MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

5 Jun 2009

PAS jadi tunggul sayangkan 'orang itu'



Oleh Faisal Tehrani

Sewaktu saya menulis entri di atas, memang ia keras dan pedas. Bukan main ramai yang melenting-lenting kerana tersangat sayangkan 'orang itu'. Maklumlah tempoh bulan madu belum habis. Akan tetapi lebih setahun sudah berlalu. Apa yang saya sebutkan menjadi semakin real.

Wakil Dewan Pemuda Pas Perlis, Yasir Mat Desa kelmarin menegaskan, PAS tidak boleh menjadi tunggul dalam pakatan pembangkang sebaliknya perlu berada di barisan hadapan.

''Saya tidak mahu Pas menjadi tunggul, kena duduk di barisan hadapan dan dominan," Demikianlah kata beliau dalam sesi perbahasan Muktamar Tahunan Ke-50 Dewan Pemuda Pas.

Lagi kata beliau: ''Berhati-hati jangan terlalu ghairah hendak kejar kemenangan dalam pilihan raya. Sejak pasca pilihan raya, ramai yang gelojoh tanpa membuat penilaian berhati-hati, ingat balik asal perjuangan, jangan alpa dan dibuai mimpi.''

Terima kasih kerana tolong mengingatkan kembali. Itulah pun mesej saya dahulu dalam entri panas tersebut. Sekarang banyak hal dah jadi bubur basi (macam di Perak).

Memang PAS tidak boleh menjadi tunggul dalam pakatan pembangkang. Tetapi kalau PAS memilih 'ulama tunggul' yakni ulama lesu yang bukan sahaja ilmunya tidak dapat kita jadikan sandaran, tidak cekap pula mentadbir, tidak proaktif dalam isu kontemporari; PAS akan menjadi lebih tunggul dari kayu tunggul. Bila waktu pemilihan sahaja mereka tidak jadi tunggul sebab berkehendak kena pilih.

Itulah dia; kalau tidak ada 'imam' dalam perjuangan tidak mustahil akan alpa dan dibuai mimpi.

Argh betapa sejarah tidak pernah dijadikan iktibar.

Memang sia-sia.

sumber - faisal tehrani


Tiada ulasan: