MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

16 Jun 2009

Walaupun dikecam Anwar tetap mahu Chin Peng dibenar pulang

Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB

KUALA LUMPUR: Di sebalik kritikan pelbagai pihak, Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendiriannya agar kerajaan membenarkan bekas ketua Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng pulang ke tanah air.

Anwar berkata, kenyataan beliau sebelum ini yang menyokong kepulangan Chin Peng bukan berkisar tentang keganasan yang melibatkan aktiviti militan PKM tetapi berlandaskan prinsip kemanusiaan.

"Malaysia telah menandatangani perjanjian, mereka (PKM) telah menyerahkan senjata dan pulang dengan aman.

"Sebahagian besar termasuk Musa Ahmad dan Shamsiah Fakeh telah pun pulang. Sebab itu saya fikir atas rasa peri kemanusiaan, (Chin Peng) perlu dibenarkan pulang," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Anwar menyatakan pendiriannya tentang Chin Peng Sabtu lalu.

Sejak itu beliau dikecam kerana membelakangi pengorbanan anggota keselamatan negara.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, sejak daripada kepimpinan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein, Malaysia telah mengadakan pertemuan dengan parti komunis di China yang sememangnya diketahui menyokong PKM.

"Jadi pada pendapat saya, elok kita maju terus dan menyatakan sejarah sebagai satu realiti.

"Kita harus terus memberi pengiktirafan kepada usaha dan pengorbanan pasukan keselamatan tetapi jangan kita menunjukkan sikap kepura-puraan dan tidak konsisten dalam dasar ini," katanya.

Berhubung kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang menyatakan beliaumelihat PAS ikhlas dalam cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan dan tidak menolak sebarang kerjasama antara Umno dan PAS, Anwar berkata, kenyataan Najib adalah untuk meraih sokongan.

Katanya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menjelaskan kepada beliau bahawa jika wujud kerjasama antara kedua-dua parti itu, ia adalah berkisar mengenai sistem pilihan raya dan institusi kehakiman yang bebas.

Katanya, Abdul Hadi akan memberi penjelasan lanjut berhubung kerajaan perpaduan yang diutarakan parti itu pada mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat Isnin ini.

Sementara itu, Anwar berkata, beliau sedang menyediakan usul bagi memprotes tindakan junta tentera Myanmar terhadap pemimpin prodemokrasi, Aung San Suu Kyi yang menyekat beliau daripada memperjuangkan demokrasi dan hak-hak asasi manusia di Myanmar.

sumber - mstar


1 ulasan:

Mohd.Rizal berkata...

Assalam wbt.

Atas alasan kemanusiaan, demokrasi dan hak asasi dan dengan gelaran ketua pembangkang di Parlimen, maka tidak hairanlah jika Anwar Ibrahim yg dahulunya dilihat sebagai pejuang muda dan bakal pembela bangsa Melayu menyokong kembalinya Chin Peng ini ke bumi Malaysia. Sebagai ketua pembangkang, memang sudah tugas beliau untuk membangkang setiap langkah dan tindakan kerajaan....apa yg nak kita hairan dan pelikkan....Politikus ada berbagai taktik dan kaedah dalam meraih sokongan, simpati dan undian rakyat. Biarlah beliau dengan perjuangan dan sandiwaranya itu.....