Oleh : Eric Pilch
Anwar Ibrahim, lelaki yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri baru Malaysia, ditemubual oleh Today Voice [blog universiti Georgetown, Amerika Syarikat]. Teks penuh temubual melalui email ini diterbitkan semula seperti berikut:
Sebagai memulakan bicara, mengapa anda berusaha untuk menjatuhkan kerajaan sekarang (BN) daripada kekuasaan?
Dalam mencapai sebuah negara demokrasi, tidak akan sempurna walaupun di Malaysia, kecuali menepati dua aspek etika pentadbiran : etika moral dan politik.
Cabang-cabang etika moral termasuklah – transparensi(ketelusan), kedaulatan undang-undang, pengasingan kuasa, integriti pemegang jawatan, dan sebagainya.
Keputusan-keputusan etika politik pula terhasil daripada kepimpinan yang berkesan yang dipilih oleh rakyat dan ahli majlis undangannya.
Barisan Nasional di Malaysia, selama 51 tahun pemerintahannya, telah pudar etika moralnya untuk mentadbir sekurang-kurangnya untuk satu dekad kini. Badan kehakiman telah korup, pasukan polis itu menjadi tidak berfungsi, perkhidmatan awam tidak efektif hanya tidak lebih sebagai 'rubber stamp', politik wang menjalar ke dalam parti politik, dan perkara-perkara berkaitan dengan bangsa dan agama menjadi seperti kawasan 'periuk api' [ketidakadilan ras dan agama]. Ekonomi lembap, kerajaan tiada penyelesaian untuk masalah pengangguran yang meluas, inflasi berleluasa dan penurunan dalam pelaburan asing. Negara ini menjadi semakin tragis selepas 51 tahun memerintah.
Barisan Nasional selalunya mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen. Hanya sekali, sebelum ini pada tahun 1969, BN kehilangan majoriti itu — rusuhan-rusuhan kaum telah dinyalakan akibat kehilangan majoriti itu.
Pada 8 Mac tahun lalu, BN kehilangan majoriti itu dalam sejarah bangsa pilihan raya umumke-12. Wujudnya ambang psikologikal yang telah disalah tafsir dan menampakkan lompang-lompangnya
Terencatnya etika moral dan politik untuk urus tadbir telah membawa kepimpinan negara menjadi buntu. Gabungan Pembangkang berhasrat untuk menamatkan kebuntuan ini dengan menarik ahli parlimen BN menyertai kempen kita untuk penjanaan semula negara.
Apakah idea-idea anda kepada Perdana Menteri semasa era Abdullah Ahmad Badawi?
Saya pernah mengenali Perdana Menteri selama bertahun-tahun dan telah mengenalinya sebagai seorang yang bersopan santun - Saya berharap saya tidak merendah-rendahkannya - tetapi seluruhnya dia tidak berjaya.
Mengapa adakah anda percaya Perdana Menteri Abdullah segan menemui anda?
Dia berfikir bahawa dia akan menemui jalan buntu. Saya cuba untuk meyakinkannya tentang keselamatan negara lebih mustahak berbanding melanjutkan usia kerjaya politik individu atau kekurangannya.
Dalam kepentingan untuk negara, tidak salah dia berjumpa saya dan kita membincangkan bersama-sama. Tentang masa depan negara, berbincanglah dengan saya, tidak perlu dia terus berada dalam situasi beremosi.
Dalam politik, anda mesti tahu membaca suasana dan arus. Dia telah membaca dan terus membaca dengan tafsiran yang salah. Dia sepatutnya memilih untuk pendamaian. Kemuktamadan bukan bahasa politik.
Percayakah anda bahawa keputusan kerajaan menghantar 50 ahli parlimen ke Taiwan minggu lepas telah disusun untuk menghalang rancangan-rancangan anda?
Ianya diketahui umum dan memalukan . Ia telah memimpin orang ramai untuk berfikir yang kerajaan adalah sebuah kumpulan badut-badut.
Adakah anda mengekalkan rasa tidak bersalah berkenaan tuduhan liwat dan rasuah yang telah dikenakan anda pada masa lampau ?
Saya tetap mengekalkan bahawa dakwaan mereka itu adalah satu konspirasi - dan sampai sekarang ini bukan sedikit bukti telah ditunjukkan untuk menyokong ketidaktentuan dakwaan-dakwaan spekulatif itu. Dengan kawalan kerajaan tehadap media rasmi, dakwaan-dakwaan itu - kejam, melampau dan dengan jelas palsu – telah memberikan nilai yang tidak baik.
Kali ini, dalam pendapat umum, dakwaan meliwat itu akan lebih cepat menghilangkan populariti kerajaan. Tiada siapa percaya dakwan itu melainkan satu strategi untuk menyelamatkan usia politik seseorang itu dan bergantung kepada saya menjadi bertepuk dalam menghentam.
Saya perlu menyampaikan penghargaan ikhlas kepada masyarakat antarabangsa yang telah berterus terang dalam kritikan mereka terhadap konspirasi dilancarkan terhadap saya. Universiti Georgetown pun mengekalkan penghormatan dan sokongan kepada saya di sini.
Apakah keutamaan dasar anda jika anda berjaya menjadi Perdana Menteri?
Perkara paling utama adalah pelaksanaan Agenda Ekonomi Rakyat Malaysia, satu program untuk menyatupadukan rakyat Malaysia dengan memberi mereka kesamarataan dan peluang. Bakat-bakat mereka akan berkembang dan matlamat sebuah bangsa bersatu yang telah dihakis untuk berdekad lamanya akan dapat dicapai. Anda akan mendapat wawasan itu — dendam rakyat itu yang disekat bakat mereka dalam percanggahan — seperti drama-drama Ibsen.
Kita perlu membina semula integriti badan kehakiman dan mengambil satu tindakan membendung rasuah dan kronisme. Memajukan semula ekonomi yang lembap dan ketinggalan dari jiran-jiran kita di Asean.
Pelabur-pelabur asing di Malaysia kini tidak selesa dengan prospek kerajaan yang tidak menghormati undang-undang dan prinsip asas pasaran bebas. Sistem pendidikan kita telah menjadi tidak terurus di bawah pengawasan tidak bertanggungjawab orang-orang yang dilantik secara politik.
Kita komited untuk membina sebuah ekonomi yang berperikemanusiaan - merangsang pertumbuhan tetapi memastikan orang miskin dan dipinggirkan tidak tergelincir dicelah-celah itu.
Para kapitalisme telah membuat huru-hara terhadap pasaran global dan kita pernah melihat sekali lagi dalam huru-hara yang terkini di Wall Street.
Krisis ini mempunyai kesan sebenar ke atas rakyat - yang menyebabkan kehilangan pekerjaan , simpanan persaraan dan portfolio pelaburan. Memasarkan komitmen kita berorientasikan polisi-polisi ekonomi firma kekal, tetapi kita akan susuli dengan satu kursus yang diterangkan oleh John Kenneth Galbraith seperti campur tangan kerajaan bagi membetulkan ketidaksaksama sosial kepada kuasa-kuasa yang tidak tertahan dalam pasaran bebas.
Apakah pengalaman anda yang boleh dikongsi bersama semasa anda berada di Universiti Georgetown ?
Saya menghabiskan setahun setengah di Universiti Georgetown. Ia merupakan satu ruang 'buangan' saya selama enam tahun di pemenjaraan yang tidak adil. Selama di Universiti Georgetown saya dapat menjelaskan pemikiran yang berlegar semasa saya dalam penjara. Tempoh saya dihabiskan dengan mengajar, membaca dan memantulkan semula menjadi bahan bakar kempen saya untuk membanteras satu permulaan baru kepada rakyat Malaysia.
Saya tidak dapat menolong sepenuhnya tetapi saya masih ingat kembali lawatan terdahulu saya di kampus Georgetown pada tahun 1996 apabila saya menyampaikan satu ucapan dalam dialog tamadun-tamadun dan perlu untuk mencapai satu konsep Convivencia (saling hormat menghormati antara semua agama) dalam semangat model di Andalusia, Sepanyol
Saya telah hadir ke kampus berinteraksi dengan pelajar-pelajar pelbagai fakulti dalam satu rangsangan intelek dan persekitaran rohani, yang saya merasakan seolah-olah kita mendekati kepada keunggulan.
Saya perlu menyampaikan salam saya kepada pelajar-pelajar itu, kerana penyertaan mereka dalam kelas-kelas dan kepada kakitangan serta pentadbiran yang tidak ada tolok bandingnya dalam kebaikan mereka melayan saya dan keluarga saya.
Akhirnya, adakah anda mempertimbangkan hasrat untuk kembali semula ke Georgetown selepas tamat kerjaya politik anda?
Ia menjadi satu kesukaran untuk menolak jemputan daripada Presiden DeGioia,(Presiden Georgetown), seorang rakan yang hebat, untuk pulang semula ke Georgetown berkecimpung dalam dunia pengajaran.
Tetapi sekarang, jambatannya terlalu jauh. Saya sudah tentu ingin kembali ke Georgetown tetapi dalam keupayaan saya sekarang saya tidak boleh berikan komitmen. Georgetown akan kekal dalam ingatan saya sebagai satu tempat indah yang memberi satu pembaharuan dalam pandangan dalam hidup saya kerana pandangan itu sangat diperlukan.
AIDC menterjemah artikel "The Voice interviews Anwar Ibrahim, Georgetown prof turned Malaysian oppositionist". Artikel asal klik di sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan