Oleh: SHERYL GAY STOLBERG
Sunday, June 22, 2009, 4:59 PM
Sebagai pembela kaum homoseksual dan lesbian yang memperhebatkan kritikan mereka di Rumah Putih, Presiden Obama telah menjemput beberapa pemimpin mereka ke Bilik Timur (Rumah Putih) Isnin depan sebagai sambutan memperingati ulang tahun ke 40 Stonewall Rebellion, demonstrasi Perkampungan Greenwich 1969 yang telah melahirkan gerakan homoseksual moden.
Rumah Putih tidak menyiarkan sambutan tersebut, dan pegawai tidak menjawab komennya melalui e-mel. Tetapi pemimpin homoseksual di Amerika dan seluruh negara berkata. mereka menerima pelawan Obama itu sama ada panggilan telefon dari Rumah Putih atau undangan bertulis, dan turut dimaklumkan bahawa Presiden Obama dijangka akan turut memberi ucapan.
Sesetengah pihak berkata pertemuan itu lebih daripada acara sambutan biasa, malah mereka akan berusaha untuk mengubah pandangan kerana Obama belum cukup agresif dalam melaksanakan hak -hak homoseksual.
Semasa berkempen, Obama berjanji untuk memansuhkan Akta Perkahwinan Pertahanan, Undang – undang Persekutuan larang perkahwinan homoseksual, dan ‘jangan tanya jangan beritahu,’ polisi ketenteraan larang homoseksual dan lesbian dari berkhidmat secara terbuka. Tetapi para pembela homoseksual pernah menuduh dia (Obama) menyeret kakinya.
“Apa yang akan mengubah cara berfikir masyarakat adalah melihat pengenalan usul tentang memansuhkan Akta Perkahwinan Pertahanan, mansuh ‘Jangan Tanya, Jangan Beritahu,’ kata Jennifer Chrisler, Pengarah Eksekutif kepada Majlis Kesamarataan Keluarga, yang mendapat sokongan di Boston, dengan merujuk kepada dua polisi Obama bersumpah untuk diterbalikkannya.
Beliau berkata pembela homoseksual mahu melihat ‘Presiden memenuhi janjinya ketika kempen pilihanraya’
Obama bukan Presiden Demokratik pertama yang meraikan kebangkitan Stonewall; Sepuluh tahun lalu, Bill Clinton juga mewartakan "bulan Jun" adalah "Bulan Perarakan Homoseksual dan Lesbian".
Tetapi reaksi kedatangan Obama dengan peningkatan rungutan dari ketua homoseksual seperti Cik Chrisles, yang sebelum ini menyokong pilihan raya Obama, telah menyusah hatinya sebagai Presiden Amerika.
Cik Chrisles, yang berada di Pejabat Oval telah menandatangani memorandum dengan berkata dia tidak berpuas hati dengan apa yang dipanggil ‘faedah terhad’ tawaran Obama.
Dia berharap sambutan Isnin ini akan menjadi ‘satu peluang untuk kita sebagai komuniti homoseksual menonjolkan diri sekali lagi kepada Presiden dan pentadbiran yang kehidupan sebenar kumpulan kita dipengaruhi keputusannya’
Sama ada, Obama mengetahui rungutan terhadap sambutan Isnin ini juga masih tidak jelas. Seorang yang menerima jemputan memberitahu bahawa Rumah Putih akan menyusun acara tersebut seperti sambutan yang pernah dilakukan oleh pentadbiran pada Hari St. Patrick atau Cinco de Mayo.
Manakala pihak lain pula berkata jemputan itu termasuk tawaran membawa rakan. ‘ Mereka mahu orang memahami bahawa rakan - rakan mereka dialu – alukan,’ orang tersebut berkata, mereka tidak mengetahui tentang acara itu kerana Rumah Putih tidak mengumumkan secara rasmi.
Acara pertemuan di Rumah Putih itu akan menjadi salah satu daripada perayaan memperingati pemberontakan Stonewall, yang dinamakan sempena Stonewall Inn, sebuah bar homoseksual di Jalan Christopher, di mana polis telah menyerbu kawasan itu dan bertukar menjadi keganasan pada awal pagi 28 June 1969.
Serbuan itu menyebabkan beberapa siri bantahan yang dilancarkan oleh kumpulan penyokong homoseksual secara lebih luas, dan menyemarakkan homoseksual untuk menuntut pengiktirafan dan hak mereka.
Kemas kini: Rumah Putih mengesahkan acara tersebut.
Shin Inouye, jurucakap Rumah Putih, berkata, “Acara pada Isnin akan datang adalah peluang untuk Rumah Putih mengenali pelaksanaan LGBT terhadap rakyat Amerika. Dijemput tetamu undangan termasuk keluarga, sukarelawan dan aktivis, dan ketua komuniti. Acara ini sudah dirancang lama sebagai jalan untuk meraikan individu homoseksual dalam bulan kebanggaan mereka..
AIDC menterjemah artikel The New York Times. Artikel asal klik di sini
1 ulasan:
Adoiii...siap ada bulan sambutan homoseksual/lesbian.Rosak betul la mereka nih. Patut ler anwar liwat Saiful pada 26 June (2008)sempena memperingati Bulan Homoseksual...thithithi
Catat Ulasan