MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

3 Jun 2009

Kenapa Nik Aziz Belum Lepaskan Kerusi MB Kepada Husam?


Oleh MSO

APABILA Husam Musa dibawa turun bertanding di Kelantan pada tahun 2004, pemerhati politik melihat langkah itu ialah sebagai persiapan Pas untuk menyalin Menteri Besar Kelantan. Ketika itu Nik Aziz sendiri sudah menjadi MB selama tiga penggal, 1990, 1995, 1999. Penyalinan itu bukannya dalam masa sesegera mungkin tetapi mungkin selepas dua tiga tahun selepas itu.

Perpindahan Husam dari kerusi parlimen Kubang Kerian ke DUN Kijang pada 2004 itu juga untuk memberi pengalaman kepada Husam setahun dua sebagai Exco. Selepas mempunyai pengalaman di samping dapat mengemaskan kedudukan dalam jemaah (Pas) beliau pun akan diserahkan jawatan itu. Begitulah harapan dan perkiraan umum.

Hakikat ini makin dirasakan bila mana Husam diberi potfolio atau mempengerusikan jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat. Potfolio ini merupakan Exco kanan dalam kerajaan Kelantan. Nik Aziz mengenepikan Exco yang lebih senior sebelum ini untuk memberi kerusi itu kepada Husam.

Beliau juga dilantik menjadi ahli jawatankuasa beberapa jawatan kuasa peringkat negeri. Antaranya ahli jawatankuasa perhutanan (balak) dan tanah. Pendeknya jawatan itu meletakkan Husam paling senior dalam kerajaan Kelantan. Husam dapat membawa diri dan menunjukkan kemampuan dengan potfolio itu. Dia berjaya meletakkan dirinya sebagai pemimpin yang menjadi pembantu kepada Nik Aziz.

Ternyata setelah menjawat jawatan itu Husam membuat beberapa perubahan yang drastik dalam pentadbiran kerajaan Kelantan yang sungguh mengkagumkan bukan saja rakyat Kelantan tetapi pemimpin kerajaan di Kuala Lumpur juga. Banyak orang puji mengenai kebolehan dan idea Husam. Saat ini Husam dilihat sebagai pemimpin baru di Kelantan.

Perubahan itu mengemaskan lagi kedudukan pentadbiran kerajaan Kelantan. Kehadirannya benar-benar menggerunkan UBN Kelantan. UBN merasakan gabungan Husam dengan Nik Aziz menjadikan Pas makin mantap dan kemas. Gabungan itu juga menyebabkan Annuar Musa terus ditimbus kabur dan akhirnya lenyap dari persada politik Kelantan waktu ini.

Semasa pembentukan kabinet selepas pilihan raya 2004 mulanya Husam disenaraikan sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan. Nama Ahmad Yaacob sudah pun tergeser. Malangnya, nasib tidak berpihak kepada Husam, kira-kira tiga jam sebelum majlis angkat sumpah nama Husam tiba-tiba terkehel semula. Takdir ini cukup mentragiskan Husam. (Saya tidak mahu nukilkan peristiwa itu di sini nanti dikatakan personal pula).

Husam tidak kecewa dengan takdir itu. Beliau berkhidmat dengan penuh dedikasi dan melupai takdir itu. Baginya untuk menunjukkan kehebatan, kebolehan dan bakti dan jasa kepada rakyat bukan menerusi jawatan TMB, tetapi menerusi Exco juga boleh. Beliau bekerja dan memperkenalkan idea baru tanpa mempedulikan orang lain. Sikap dedikasi dan gigih ini menyebabkan ada yang jealous kepada beliau.

Sehari ke sehari Tok Guru Nik Aziz memberi kepercayaan kepada Husam. Jika ada apa-apa mesyuarat penting di Kuala Lumpur khususnya berkaitan kewangan dan pembangunan, Husamlah akan mewakili Nik Aziz. Bahkan dalam sewaktu membentangkan belanjawan di DUN Kelantan Husam diberi tanggungjawab itu. Jarang berlaku dalam mana-mana sidang DUN, Exco mengambil alih tempat MB.

Perkembangan dan ‘cula’ itu semua menyebabkan orang yakin Husam akan mengambil alih tempat Nik Aziz. Atau Nik Aziz sedang melatih Husam. Pilihan raya 2008 ramai orang mengira akan berlaku pertukaran itu. Nik Aziz akan berhenti. Lagipun sudah elok kalau Nik Aziz hendak berhenti kerana Pas juga menang selesa di mana mendapat majoriti lebih 2/3. Pas mendapat 38 kerusi manakala UBN 6 kerusi.

Tetapi malangnya, dalam pembentukan kabinet 2008 nama Husam masih kekal di kerusi Exco juga. Tidak berlaku penganjakan atau persalinan seperti diduga. Bukan sahaja untuk kerusi MB tetapi kerusi TMB juga tidak berganjak. Bagaimana pun beliau tetap memimpin Exco utama.

Persoalannya kenapa Nik Aziz tidak menyerahkan tugas dan tanggungjawab itu kepada Husam? Apakah Husam belum terlatih dan tidak cukup pengalaman? Husam sudah berusia 50 tahun kini. Sudah separuh abad. Usia Husam lebih tua daripada Barrack Obama. Sewajarnya dengan usia begitu Husam diberi tanggungjawab mengurus kerajaan negeri dan parti. Jawatan MB sepatutnya diserahkan kepada Husam dan Pesuruhjaya Pas Kelantan juga diserahkan kepadanya.

Namun tidak berlaku seperti diharapkan itu. Inilah yang perlu difikir sedalam-dalamnya mencari apakah hikmat dan rahmatnya. Di manakah salah dan silap Husam? Di manakah kegagalan Husam sehingga penyalinan jawatan itu tertangguh sudah hampir lima tahun. Kelewatan menobatkan Husam di kerusi MB itu agak mengecewakan rakyat Kelantan!

Apakah di sini boleh dikatakan Nik Aziz tamak? Ingin menjadi MB sampai mati? Tidak mungkin dan amat mustahil kalau Tok Guru mempunyai pegangan begitu. Nik Aziz sudah terlalu letih dan kini Husamlah yang banyak membantunya. Usia Nik Aziz kini sudah mencecah 79 tahun. Tetapi kenapa tidak diserahkan kepada Husam? Apakah Tok Guru tidak menyokong Husam? Atau sememangnya Husam yang menolak?

Tidak juga! Banyak kenyataan dari Nik Aziz memberi gambaran dia bersama Husam.
Sebagai pemerhati, apa yang saya dapat simpulkan di sini terhadap apa yang berlaku kelewatan atau pun penangguhan itu; pertama yang pastinya Tuhan masih belum mahukan Husam jadi MB.

Mungkin Tok Guru tunggu Husam menang timbalan presiden Pas, baru jawatan itu akan diserahkan kepadanya. Ataupun kemungkinan lain Tok Guru berlum yakin dengan penampilan, gaya dan sikap politik Husam menyebabkan Tok Guru terpaksa ‘acting’ jawatan itu walaupun kini sudah amat sangat penatnya.

Barang kali juga selain Husam, Nik Aziz tidak nampak orang lain boleh menguruskan dan menjana ekonomi negeri, tetapi nak serah begitu saja juga tidak berapa ‘arap’, kata orang Kelantan. Kenapa Tok Guru tidak ‘arap’, sebabnya mungkin Tok Guru juga menilai Husam seperti mana saya menilai pemikiran, karektor cita-cita politik serta keperibadian Husam menerusi beberapa penulisan dan catatan saya mengenainya akhir-akhir ini.

Mungkin Nik Aziz sedang menanti perubahan itu. Nah sekiranya Husam sedia berubah memperbetulkan beberapa kesilapan dan kecacatan dirinya sebagai ahli politik, baru Nik Aziz akhirnya menyerahkan jawatan itu kepada Husam.

Makanya sekiranya Husam masih mengimpikan jawatan MB beliau kerana mahasabah diri, memperbetulkan kepincangan dan kelemahannya yang ketara pada mata Tok Guru dan juga mata umum.

Saya yakin tok Guru sangat hendak menyerahkan jawatan itu kepadanya, tetapi tidak dalam keadaan belum sempurna. Sebagai seorang yang adil dan saksama Tok Guru mahu penyerahan itu nanti tidak akan dipertikaikan oleh sesiapa dan mahu pastikan Husam mendapat sokongan ramai.

Dari cakap-cakap umum dalam jelumun politik Pas Kelantan pula kenapa Husam masih belum diganjakkan Tok Guru ke kerusi idamannya itu ialah kerana sokongan kalangan pemimpin Pas peringkat negeri pada Husam belum solid lagi.

Lantaran itu untuk mencapai cita-cita kurbanya itu dan menyakinkan hati Tok Guru, Husam perlu berusaha menyatukan pemimpin Pas Kelantan di bawah panji-panjinya. Beliau harus berani dan bijak dalam hal ini. Kerana sekiranya beliau gagal menyakinkan Tok Guru dapat muncul sebagai pemimpin perpaduan di Kelantan, mungkin agak lama lagilah kerusi itu terlepas kepadanya.

Pertandingan timbalan presiden ini sangat penting bagi Husam untuk mengapai jawatan itu. Sekiranya beliau menang ia akan lebih menyakinkan Tok Guru untuk menyerahkan kerusi MB kepadanya. Saya penuh yakin kenapa Tok Guru masih menarik brek daripada melepaskan jawatan itu kepada Husam kerana masalah-masalah yang dikatakan tadi

sumber - msomelayu


1 ulasan:

Mohd. Rizal berkata...

Assalam wbt.

Walaupun Husam sudah agak lama berada di bawah telunjuk, pengaruh dan didikan Tok Guru Nik Aziz ttp sampai sekarang Husam gagal mencernakan sifat2 dan sikap2 keperibadian seorang ulama yg cuba diterapkan oleh Tok Guru kepadanya...kurangnya nilai2 Islamik inilah yg dilihat menjadi halangan untuk Husam mewarisi kerusi Tok Guru ini walaupun dari segi ilmu, percakapan, pentadbiran dan politiknya dikagumi lawan dan kawan. Adakah Husam tidak ikhlas semasa ditawarkan menjadi 'anak didik' Tok Guru dahulu ataupun beliau menjadikan orang lain sebagai 'idola'nya... Wallahua'lam.