MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

27 Jun 2009

Arahan mahkamah, Anwar batalkan ke Amerika Syarikat

Oleh AIDCNews

Anwar Ibrahim, di dalam blognya (anwaribrahimblog), hari ini, 26 Jun mengeluarkan kenyataan pembatalan lawatannya ke Amerika Syarikat kerana dihalang oleh mahkamah.

Kenyataan dalam versi Bahasa Inggeris itu, bukan sahaja ditujukan kepada rakyat Malaysia tetapi kepada seluruh dunia terutamanya sahabat-sahabatnya di Amerika Syarikat.


Terdapat dua tajuk versi Bahasa Melayu, "BATAL KE WASHINGTON: 1 July Anwar hadir ke Mahkamah" dan tajuk Bahasa Inggeris yang berlainan maksud, "ANWAR IBRAHIM’S VISIT TO WASHINGTON DC FOR KEYNOTE ADDRESS ON US MUSLIM WORLD BUSINESS COOPERATION HAMPERED BY MALAYSIAN COURTS"

Untuk tajuk pertama dalam versi Bahasa Melayu, bermaksud Anwar membatalkan lawatannya ke Amerika Syarikat kerana mahu hadir ke mahkamah pada 1 Julai. Manakala tajuk kedua dalam Bahasa Inggeris membawa maksud, 'Lawatan Anwar Ibrahim ke Washington DC untuk memberi ucaputama dalam program, US Muslim World Business Cooperation telah dihalang oleh mahkamah Malaysia.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Anwar Ibrahim hari ini tidak diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia seperti yang dilakukan sebelum ini.

Di dalam kenyataan itu, penjabat Anwar Ibrahim menyalahkan pihak mahkamah, seolah-olah berkonspirasi untuk menghalangnya melawat ke seluruh dunia, sedangkan sejak Mac lalu, Anwar sendiri sudah tahu bahawa 1 Julai ini kesnya akan didengar di mahkamah.

"Tindakan menghalang seseorang belum pernah berlaku dalam sejarah mahkamah Malaysia sebelum ini. Apatah lagi tindakan mempercepatkan perbicaraan Anwar dan memaksa Anwar meninggalkan semua lawatannya ke Washington DC", tulis kenyataan itu.

Kenyataan itu juga memburuk-burukkan sistem mahkamah Malaysia dengan menuduh pihak pendakwaraya tidak berkerjasama dan menganiaya Anwar Ibrahim khususnya dalam pemberian dokumen-dokumen yang berkaitan dengan dakwaan meliwat.

Walaupun perbicaraan kes Anwar akan bermula pada 8 Julai ini, tetapi kenyataan itu sudah membayangkan bahawa Anwar tidak mendapat keadilan sepenuhnya.

Kenyataan pejabat Anwar Ibrahim ini dianggap sebagai cubaan jahat untuk memberitahu dunia luar khususnya Amerika Syarikat, bahawa sistem kehakiman di Malaysia korup dan dikawal sepenuhnya oleh pihak kerajaan.

Matlamatnya semakin jelas apabila kenyataan itu merumuskan bahawa perbicaraan liwat Julai nanti adalah satu konspirasi kerajaan seperti tahun 1998, untuk memusnahkan karier politiknya.

Kenyataan itu turut memaklumkan walaupun lawatan Anwar ke Amerika dibatalkan, tetapi Anwar tetap akan mengadakan ucap uatama dari Kuala Lumpur ke Washington DC pada 26 Jun, jam 12:00 PM EST melalui live video teleconference.

sumber - AIDCNews


4 ulasan:

Unknown berkata...

Apa ke lawaknya si anwar nih...ada ke kata mahkamah mempercepatkan perbicaraan kes liwatnya. Bukankah sudah diberitahu dari bulan Mac lagi. Betul2 dah NYANYUK orang tua nih.

Pastu terkincit2 nak lari ke Amerika. Padan muka, kaki dah kena ikat...takleh berjalan jauh dah..huahuahua

Suara minda berkata...

katanya akan ada perhimpunan 100,000 orang pakatan rakyat di PJ nanti, adakan ini dilakukan bagi menutup kes liwat yang akan berlaku dalam tempuh terdekat nanti, kalau benar begitu nampaknya rakyat malaysia bergitu mudah dipermainkan anwar..

Tanpa Nama berkata...

salam bro,

bull**** selagi boleh divert isu dia akan divert...

dia nak main isu mahkamah pula pada media antarabangsa...

supaya senang dapat suaka politik.

Unknown berkata...

Sudah cuak nih. Desperate attempt.
Tak Gune Punyee
'Peliwat Kongkek Rakyat'