MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

21 Jun 2009

Pas hasrat peralat UMNO, sasar Anwar

Berita mengenai hasrat Pas berunding dengan UMNO dan disambut baik oleh UMNO menimbulkan huru-hara di kalangan pemimpin Pas. Ia tidak terjadi setakat di antara pemimpin kecil sahaja malah melibatkan pemimpin tinggi. Bahkan, Mursyidul Am Pas pun turut bergeser pendapat dan pernah dipetik menyuarakan perasaan marahnya yang amat.

Beberapa hari selepas mengeluarkan kenyataan sedemikian, satu kenyataan lain diterbitkan oleh Nik Abdul Aziz yang menggesa Nasharuddin keluar Pas, masuk UMNO dan meletak jawatan sebagai MP Bachok yang dibangkitkannya diberikan atas ehsan Pas Kelantan.

Najib mengucapkan terima kasih kepada Pas kerana mengemukakan konsep itu namun beliau mengakui belum mempunyai kefahaman jelas tentangnya.

Abdul Hadi telah menggunakan pentas Muktamar Agung Pas ke 55 yang berlangsung di Shah Alam itu untuk sekali lagi mencanangkan pembentukan kerajaan perpaduan. Pastinya, gagasan itu tidak diperdebatkan di dalam dewan tertinggi parti terlebih dahulu jika dilihat dari segi ia ditentang secara terbuka oleh pucuk pimpinan sendiri.

Beliau memberitahu dia mempertahankan perjanjian lama Pas yang memberikan sokongan terhadap Pakatan Rakyat seperti keputusan muktamar di Ipoh.

“Saya sokong PR. Kita masuk PRU ke-12 baru-baru ini pun atas dasar PR. Saya tidak boleh lari daripada ikrar perjanjian kita,” tegas beliau.

Lebih sedikit sahaja setahun selepas ikrar itu dibuat dan diperteguhkan pula di Ipoh semasa muktamar Pas ke-54, sekarang Abdul Hadi bercakap tentang kerajaan perpaduan bersama BN. Kenapa?

Penulis kerap ditanya apa kesudahannya kepada Pas dan UMNO hasil dari cetusan idea itu. Idea sudah dibuat dan Najib sudah menyambutnya! Jawapan penulis mudah. Idea itu tidak akan ke mana-mana. Ia akan hanya tinggal idea. Bukan kerana ia ditentang Nik Abdul Aziz tetapi semata-mata kerana Abdul Hadi dan Najib hanyalah orang politik yang mempunyai idea masing-masing semasa membuka mulut.

Rabu kelmarin pun ke mana akhirnya idea itu berkesudahan sudah jelas. Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa tatkala mengulas kenyataan Najib berkata tidak ada hasrat untuk Pas bergaul dengan UMNO.

Pada hari sama, Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali berkata parti itu tidak akan mengadakan perbincangan bersama UMNO-Barisan sekiranya tidak disertai komponen PR, iaitu DAP dan PKR.

Pertanyaan besar ialah kenapa berbincang jika itu tidak berhaluan? Sekali lagi penulis ingin melontarkan pandangan bahawa Abdul Hadi mempunyai niat tertentu sewaktu mengemukakan idea ini. Perpaduan negara bukanlah motif utamanya. Motif utamanya ialah untuk membuka ruang baginya berbincang dengan orang lain, iaitu Anwar bukannya Najib!

Najib akan kekal menjadi musuhnya. Anwar adalah rakan yang disasarkan. Dia mahu memberitahu Anwar secara halus bahawa partinya sebuah parti besar, jauh lebih besar dari PKR. Mesejnya jelas.

Umum tahu sekarang Pas bukanlah peneraju utama PR. Parti itu mempunyai keanggotaan seramai lebih dari sejuta sedangkan PKR hanyalah dianggotai 300,000 sahaja. Pas mempunyai jentera pilihan raya lebih sofistikated dan komited berbanding UMNO dan BN sendiri.

PKR sangat bergantung kepada jentera pilihan raya Pas setiap kali parti itu menghadapi pilihan raya, baik umum mahupun kecil. Hakikatnya, Anwar adalah ketua PR dan bukannya Abdul Hadi. Kalaulah ditakdirkan ada PRU nanti, PR memenangi banyak kerusi dan berjaya membentuk kerajaan, Anwar yang akan menjadi Perdana Menteri bukannya Abdul Hadi. Bagi sesetengah kalangan dalam Pas, mana boleh situasi ini dibiarkan.

Apapun, penulis tidak dapat nafikan antara mereka yang menyokong idea Abdul Hadi ini mempunyai mimpi yang lain. Mereka membenarkan diri mereka dirangsang angan-angan untuk menjadi pemimpin melalui jalan pintas. Menurut sumber parti, UMNO sudah pun menawarkan empat jawatan menteri dan empat jawatan timbalan menteri kepada golongan yang bercita-cita tinggi ini.

Mereka inilah juga yang merintis kepada perbincangan dengan Khir Toyo sejurus selepas 8 Mac untuk membentuk kerajaan campuran di Selangor dan pada masa yang sama mendesak Ahmad Awang, Pesuruhjaya Pas Perak (ketika itu) untuk melakukan perkara seumpamanya dengan Tajol Rosli.

Hadi tidak bermimpi menjadi Menteri dan dia sedar jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak akan ditawarkan kepadanya. Kalau Hadi tidak sanggup bertuankan Anwar, sanggupkah dia bertuankan Hishamuddin Tun Hussain?

Percaturan Abdul Hadi, Nasharuddin dan Mustapha Ali adalah lain dari itu dan ia licik kerana seruan berkala mereka untuk mendapatkan perpaduan telah berjaya menggusarkan PKR dan DAP. Bezanya, akhirnya, ia sudah di luar kawalan. Api waktu kecil adalah kawan, bila besar, lawan.

Mereka mahu memberitahu bahawa Pas sepatutnya menjadi taikong dan bukannya PKR. Mereka adalah ‘abang sulung’ yang berperanan besar.

Pas sebenarnya bermain politik berbahaya di sini. Bermain mata dengan UMNO bukanlah seperti bermain mata dengan ‘budak hingusan’. UMNO adalah laksana seorang ‘playboy’ berpengalaman. Sebelum ini, sudah banyak yang kecundang dalam permainan cinta di tangannya.

Pas sendiri mempunyai pengalaman hidup serumah dengan UMNO yang memeritkan. Akhirnya, ia dihalau dari rumah sehelai sepinggang.

Kenyitan mata yang dibuat Pas disambut UMNO penuh ghairah. Najib mengisytiharkan hasrat Pas sebagai ikhlas sungguhpun beliau akui tidak faham konsep yang Pas mahu. Bagaimana sudah tahu ikhlas kalau masih belum tahu apa yang Pas mahu? Modus operandi Najib hanyalah memecah belah perpaduan PR dan melemahkan pakatan itu.

Pas terperangkap dengan ‘kegatalannya’. Pas sekarang meletakkan dirinya dalam keadaan sulit. Ia telah bekerja keras dengan rakan-rakannya mencapai kejayaan ke tahap ini tetapi dengan mudah mahu meranapkannya.

Tidak sukar untuk membongkar perangkap UMNO ini. Pas adalah sebuah titik yang kontroversi dalam pakatan. Tatkala menghadapi PRU ke-12 Pas membawa seruan ia untuk semua membuat ramai bukan Melayu mula menaruh keyakinan kepadanya.

Semasa sudah ramai bukan Melayu selesa dengannya, parti itu memperlihatkan sikap yang bertentangan pula. Sisters in Islam mahu diharamkannya dan mencari perpaduan dengan UMNO diusahakan. Bukan Islam terpinga-pinga kebingungan pendirian Pas seperti lalang ditiup angin.

UMNO segera merampas peluang yang wujud untuk memporak-perandakan PR. Kegagalan Pas memantapkan dasarnya diguna UMNO untuk menakut-nakutkan bukan Melayu. Peluang kali ini berupa serampang dua mata, bukan Melayu diberitahu Pas tidak boleh diharapkan dan PR diharap jadi retak.

Kalaulah UMNO ikhlas, kenapa dalam menangani isu nasional dan perpaduan Melayu PKR dan DAP tidak diajak bersama? Bukankah Anwar pernah menjawat jawatan Timbalan Presiden UMNO dan mampu menyumbang idea juga dalam usaha itu?

Nampaknya pertemuan itu bukanlah perlu sangat dan ia hanya bertujuan untuk meruncing perhubungan sesama anggota Pakatan. Cakap-cakap mengenai pertemuan yang sememangnya tidak diharapkan oleh kedua-dua pihak berlaku hanyalah untuk memenuhi helah terselindung setiap pihak. Masing-masing ada agenda tersembunyi.

Apa yang sebahagian pemimpin Pas tidak sedar ialah cakap-cakap tentang perpecahan dalam parti. Sekarang pun orang melihat bagaimana pertelingkahan itu menjadi semacam sudah tidak terkawal lagi. Juga sudah kedengaran kata, bahawa apa yang diucapkan oleh Nik Aziz adalah pendapatnya sendiri dan bukannya pendapat Pas.

Para MP Pas juga berpecah. Sebahagian menyatakan sokongan kepada Nik Aziz dan yang lain sama ada berpihak kepada Nasharuddin atau mengambil sikap berdiam diri.

Semua ini ditonton secara gratis oleh rakyat baik Melayu atau bukan Melayu. Pihak yang mengemukakan idea perpaduan sedar bahawa mereka sudah terperangkap dengan taktik sendiri.

Usaha terbaru Mustafa sudah gagal mengembalikan keadaan dalam Pas dan PR. Dia cuba menyelamatkan partinya dengan berkata Pas tidak akan berunding tanpa rakannya yang lain dalam PR dijemput bersama. Ia sudah terlewat. Akar umbi sudah berpecah dan mungkin ini akan menjejaskan persediaan menghadapi Manik Urai pertengahan Julai nanti.

Paling jelas dalam permainan ini UMNO sudah mendapat mileage. Ia berjaya memberi gambaran bahawa demi perpaduan, ia sentiasa sanggup berunding dengan Pas dan jika Pas berundur, Pas dilihat sebagai pihak anti-perpaduan. Penonton sudah lupa bahawa pada peringkat awal, setiap pihak hanya bermain politik mengikut agenda masing-masing.

Pastinya Pas tidak mahu berronggeng cara UMNO tetapi sekarang ia sudah menaiki pentas tarian dan gendang sedang dipalu, serunai ditiup untuk melihat lenggok tarian Nasharuddin dan rakan-rakan beliau seterusnya.

sumber - sinar harian



2 ulasan:

Jeffry berkata...

SALAM ZIARAH AIDC
'ANU'WAR LEBIH GEMAR BERPOLITIK 'MAIN BELAKANG'. KALAU SEMUA JALAN MASUK TERTUTUP 'ANU'WAR PASTI MATI AKAL. PAS MMG DH TAU DARI AWAL MEREKA DIPERALATKAN. TP ADAKAH MEREKA DH TERLEWAT?

Rahman,Ahchong,Muniandy berkata...

Pas bukan terlewat tapi menanti diliwat oleh aljuburi.Apa2 pun DS Najib adalah the best politician.