MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

21 Jun 2009

Faktor Anwar, PAS semakin bercelaru ?

Oleh Gelagat Anwar, AIDCclub

PAS kena menerima hakikat bahawa Anwar sudah menjadi ikon penting kepada perjuangan parti tersebut. Katalah apapun jua, virus ‘Anwar’ ini bukan lagi setakat cakap-cakap politik yang kosong dan tidak ada makna. Ianya jelas dan nyata. Sehinggakan, seorang individu yang bertaraf ulama’, malahan ada yang menganggapnya sebagai wali sekalipun sudah terkena virus Anwar dan menjadi tidak karuan dengan kekalahan ’set’ Anwar di dalam muktamar PAS.

Ramai rakan penulis, termasuk yang sudah lama di dalam PAS – yang sudah lama berada di Kelantan masih tertanya-tanya dengan sikap Nik Aziz yang diibaratkan sebagai sudah tidak punya ’senses’ politik lagi. Tergamaknya Nik Aziz dalam menyerang Nasharuddin Md Isa (yang menang dengan undi 408 dalam Muktamar) sebagai sampah ‘PAS” adalah suatu kenyataan yang macam tidak ‘ambil air sembahyang’. Apakah hanya kerana memperkatakan tentang kerajaan perpaduan, Nasa layak diangkat sebagai ’sampah masyarakat’.

Inilah sejarah yang telah ditempa oleh Nik Aziz. Kerana marahkan kekalahan Husam Musa, Nik Aziz jadi seorang yang sangat emosional dan ‘meroyan’. Husam sudahpun berada di dalam lipatan ’sejarah’ politik PAS kerana menjadi ‘boneka Anwar’ buat sekian lama. Husam bukan sahaja tidak punya arah perjuangan sendiri, malahan kelihatan sangat memerlukan ’syafaat politik’ Anwar dalam meneruskan survival dalam PAS. Ini yang buat perwakilan PAS naik muak dan menyampah.

Nik Aziz lebih wajar menyerang Anwar yang boleh dianggap sebagai virus sebenar kepada kerosakan dalam parti Islam tersebut. Bukan Nasa. Bukan Hadi. Anwarlah sebenarnya yang membuatkan PAS sudah terpesong jauh dan menelusuri nilai politik kotor dan penuh sampah. Anwarlah yang memperkenalkan permainan politik wang di dalam PAS, sama seperti dia pernah memperkenal nilai sama kepada UMNO.

Anwar yang jelas telah memasang KJ PAS sebagai alat politik ampuh sehingga mampu menjadi Setiausaha Agung PAS. Inilah kejayaan besar Anwar dalam meletakkan ’sampah’ sebenar di dalam PAS. Bukannya Ustaz Nasa yang menang dengan kepercayaan ahli PAS itu sendiri. Anwarlah sebenarnya yang memporak perandakan PAS. Ini juga sebenarnya dipersetujui oleh Nik Abduh – yang menganggap pembantu ayahandanya yang beria menolak kerajaan perpaduan adalah kalangan mereka yang ’syok sendiri’ dan gila kuasa dalam mempunyai ‘kawalan’ ayahandanya. Maknanya, Nik Aziz ini sudah menjadi ‘alat politik’ yang bagaikan ‘remote control’ – samada daripada Segambut Dalam ataupun daripaad Tropicana.

Anwar bersungguh menyerang Nasa melalui ‘watak ulama’ kerana tidak mahu peranannya dalam mencatur perkembangan PAS menjadi terlalu nyata dan jelas. Makanya, biarkan sahaja ‘RC Nik Aziz’ menjadi alat yang memperkatakan ayat yang sukar diterima oleh masyarakat biasa. Tabiat seorang Penasihat Parti menyerang seorang Timbalan Presiden adalah suatu tabiat yang sukar diterima. Nak buat macamana, Anwar yang minta Nik Aziz berbuat demikian – dengan menggunakan Husam Musa.

Yang bacul dalam cerita ini, yang jadi ’sore loser’ adalah Husam Musa. Tidak dapat menerima kekalahan dan senantiasa menasihatkan Nik Aziz agar menyerang Nasa. Apakah akhiran kepada episod politik ini? Kalau buatnya Nasa benar-benar undur diri, baru padan dengan muka PAS. Anwarlah menjadi punca kepada semua masalah ini. Minta sangat Nik Aziz sembahyang ‘istikharah’ dan maklumkan kepada jamaah PAS apa yang dia dapat takwilkan daripada signal Allah SWT nanti. Takut-takut yang keluar adalah gambar wayang ‘perlakuan luar tabie’ Anwar Ibrahim. Kalau jadi macam itu, apa ulasan Nik Aziz agaknya. Wallahua’lam.

sumber - gelagat anwar


Tiada ulasan: