MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

24 Jun 2009

Media Asing Terlibat Kekacaun Iran - Ayatollah Khamenei



Hidayatullah.com - Khamenei mendakwa media asing dan negara-negara Barat berusaha mencipta kacau bilau politik dan menyalakan rusuhan di Iran.

Dalam khutbah solat Jumaat (19/6), di Universiti Tehran yang dihadiri oleh puluhan ribu orang, Khamenei dengan keras mengingatkan para penyokong penentang kerajaan agar menghentikan protes mereka akibat keputusan pemilihan presiden minggu lalu yang menyatakan Ahmadinejad sebagai pemenangnya.


Menurut Khameni, mustahil pemilihan itu diselewengkan. Beliau mengingatkan para penyokong penentang kerajaan berkenaan kesan negatif yang tidak diinginkan sekiranya rancangan demonstrasi hari Sabtu ini dilaksanakan.

”Musuh - musuh kita di dunia sana berniat menggambarkan kemenangan mutlak ini sebagai kemenangan yang meragukan. Ini kemenangan kalian. Mereka tidak boleh memanipulasinya,” ujarnya.

Badan tertinggi pemerintahan Iran, Dewan Wali, hari ini akan bertemu dengan ketiga calon presiden yang kalah, tetapi jelas bukan untuk membatalkan pemilihan yang dibuat sebelum ini.

Seperti yang diketahui, ratusan ribu pendukung Mousavi turun ke jalan-jalan di kota Tehran dan kota-kota lain untuk memprotes keputusan pilihan raya yang dimenangi oleh Ahmadinejad.

Dalam pidatonya, Khamenei berkata, perbezaan 11 juta undi yang membezakan keputusan Presiden Mahmoud Ahmadinejad dengan lawan terdekatnya, Mir Hossein Mousavi, membuktikan tidak ada penyelewangan berlaku.

”Jika perbezaannya 100,000 atau 500,000 atau 1 juta, mungkin boleh dikatakan terdapat penyelewengan. Tetapi, bagaimana boleh dicurigai jika 11 juta undi,” kata Khamenei.

Umumnya, reaksi penolakan keputusan pemilihan Iran terjadi di negara-negara prodemokrasi di Barat. Sedang Negara-negara Muslim mengakui kemenangan Ahmadinejad.


AIDC menterjemah artikel hidayatullah.com. Artikel asal klik di sini


Tiada ulasan: