kalangan pemimpin ia dapat menjadikan organisasi yang diketuai lemah. Meski sudah berjanji tak nak buat lagi, esok lusa biasanya mereka tetap mengulang latah yang hampir sama. Oleh kerana latah berlaku kerana adanya keterkejutan maka cara untuk merawatnya ialah dengan mencari ketenangan dalam hidup seperti bersara, berehat panjang atau menukar bidang pekerjaan terutama jika pekerjaannya itu membuatkan stres. Dalam masa yang sama orang yang suka menyucuk, mengganggu dan mengacah itu juga harus dipanggil dan diberi sesi kaunseling supaya jangan menyucuk si penderita. Kebiasaannya mereka yang mengacau ini adalah anak-anak yang nakal dan tidak matang. Kita boleh menasihatkan, misalnya, 'Mu tok sah lagi lah buat keje menyucuk ni'.

Rujukan soal latah ini dapat diperolehi menerusi laman berikut:

http://www.pikiran-rakyat.com/cetak/0603/08/1001.htm
http://www.pikiran-rakyat.com/cetak/2006/102006/05/syiar06.htm
http://kafka.web.id/depan_130.html
http://andalasdejava.wordpress.com/2007/09/05/mental-latah-kita/
http://blog.dakota23.com/archives/2005/04/12/latah/

Adakah sesiapa dalam kalangan anda pelatah? Tahukah anda sesiapa dalam kalangan kita yang melatah?

sumber - faisal tehrani


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Inilah keistimewaan orang Melayu dan penyakit Latah.Sebut saja Melayu..maka Islamlah agamanya..Sebut saja Latah itulah
Penyakitnya yang tidak dimilki oleh bangsa lain didunia ini.

Inilah Istimewanya Melayu dan Latah.Cuma Islam saja tidak bererti Melayu.Tetapi Latah Hak Melayu.


Cuma bila orang melayu mula berpolitik kesukuan..melalui politik PAS.
Pemimpin-pemimpin PAS cuba untuk memartabatkan politik mereka menjadi lebih istimewa dari Melayu melalui Fatwa AWANG HADI dengan memartabat PAS itu Islam dan Islam itu PAS.

Selain dari PAS Kafir.Ini amat bertentangan sama sekali.
Tetapi pemimpin PAS perlu sedar Politik PAS hanya setaraf Penyakit LATAH saja.Kerana PAS itu hak mutlak orang Melayu .Bukan hak bangsa lain.

Bila PAS beranggapan Partinya lebih istimewa dari Melayu,ia amatlah bertentangan samasekali.Kerana PAS bukan Islam dan Islam bukan bererti PAS.
Melayu itu Islam,(semua orang tahu).Cuma Islam tidak bererti Melayu.
.

Sebenarnya politik PAS hanya setaraf penyakit “LATAH” yang menjadi hak mutlak parti orang Melayu saja.

Cuma akhir-akhir ini..PAS tidak setaraf lagi Penyakit Latah lagi..dan jauh sekali tarafnya dengan Melayu.

Kerana PAS bukan lagi hak mutlak politik orang Melayu,kerana PAS kini hak orang cina,india dan lain2 bangsa.


Jika Pas sudah tidak setaraf penyakit Latah..lagi,Mungkin hari ini PAS sudah berada diperingkat yang lebih tinggi dari Latah iaitu sasau atau nyanyok yang lebih terok dari Latah.