MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

5 Jun 2009

Timbalan Presiden: Husam kata 50 : 50

SHAH ALAM: "Selalu 50:50." Begitulah komen Datuk Paduka Husam Musa apabila ditanya cakap-cakap bahawa beliau begitu hampiri untuk mengatasi Nasharudin Mat Isa bagi jawatan Timbalan Presiden PAS Pusat hari ini.

Husam, Naib Presiden PAS mengatakan demikian ketika proses pengundian akan diadakan mulai pukul 3 petang ini.

"Saya mula dari bawah. Saya tak buat perkiraan saya," kata beliau selepas majlis perasmian Muktamar Tahunan PAS Pusat di sini hari ini.

Sambil menarik perhatian bahawa beliau terus relaks hari ini, Husam berkata, denyutan nadinya berada dalam keadaan normal selepas diperiksa tiga hari lalu.

Jawatan Timbalan Presiden PAS menyaksikan persaingan tiga penjuru antara Husam, Nasharudin dan Mohamad Sabu.

Dalam pada itu, Mohamad Sabu pula menafikan cakap-cakap bahawa beliau akan menarik diri daripada pertandingan jawatan Timbalan Presiden pada saat-saat terakhir.

"Saya tak pernah kata, tak pernah terlintas dalam pemikiran untuk menarik diri," kata beliau yang juga Naib Presiden.

Mengenai peluangnya, Mohamad Sabu memberitahu, mereka yang bertanding biasanya berkata akan menang.

"Ada harapan, serah pada perwakilan," kata beliau sambil menambah, "perwakilan sudah membuat sikap dan diharap akan diterjemahkan dalam bentuk sokongan," katanya.

sumber - mstar


Tiada ulasan: