MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

23 Jun 2009

Makna kerajaan perpaduan : Anwar jangan main-main dengan PAS



Oleh : Medan Info Kita

Hebatkah KUASA Anwar Ibrahim yang boleh membuatkan seseorang itu TUNDUK kepadanya…?

Siapakah yang tunduk kepadanya..? Seorang pemimpin parti Islam yang bertaraf Tok Guru, pemimpin nombor SATU kepada puluhan atau mungkin ratusan ribuan ahli ahlinya.

Sepanjang 50 tahun negara ini disulami dengan kancah politik tanahair, pentas yang telah dihiasi oleh penyertaan pelbagai kaum, tetapi belum pernah dapat disatukan fahaman dan idealisme Pembangkang. Hanya setelah Anwar Ibrahim “bebas” daripada tahanan penjara dan dapat bersama sama gerombolan pembangkang buat kali julung julung kalinya mengetuai mereka dalam pertarungan pilihanraya ke 12 tahun lepas, maka terciptalah gandingan pambangkang yang menyaksikan PAS dan DAP boleh makan sepinggan dan tidur sebantal untuk mimpi yang serupa…

Tetapi apabila PAS mula merasakan bahawa mereka sekadar penumpang dalam pesawat yang dipandu oleh PKR dan DAP, timbullah ilham mahu menjengok kepada kerajaan UMNO-BN sudi apalah kiranya jika dibicarakan soal perpaduan…. Cetusan minda ini lahir dari suara Presiden PAS, dalam majlis mereka sendiri, nilainya pula berupa sebuah “ucapan dasar” parti.

Inilah yang membuatkan DAP dan PKR terpanggil untuk menilai semula betapa besarnya 'value' penyertaan PAS dalam pakatan mereka sekiranya parti itu berkeputusan meninggalkan gabungan pembangkang.

Tetapi DAP sedar bahawa PAS boleh disergah. Ini bukan kali pertama untuk mereka memperkotak katikkan parti Islam itu. Sewaktu Husam Musa pernah buat kenyataan dalam satu sesi debat bersama Khairy bahawa sekiranya PAS bersama Pembangkang bentuk kerajaan pusat, HUDUD akan dilaksanakan, maka berteriaklah Lim Guan Eng dan Karpal Singh. Setelah itu kenyataan itu segera ditarik balik sebab DAP tak izinkan PAS laksanakan HUDUD…!

Begitu juga bila bersahut-sahutan pemimpin PAS membawa idea Kerajaan Perpaduan, maka DAP hanya perlu buat kenyataan yang bertentangan dengan usul tersebut!

Sudah pasti Anwar akan memainkan peranan untuk menyelesaikan kekusutan ini. Hanya beliau yang mampu untuk “mendiamkan” kedua-dua ketua parti berlainan agama itu……

Ramai yang melihat senario ini yang sebenarnya berlaku….. Tetapi kalau kita perhalusi babak babak dalam adegan ini, boleh ditafsirkan bahawa segala-galanya hanyalah “lakonan” yang dirancang oleh PAS.

PAS mahu “test market” iaitu menguji sejauh manakah 'value' yang masih ada pada parti mereka dimata Anwar dan Kit Siang. Tindak tanduk PAS seolah-olah isteri tua yang mula “buat perangai” terhadap madunya dan juga suaminya. Istilahnya disini PKR adalah suami, DAP adalah isteri muda dan PAS menjadi isteri tua. Senarionya pula, si suami sentiasa melebih-lebihkan kasih sayangnya kepada isteri yang muda…. Maka, isteri tua mula nak bersuara dan menggambarkan akan meninggalkan rumah yang mereka diami bersama. Hah! apa lagi.., panik jugalah seketika si suami dan madunya!

Oleh itu untuk menjawab persoalan yang diatas pada permulaan artikel ini, sebenarnya bukanlah hebat mana pun kuasa yang ada pada Anwar, semua ini memang telah dirancang atur oleh Haji Hadi dan Nasharuddin Mat Isa untuk memberikan “wake up call” kepada Ketua Umum PKR itu agar jangan sekali kali cuba mahu menguasai parti yang sudah berusia puluhan tahun itu.

sumber - medan info kita


2 ulasan:

Cheguman berkata...

Pembangkang bukannya matang sangat dalam politik.

Politik DAP ialah politik untung-rugi.

PAS pulak politik emosi.

PKR masih dengan politik basi.

Tanpa Nama berkata...

Siapakah yang tunduk kepadanya..?
Seorang pemimpin parti Islam yang bertaraf Tok Guru, pemimpin nombor SATU kepada puluhan atau mungkin ratusan ribuan ahli ahlinya...

Inilah hebatnya Anwar bin Ibrahim atau panggilan manja "NON" anak kelahiran Tok Kun..bagai Raja ular yang dapat menundukkan tedung yang berbisa...

Begitulah juga dengan"NON" ini yang dapat menunduk alim ulamak PAS,sekali gus dapat meletakkan Anwar sebagai ulamak terbilang didalam PAS?

Tiada siapa diantara Ulamak PAS yang dapat menandingi kehebatannya berpidatu ,baik Tuan Guru Nik Aziz mau pun ketaraf biasa Mat sabu mau pun Mahfus.

Kerana..Anwar diantara tokoh yang terawal muncul dicelah2 puak2 PAS yang lantang mempejuang Islam melalui Abim dan Bukan PAS.

Hari ini, PAS jangan menabik dada? Akuilah Anwar atau NON anak kelahiran Tok Kun itu, adalah DANA yang teramat bernilai buat PAS.

Dan Anwar mampu mematah dengan mudah saja hujah2 politik PAS, lebih lebih lagi dalam situasi hari ini bila PAS bergabung dengan DAP.

Siapa Tokoh atau pemimpin PAS yang berani dan lantang bangun mencabar Anwar didalam UMNO dulu? diwaktu Anwar mempelekehkan..PAS sebuah.. Parti Politik Tok lebai kampong yang masih mendapat ihsan mengguna karung Baja Subsidi Kerajaan untuk membuat poster2 politik mereka.
Ketika berceramah di Padang Menora ,Tasik Glugor satu ketika dulu.

Waktu itu gegak gempita orang Melayu bersorak dan ketawa mendengar Anwar.. memperlikeh PAS..mungkin Mat Sabu,Mahfus dan Pak Mid Marku masih ingat..waktu itu Mat sabu masih lagi menagih rezeki di pasar2 malam dengan menjual Kaset politik yang tidak dipandang orang…sila bertaya pada Mat Sabu.

Hari ini tidak hairan jika Anwar berjaya menundukkan semua ulamak2 Pas termasuk Nik Aziz maupun Haji Hadi…atau pun sapa saja..tokoh2 dalam politik PAS.

Kerana tokoh-tokoh PAS yang ada hari ini maupun angkatan dengan Anwar kebanyakkan adalah anak didik Anwar..atau seangkatan dengannya yang tidak sehebat Anwar bin Ibrahim.

Tidak Hairanlah hari ini, Anwar dapat menunduk sesiapa saja dalam PAS,kerana kemampuan mereka yang berada dalam PAS jauh lebih rendah dari kemampuan Anwar dalam berhujah terutama ilmu Akademik serta pengalamannya yang lebih Global berbanding dengan mana mana pemimpin2 Pas yang ada hari ini..hanya bertaraf kaki lima pada anggapan Anwar..

Terimalah hakikat ini…wahai PAS.