MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

3 Jun 2009

'No Muqabalah No Erdogan Yes Hezbullah.'


oleh Faisal Tehrani

Hezbullah dan Hizbussyaitan.

Ya, untuk pendokong parti Islam seperti PAS jika tidak membaca buku fikrah karya Presidennya - Dato Abdul Hadi Awang, berjudul Islam: Fikrah, Harakah dan Daulah, terbitan Dewan Pustaka Fajar, tentu tidak lengkap. Malah saya kira ia merupakan satu 'jenayah'. Di dalam buku ini, Tuan Guru Haji Abdul Hadi menjelaskan wujudnya kepimpinan atau walayat syaitan yang menggunakan tokoh-tokoh jahiliah seperti Firaun, Namrud, Haman dan Qarun sebagai rujukan.


Tokoh-tokoh jahiliah ini adalah tokoh sekular, kapitalis dan liberalis di zaman masing-masing. Mereka gila kuasa dan sanggup buat apa sahaja untuk kekal berkuasa. Mereka adalah hamba syaitan. Kelompok pengekor tokoh-tokoh tersebut dinamai Hizbussyaitan.

Susahkah mencari tokoh Hizbussyaitan? Tidak susah, Imam Khomeini menyatakan mereka yang tergila-gilakan Amerika Syarikat sang syaitan besar memang layak dikategorikan sebagai anggota parti setan. Dan dalam lanskap politik hari ini tidak susah mencari politikus yang lebih Amerika dari Amerika. Sesiapa yang menundukkan diri kepada tokoh seperti ini amat kita bimbangi arah hala tujunya.

Dalam menjelaskan mengenai Hezbullah pula, Ustaz Abdul Hadi menyatakan ayat 55 surah al-Maidah yang dikenali sebagai ayat wilayah: “…orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka ruku.” (tunduk menjunjung perintah Allah) sebagai ciri-ciri kepimpinan yang harus dituruti.

Susahkah mencari tokoh Hezbullah? Tidak juga susah. Lihat sahaja pada gerakan Hezbullah di Lubnan yang telah berjaya mengusir Israel dari selatan Lubnan dan banyak berbakti untuk rakyat Palestina. Islam dijuarai, bukan Islam didekati dan sekularis ditundukkan.

Ada orang mengatakan wacana Hezbullah adalah wacana yang dikembangkan oleh umat Islam bermazhab syiah. Ini tidaklah benar kerana seperti yang telah ditunjukkan di atas, sumber asas wacana ini datang dari ayat wilayah yang dihurai panjang lebar oleh Ustaz Abdul Hadi dalam buku beliau itu.

Sekiranya pun ia benar, saya kira PAS tidak ada masalah meminjam model Ikhwanul Muslimin, model Parti Saadet (parti Islam sebenar di Turki), model Jamaat Islami, model Parlimen Islam Britain (diasaskan oleh Dr Kallim Siddiqui) dan model kepimpinan ulama ala Iran.

PAS selaku gerakan Islam di tanahair telah lama meminjam model kepimpinan ulama (syiah) dalam partinya. Ini misalnya diakui oleh bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin dalam Mingguan Malaysia bertarikh 10 Mei 2009 di halaman 10: 'Isu pemimpin negara mestilah ulama menjadi lebih rancak dibincang dalam dunia pemikiran apabila tercetusnya Revolusi Iran dan Khomeini memperkatakan tentang konsep wilayah al-faqih yang meletakkan faqih atau ulama sebagai pemimpin.

Konsep itu mempunyai akar umbi kefahaman syiah tersendiri, walaupun ia juga didebatkan di kalangan mereka. Gerakan-gerakan Islam yang wujud, sebahagiannya terpengaruh (nota saya: gerakan Islam seperti PAS 'sengaja' mengambil pengaruh tersebut) dengan perkembangan ini.'

Kesimpulannya, jika ia baik maka tidak ada sebab untuk menolaknya malah diambil dan diadaptasi dengan kreatif sehingga menjadi model baharu milik kita. Tidak kiralah ia dari salafi, tabligh, sufi, syiah mahupun sunni. PAs telah melakukannya.

Yang tidak patut PAS lakukan ialah menyembah dan melutut kepada sekularis-liberalis pencinta setan besar. Yang perlu ditolak dengan keras ialah 'anak-anak Hizbussyaitan' yang muncul dalam bentuk liberalisme-sekularisme dan dijadikan model oleh juak-juak (syaitan besar) Amerika Syarikat di negara umat Islam termasuk Malaysia.

Kembali kepada perbahasan Hezbullah dan Hizbussyaitan yang dikemukakan oleh Presiden PAS, Dato Abdul Hadi Awang satu masa dahulu. Inilah pokok yang harus ditimbangkan oleh perwakilan parti PAS di muktamar kelak.

Menimbangkan Hezbullah dan Hizbussyaitan. Untuk itu saya kira slogan dan agenda yang paling cocok dengan wacana di atas ialah slogan 'No Muqabalah No Erdogan Yes Hezbullah.'

sumber - faisal tehrani

Tiada ulasan: