MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

21 Jun 2009

Saiful sedia bersemuka Anwar 1 Julai depan

SHAH ALAM - Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan lega dengan kenyataan terbaru Ketua Pembangkang itu yang sedia bersemuka dengannya di mahkamah berhubung perbicaraan kes liwatnya.

Mohd Saiful berkata, kenyataan terbaru Anwar mengenai perbicaraan kes tersebut yang akan mula dibicarakan pada 1 Julai seperti disiarkan akhbar lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu amat dialu-alukan.

“Alhamdulillah, sejuk hati saya apabila mende-ngar khabar Datuk Seri (Anwar Ibrahim) sudi hadir di mahkamah.

“Sudah setahun lamanya saya menantikan hari bagi kita menyatakan kebenaran masing-masing untuk kunjung tiba, moga kali ini, Datuk Seri dapat berpegang pada janji,” katanya dipetik komen terbarunya berjudul ‘Datuk Seri, saya juga sudah bersedia’ di blognya semalam.

Saiful berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar Suara Keadilan yang menyebut ‘Anwar juga berkata beliau bersedia bersemuka di mahkamah dengan Mohd Saiful’.

Anwar dituduh meliwat Mohd Saiful di sebuah kondominium di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun lalu.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Anwar kini bebas de- ngan bon peribadi RM20,000.

Pada 17 Jun lalu, Anwar telah memfailkan permohonan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membatalkan tuduhan liwat terhadapnya.

Dalam permohonan yang difailkan oleh peguamnya, S N Nair, beliau juga memohon perintah membatal dan membebaskan beliau dan sebuah perintah menangguh perbicaraan kes liwatnya yang ditetapkan dari 1 hingga 24 Julai ini.

Menurut peguamnya Nair, permohonan itu difailkan atas dasar bahawa tuduhan keseluruhan itu adalah satu persendaan, tidak masuk akal dan tidak mempunyai asas sama sekali.

sumber - sinar harian


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH. KLU PUN DIA HADIR NANTI TAK PERLULAH DIA BUAT GIMIK MURAHAN..TUL TAK CIK KIAH HEHEHE