Oleh Medan Info Kita
Apa dah jadi dengan seorang pemimpin muda harapan Anwar Ibrahim ini?
Agak mengejutkan juga apabila kami dikunjungi oleh seorang pemimpin Angkatan Muda Keadilan [AMK] PKR yang menggambarkan hasratnya bakal meninggalkan perjuangannya bersama Anwar Ibrahim tak lama lagi…. Pertemuan eksklusif ini berakhir hampir jam 4 pagi.
Untuk ketika ini identitinya dirahsiakan dahulu sehinggalah nanti apabila beliau sudah bulat keputusannya dan bersedia untuk mengumumkan secara rasmi barulah kita dedahkan siapa anak muda ini.
Beliau bukanlah calang calang pemimpin muda. Dia pernah merasai azab ISA, sangat dikenali ramai reformis reformis dan street demonstrator, memegang jawatan penting dalam AMK PKR, merupakan pemimpin muda yang disenangi oleh ramai pemimpin senior diperingkat tertinggi, mempunyai ketokohan untuk mengambil alih kerusi nombor satu AMK pada masa akan datang.
Malah cara beliau berpidato dan berceramah juga dikategorikan antara yang terbaik dan sering mendapat undangan. Keberanian anak muda ini juga dilihat turun padang hampir kesemua demonstrasi anjuran Pembangkang.
Apakah yang menyebabkan anak muda ini sudah mula gusar dan semakin hilang nafsu selera untuk terus berjuang bersama PKR..?
Dalam pertemuan dengan rakan rakan Blogmaster malam tersebut, beliau telah menceritakan pelbagai masalah dalaman parti sekaligus turut mendedahkan beberapa salah laku pimpinan kanan parti bimbingan Anwar itu….. Beliau kini amat jelek dengan gelagat ramai pemimpin parti yang sudah mula bermewah-mewah dengan kesempatan yang ada setelah bergelar Yb dan Ahli Majlis. Perebutan jawatan dan kuasa disemua peringkat juga dilihatnya sebagai sesuatu yang tidak pernah beliau jangkakan akan terjadi berbanding dengan zaman parti yang beliau sertai itu sebelum bergelar kerajaan!
Anak muda ini juga secara terang terangan mempersoalkan dolak dalih Anwar dalam mendepani perbicaraan kes liwat Saiful Bukhari. Lebih memeranjatkan lagi beliau turut mempersoalkan keengganan dan ketidakberanian Bossnya itu untuk bersumpah menafikan berlakunya liwat seperti yang dikatakan oleh Saiful.
“Dulu aku tak kisah sangat soal sumpah nie bro, tapi bila aku study balik cara Saiful yang very consistent, lepas tu Saiful memang confident untuk heret Dato Seri ke Mahkamah, aku dah mula cuak dengan Dato Seri la..” katanya kepada kami.
Seterusnya pemimpin AMK ini sudah mula hilang keyakinan dengan kekuatan Pembangkang sekiranya Anwar akan sekali lagi menjadi penghuni sel penjara Sungai Buloh.
Buat masa ini segala apa keluhan dan cerita dalam kain PKR yang telah disampaikan oleh pemimpin AMK ini tidak akan disiarkan. Kita tunggu sekiranya benar beliau akan menggemparkan lagi pergolakan krisis kepimpinan pembangkang, barulah nanti blog ini akan siarkan dalam format temu bual dialog segala keburukan dalam kain PKR yang diceritakan olehnya.
Ternyata anak muda ini rindukan bekas Bossnya, Ezam Mohd Nor. Sebelum kami bersurai, beliau telah berulang kali mengingatkan supaya segera mengaturkan pertemuan sulit untuknya bertemu Ezam!
sumber - medan info kita
1 ulasan:
salam,
Siapakah gerangan AMK tersebut?
Catat Ulasan