ANWAR IBRAHIM saman lagi. Entah sudah kali keberapa Anwar menyaman. Sudah tidak terkira bilangannya. Kalau ada yang sempat menghitung, Anwar boleh jadi bilioner. Boleh beli seberapa ramai Ahli Parlimen BN untuk beliau jadi Perdana Menteri selepas Plan 16 September tidak menjadi. Boleh beli Hakim dan Majistret. Tidak payah minta dana daripada luar negara lagi. Jumlah yang Anwar tuntut boleh merubah ekonomi Malaysia.
Terbaru Anwar saman pula Anifah Aman, Menteri Luar Malaysia dan tuntut RM 100 juta. Beliau saman kerana mendakwa Anifah memfitnahnya apabila menteri Luar tersebut mendedahkan Anwar menjanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri sekiranya beliau berjaya menakluk Putrajaya sebagai Perdana Menterti pada 16 September lalu.
Itulah Anwar Ibrahim. Pemimpin yang sedang diagung-agungkan oleh sekumpulan manusia. Rakyat sudah tidak terkejut dengan tindakannya. Rakyat yang tahu akan ketawa terbaha-bahak ataupun tersenyum simpul memerhatikan gelagat Anwar yang selama ini tidak mempercayai mahkamah tiba-tiba menggunakan mahkamah untuk membersihkan dirinya, konon beliau tidak bersalah.
Rakyat masih ingat bagaimana beliau saman Ghani Patail dan Musa Hassan. Rakyat juga tidak lupa yang beliau turut saman Saiful Bukhari yang mendakwa Anwar meliwatnya. Belum sempat kes saiful itu disebut dimahkamah, Anwar mengambil jalan tengah menyaman anak muda yang dikatakan telah disodok oleh Anwar sebanyak sembilan kali.
Tetapi Saiful tetap mahu mengheret Anwar ke mahkamah dan tindakan terbaru Anwar ini juga ditafsirkan oleh beberapa pihak sebagai tindakan mahu menutup malu apabila tembelangnya terbongkar. Anwar cuba menjadikan mahkamah yang tidak pernah dipercayainya selama ini sebagai benteng untuk menutup cerita-cerita sebenar yang bakal tersebar. Perbicaraan Saiful-Anwar bakal menelanjangi siapakah di antara mereka manusia yang paling busuk. Saiful sudah bersumpah.
Beliau tidak mahu retoriknya selama ini seperti mencurah garam ke laut. Belaiu sebolehnya tidak mahu penyokongnya yang selama ini begitu taksub dengan kehebatan pidato beliau termakan dengan segala pembongkaran yang akan dibuat baik oleh Anifah maupun oleh Saiful.
Penyokongnya selama ini seperti tidak mempercayai tentang kebenaran dan kebatilan. Penyokongnya selama ini membuta tuli menyokong Anwar yang sedang memperalatkan DAP dan PAS untuk mengejar puncak Putrajaya. Anwar dilihat sedang memperalatkan bangsanya sendiri hanya kerana mementingkan kuasa, yang pasti kuasa ini dilihat hanya untuk kepentingan diri sendiri.
Kemelut Perak, benar atau tidak, sudah ada yang mendakwa dalangnya adalah Anwar dan DAP. Nizar dan PAS hanya kuli cabuk yang dipergunakan oleh kumpulan ini. Nik Aziz dan Hadi Awang umpama wayang kulit yang dalang penggeraknya adalah Anwar Ibrahim.
Meskipun Anwar dilihat diam namun Anwar cukup bijak menyembunyikan tangan ghaib. Anwar dilihat cukup pakar dengan sukan sembunyi-sembunyi seperti lempar batu sembunyi tangan tetapi persembunyian Anwar bersama saiful akan terdedah tidak lama lagi.
Siapa pula yang akan dipergunakan Anwar ataupun dijadikan kambing hitam oleh Anwar untuk beliau menepis segala tuduhan yang dilemparkan oleh Saiful di mahkamah nanti. Apakah Hakim yang sama sewaktu mula-mula membicarakan kes Nizar yang akan dipohon oleh Anwar untuk menggendalikan kes tersebut?
Dalam soal Anifah, apa perlunya Anwar mengheret ke mahkamah? Anwarkan pakar pidato dan tuduhahn ataupun dakwaan Anifah itu seharusnya menjadi perkara yang cukup enteng untuk Anwar selesaikan. Anwar kena ingat satu perkara, bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan daun nyiru. Lawan tetap lawan tapi jangan sampai senjata makan tuan.
sumber - malaysia hari-ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan