MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

26 Jun 2009

Apakah motif Kedatangan Anwar ke Amerika Syarikat ?

Ahli Jawatankuasa NED Pusat NED : Anwar Ibrahim (kedudukan paling kiri) ; Lorne Craner (Yahudi) kedudukan no 5 dari kiri - Jawatan Presiden IRI; Carl Gershman (Yahudi) - Kedudukan no 7 dari kanan - di depan patung - Jawatan Presiden NED; Kenneth Wollack (Yahudi)- Kedudukan no 3 dari kanan - Jawatan Presiden NDI - AJK USAID/AIPAC; John D Sullivan Kedudukan no 2 dari kanan - Jawatan Pengarah Eksekutif CIPE - AJK USAID


Oleh AIDCNews

Keberangkatan Anwar Ibrahim ke Amerika Syarikat, sejak semalam menimbulkan banyak spekulasi, terutamanya menjelang perbicaraan kes liwat dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 8 Julai ini.

Sesetengah pihak berpendapat, kehadiran semula Anwar ke Amerika Syarikat, bermula semalam dan hari ini, semata-mata untuk menjalankan misi lobinya kepada Presiden Barack Obama, supaya campur tangan agar kes itu digugurkan.

Pendapat itu berasaskan dengan sikap Presiden Obama yang mengambil sikap tunggu dan lihat dengan perkembangan terbaru yang menimpa Anwar. Pendapat ini diperkuatkan lagi dengan kecenderungan Setiausaha Negara, Hillary Clinton yang tidak memihak kepada Anwar, apabila Menteri Luar Negara Malaysia, Datuk Anifah Aman yang telah membuat pengakuan terbuka kepada media antarabangsa, di Washington baru-baru ini, bahawa Anwar bukanlah tokoh yang mengamalkan prinsip Thomas Jefferson (yang mementingkan akuantibiliti, demokrasi dan ketelusan), sebaliknya Anwar merupakan pemimpin korup yang mengamalkan politik menghalalkan cara semata-mata untuk mendapatkan kuasa.

Buktinya, menurut Anifah Aman, beliau sendiri dirasuah jawatan Timbalan Perdana Menteri, sekiranya beliau sanggup melompat parti.

Sikap berdiam diri Presiden Obama ini berbeza dengan Presiden Bush sebelum ini yang secara terang-terangan campur tangan dalam politik Malaysia. Bekas Setiausaha Negara Amerika, Condoleeza Rice, secara terbuka menyatakan keprihatinan kerajaan Amerika terhadap kes liwat Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim, sejak kejatuhan Presiden Bush, telah memulakan kritikan-kritikan pedas kepada bekas presiden itu yang dikatakan gelojoh, kasar dan tidak bijaksana, sedangkan sebelum ini, semasa Anwar menetap di Amerika bermula 2005-2007, Anwar memuji-muji Presiden Bush kerana beliau juga merupakan salah seorang pelaksana dasar-dasar Bush di White House.

Namun, setelah Presiden Bush gagal mempertahankan jawatan kepresidenan, pujian Anwar telah berpindah pula kepada Presiden Barack Obama. Bermula di Doha, Qatar dan terbaru di Paris, Anwar menghabiskan keseluruhan ucapannya dengan memuji dasar-dasar Obama yang didakwa lebih toleran dengan dunia Islam.

Pujian melangit kepada Presiden Obama itu disampaikan kepada Madeline Albright, di Doha Qatar, yang dianggap salah seorang pemikir penting kerajaan Amerika.

Pada hari ini, 26 Jun 2009, Anwar sekali lagi berpeluang memberi ucap utama di Amerika Syarikat dalam program "US-Muslim World Engagement Project". Program itu adalah anjuran NED (National Endowment for Democracy) melalui salah satu cabangnya yang dikenali CIPE (the Center for International Private Enterprise dan the US Chamber of Commerce).

'US-Muslim World Engagement Project' merupakan satu projek yang didominasi oleh kumpulan Zionis Amerika Syarikat yang bertujuan untuk memberi idea-idea kepada kerajaan bagaimanakah kaedah terbaik untuk 'menakluki' dunia Islam.

Mereka yang terlibat dalam projek ini terdiri daripada; Madeleine Albright (former U.S. Secretary of State), Richard Armitage (President, Armitage International/ former U.S. Deputy Secretary of State), James H. Laue (Professor of World Religions, Diplomacy and Conflict Resolution/ Director, Center for World Religions), Richard Land, (President, The Ethics & Religious Liberty Commission, Southern Baptist Convention/Member, U.S. Commission on International Religious Freedom), Thomas Dine, (Principal, The Dine Group/ former Executive Director, American Israel Public Affairs Committee) Stephen Heintz, (President, Rockefeller Brothers Fund), Derek Kirkland, (Advisory Director, Investment Banking Division, Morgan Stanley), Vali Nasr, (Professor of International Politics, The Fletcher School, Tufts University/ Adjunct Senior Fellow for Middle Eastern Studies, Council on Foreign Relations), Vin Weber, (Managing Partner, Clark and Weinstock/ Chairman, National Endowment for Democracy/ former U.S. Representative), Dov S. Zakheim, (Vice President, Booz Allen Hamilton/ former U.S. Under Secretary of Defense) dan lain lain lagi.

Memandangkan senarai nama tokoh penganjur yang kebanyakan terdiri daripada bekas-bekas pemimpin kerajaan Amerika semasa era Presiden Clinton (Demokrat)yang terdiri daripada bekas setiausaha pertahanan, badan kebebasan keagamaan dan yayasan demokrasi, telah menimbulkan satu persoalan lain, tujuan apakah Anwar Ibrahim dijemput bersama-sama dengan kumpulan ini ?

Sesetengah pendapat mengatakan badan-badan pemikir Amerika termasuk 'US-Muslim World Engagement Project' sedang memberi idea-idea paling berkesan kepada Presiden Obama bagaimanakah untuk menangani masalah di Iran.

Tuduhan ini berasas kerana sebelum ini Presiden Iran, Ahmadinejad telah menuduh CIA, media barat dan Amerika Syarikat terbabit secara langsung dalam mencetuskan huru hara di Iran untuk menumbangkan kerajaan Islam di negara itu.

Hujah ini diperkukuh lagi dengan penglibatan Vali Nasr (anak kepada Syed Hussein Nasr) yang merupakan pelarian politik Iran ke Amerika Syarikat. Vali Nasr dan Syed Hussein Nasr merupakan kumpulan reformasi yang berusaha untuk menjatuhkan kerajaan Islam di bawah kepimpinan ulama Iran. Vali dan Syed Hussein Nasr merupakan kawan baik kepada Anwar Ibrahim.

Lebih mengukuhkan lagi hujah apabila Vin Veber, tokoh neocon Amerika turut terlibat sama. Beliau merupakan pengerusi NED (National Endowment for Democcarcy), satu badan yang bertopengkan 'demokrasi' yang didakwa Ahmadinejad untuk menjatuhkan kerajaan Islam Iran. Anwar Ibrahim pula merupakan salah panel penasihat dalam NED.

Berdasarkan premis ini, satu persoalan sedang berlegar di minda rakyat Malaysia. Apakah tujuan kedatangan Anwar ke Amerika Syarikat, ketika menjelangnya perbicaraan liwat ke atasnya dan ketika hebatnya usaha Amerika untuk meruntuhkan kerajaan Islam di Iran ?

sumber - AIDCNews


1 ulasan:

Unknown berkata...

Rasanya Anwar ke Amerika untuk meraikan Bulan Memperingati Homoseksual....rugi beb tak joint parti gay besar-besaran nih..mana tau ada pesta buih ker...erk..anwar,jangan lupa bawa KY Jelly banyak2