MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

20 Jun 2009

Rusuhan di Tehran didalangi oleh Washington DC - Majalah Jerman



Majalah Schweizmagazin bahasa Jerman memuatkan satu artikel yang bertajuk “Iran: Amerika Kontrol Rusuhan ": di sana juga terpampang foto Barack Obama sedang menyalakan api peta Iran, adalah salah satu bukti penglibatan secara langsung White House dengan rusuhan terakhir di Tehran.

Dalam majalah tersebut juga menyebut jumlah wang yang telah dikeluarkan oleh White House untuk membiayai rusuhan di Tehran. Dikatakan jumlah wang yang dilaburkan sejak zaman pemerintahan Bush hingga kini (Obama) mencapai 85 juta US dolar dan bertujuan untuk menggulingkan pemerintahan Ahmadinejad.

Selain penajaan wang, Amerika juga turut mendirikan beberapa stesen radio berbahasa Parsi di antaranya adalah 'Radio Farda'.

Oleh karena itu, tidak menghairankan jika kemenangan Ahmadinejad dalam pilihanraya kali ini disambut dengan cemuhan dan hasutan dari Washington DC.

Menjelang sebelum pilihanraya pun, media massa Barat terutama BBC melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas Ahmadinejab meskipun laman web jejaring Facebook dan Twiter di Negeri Mullah itu telah diblok oleh pemerintah Iran. Tetapi sehari selepas keputusan pilihanraya, laman web jejaring itu boleh di akses di Iran.

Dalam majalah itu juga ditulis, jika Amerika mempunyai kepentingan besar di Iran, Amerika ingin kontrol minyak Iran dari dalam seperti yang berlaku di negara Iraq.

Usaha mengontrol minyak di Iran memang penting kepada Amerika, namun perkara yang lebih penting dari itu adalah menghentikan program reaktor nuklear Iran.

Oleh kerana itu, jika pemerintahan Iran dimenangi oleh Mousavi, maka setidak-tidaknya untuk empat tahun ke hadapan, Iran akan menghentikan operasi reaktor nuklearnya.

Selain itu, sokongan Iran terhadap bangsa tertindas, Palestin juga akan dapat dilemahkan. Meskipun Mousavi tetap akan memihak kepada Palestin namun, pilihan yang ditawarkan oleh Obama untuk membahagikan dua negara (two state solution) antara Palestin dan Israel kemungkinan besar akan diterima oleh Mousavi.

Bukan setakat itu, malahan sokongan Iran terhadap Hizbullah Lebanon juga akan berbeza jika Mousavi terpilih menjadi Presiden.

Di sinilah kecerdikan pemerintahan Obama, dia amat memahami secara mendalam bahawa permasalahn di Timur Tengah dan dunia Islam akan selesai jika Iran runtuh. Dan projek untuk menjadikan pemerintahan Saudi Arabia (pro Amerika) sebagai kiblat negara muslimin akan menjadi kenyataan.


AIDC menterjemah artikel Swaramuslim. Artikel asal klik di sini


1 ulasan:

Unknown berkata...

Tidak kiralah siapa pemimpin US yang berkuasa, mereka semua sama sahaja iaitu mahu memusnahkan & menghancurkan Islam.

Inikah orang yang Anwar 'tergila-gila' melobi habis-habisan. Kenapa Anwar bersungguh-sungguh melobi Obama?

Mana suara Anwar menentang penindasan US terhadap negara seagama dengan kita?