Walaupun Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang melihat PAS ikhlas dalam soal membincangkan kerajaan perpaduan tetapi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim belum mengubah pendirian mengenai perkara itu.
Katanya, pembangkang akan mendengar penjelasan terbaru Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung itu tersebut dalam mesyuarat akan datang sebaik sahaja Presiden PAS itu pulang dari luar negara.
“Setakat ini kita pegang pendirian beliau bahawa PAS komited dan tidak berganjak dengan pembangkang,” katanya.
Selain itu katanya, Hadi sudah menjelaskan perbincangan isu kerajaan perpaduan berdasarkan syarat badan kehakiman mestilah bebas dan pilihanraya telus dan adil.
Ditanya sama ada PKR juga bersetuju dengan idea itu, Anwar sekali lagi menegaskan bahawa, pembangkang bersedia berbincang dengan Najib dalam isu lain tetapi bukannya soal kerajaan perpaduan.
sumber - agendadaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan