MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

18 Jun 2009

Respon Saiful Bukhari permintaan Anwar gugurkan kes

Dari Bernama

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini hari ini untuk membatalkan tuduhan liwat terhadapnya.


Dalam permohonan yang difailkan oleh peguamnya, S.N.Nair, Anwar, 62, juga memohon perintah membatal dan membebaskan beliau dan sebuah perintah menangguh perbicaraan kes liwatnya yang ditetapkan dari 1 hingga 24 Julai ini.

Dia menamakan Pendakwa Raya sebagai responden dalam permohonan tersebut.

Nair memberitahu pemberita bahawa permohonan itu difailkan atas dasar bahawa tuduhan keseluruhan itu adalah satu persendaan, tidak masuk akal dan tidak mempunyai asas sama sekali.

"Tidak ada kes terhadap anak guam saya," katanya, sambil menjelaskan pihak pembelaan tegah berpendirian bahawa tuduhan terhadap Anwar itu adalah satu konspirasi politik.

Nair juga memberitahu bahawa beliau menerima empat dokumen -- rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV), laporan kimia, kenyataan saksi Anwar dan laporan perubatan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan-- dari pengawai penyiasat semalam tetapi masih menunggu dokumen lain.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari, 23, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun lepas.

Sementara itu, hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah akan mendengar permohonan Anwar Isnin ini bagi mahkamah memerintahkan pendakwaan menyediakan semua dokumen berhubung dengan tuduhan liwat itu.

-- BERNAMA

[Ulasan saya]: Tidak terkata.. Jika ditakdirkan kes ini digugurkan di Mahkamah Dunia, tidak mengapa, saya redha.. Kerana kelak semasa di Masyar (Mahkamah Allah) pasti akan dibicarakan juga.. Sebagai hamba Allah yang kerdil, saya hanya mampu berusaha, berdoa dan berserah sepenuhnya kepada Allah s.w.t sahaja, kerana Dialah yang Maha Adil lagi Maha Berkuasa.

Firman Allah:

Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan. ( Surah Al-Nahl, Ayat 127)

Firman Allah:

'' Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. '' (Surah An-Nisaa: 135)


Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

SAIFUL BUKHARI

sumber - mohdsaifulbukhari


Tiada ulasan: