MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

3 Jun 2009

Lakonan Husam menjelang pemilihan...



Khabar burung kenapa Datuk Husam Musa tak muncul ketika program Hujah di TV9 minggu lalu turut sampai ke pengetahuan Agendadaily.

Husam yang bakal bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PAS menyindir Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi yang menolak hadir berhujah isu politik wang sebagai pemimpin tidak bertanggungjawab.


Keadaan itu juga memaksa Menteri Pertahanan itu mengeluarkan kenyataan menafikan bersetuju berdebat dengan Husam pada 26 Mei lalu.

Zahid menyatakan kecewa terhadap tuduhan Husam yang mendakwa beliau menarik diri sedangkan beliau atau pihaknya tidak pernah memberikan persetujuan untuk program itu.

Katanya, walaupun TV9 ada membuat jemputan tetapi beliau menolak kerana terikat komitmen terhadap acara lain yang diatur lebih awal.

Sumber PAS memberitahu Agendadaily, Husam tahu perkara itu dan sengaja mahu tunjuk hebat apabila muncul juga di stesen televisyen berkenaan pada malam tersebut.

Rupa-rupanya Husam memang merancang perkara itu semata-mata nak tunjuk dia berani dan matlamat utamanya nak pancing undi perwakilan PAS dalam muktamar dan pemilihan hujung minggu ini.

Sok sek ini nyata benar apabila kisah debat Husam ini disiarkan sebuah web http://muktamarpas.blogspot.com yang secara detail mendedahkan skrip Husam berhubung program itu.

Selain kisah disebalik debat Husam VS Zahid, turut dipaparkan 5 dalil kenapa Husam tidak layak jadi Timbalan Presiden PAS dan 10 dalil kenapa Mohamad Sabu juga tidak layak memegang jawatan itu.

Laman web berkenaan dipercayai digerakkan oleh kumpulan tertentu dalam PAS yang mahu parti itu mengekalkan kepimpinan ulama serta ‘walaq’ yakni taat kepada pemimpin dengan menolak kumpulan Erdogan dalam PAS yang pro-Anwar.

Berikut disiarkan kisah disebalik debat Husam dan Zahid seperti dipaparkan laman web tersebut.

Kisah DiSebalik Debat Husam & Zahid

Apabila Husam mengisytiharkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS, sudah semestinya beliau telah melakukan perkiraan yang munasabah. Mengenali Husam, beliau pasti mempunyai perancangan hebat untuk memenangi jawatan yang beliau idamkan sekian lama.

Tiada siapa boleh nafikan bahawa Husam mempunyai hubungan istimewa dengan pihak media kerana beliau juga merupakan bekas wartawan. Di antara pihak media yang agak rapat dengan beliau ialah Malaysiakini (hubungan kelamin),The Star dan Media Prima (TV3 & TV9).

Sebab itulah kita tidak hairan kenapa beliau selalu mendapat liputan meluas daripada pihak media sehingga menenggelamkan pimpinan PAS yang lain termasuk Presiden dan Timbalannya. Beliau menggunakan kelebihan hubungan tersebut untuk meminta pihak media sentiasa membuat liputan untuknya.

Di antara program kempen bagi jawatan Timbalan Presiden yang disusunkan khas untuk beliau ialah program debat beliau dengan Dato Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO. Sebab itulah kita melihat betapa Husam dan jenteranya begitu hebat mempromosikan program debat tersebut di mana-mana. Beliau begitu bersedia untuk menunjukkan kehebatan dirinya bila berhujah dengan lawan. Beliau yakin Zahid tidak selicik Khairi Jamaludin yang telah berjaya memalukan Husam satu ketika dahulu.

Zahid yang pada awalnya tidak menyedari perancangan sebenar Husam untuk menyeret beliau dalam program kempennya telah menerima pelawaan untuk berdebat dengan Husam. Tetapi setelah beliau diberitahu oleh seseorang bahawa Husam sebenarnya sekadar ingin berkempen untuk dirinya bagi jawatan Timbalan Presiden PAS, maka Zahid dengan serta merta menguzurkan diri dan meminta tarikh lain yang diluar dari tempoh berkempen untuk muktamar PAS.

Maka kecewalah Husam yang teramat sangat apabila diberitahu oleh Media Prima bahawa Datuk Zahid telah membatalkan kehadirannya diprogram tersebut dan sebagai gantinya mereka telah menjemput Ezam Md Nor. Bagi Husam, Ezam bukanlah tarafnya. Bagi Husam, beliau hanya setaraf Zahid Hamidi atau Muhyidin Yasin. Maka Husam pun menolak untuk berdebat dengan Ezam.

Setelah Husam menolak, pihak Media Prima dipercayai telah menghubungi Mat Sabu (seorang lagi calon Timbalan Presiden PAS) untuk menjemput beliau berdebat dengan Ezam dan telah diterima oleh Mat Sabu dengan gembiranya. Tetapi setelah Husam mendapat tahu bahawa pihak Media Prima telah menghubungi Mat Sabu bagi program tersebut, dengan pantas beliau menghubungi mereka kembali dan menyatakan kesudian beliau untukmenghadirkan diri ke program tersebut. Mungkin beliau khuatir pengaruh yang bakal diperolehi oleh Mat Sabu selepas program tersebut memandangkan Mat Sabu juga bukan calang-calang orang dalam berhujah dan berdebat.

Maka pergilah Husam ke TV9 untuk program debat tersebut. Tetapi, rupa-rupanya pemergian beliau hanyalah untuk berlakon sahaja. Kononnya beliau ingin menunggu Zahid Hamidi juga. Dan bila Zahid tidak muncul beliau pun pulang dan meninggalkan Ezam keseorangan dalam program tersebut. Apakah motif beliau berbuat demikian? Untuk apa menunggu Zahid kalau dah Zahid beritahu dari awal lagi bahawa beliau tidak akan datang. Mungkin hanya untuk menyekat kedatangan Mat Sabu atau untuk menunjukkan yang Zahid takut kepadanya.

Begitulah terdesaknya Husam untuk mempromo dirinya untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS.

sumber - agendadaily


1 ulasan:

Mohd.Rizal berkata...

Assalam wbt.

Allah SWT lebih mengetahui dan mengenali siapa hamba2nya yg ikhlas, benar dan hipokrit. Balasan-Nya jua menanti jika tidak di dunia maka di akhirat pasti. Kita tidak tahu hati budi dan niat Husam itu, biarkanlah dia......Kebenaran pasti terbongkar...cuma masa dan izin -Nya sahaja menentukannya.

Wassalam.