MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

6 Jun 2009

Husam Nafi kekalahannya tanda penolakan kepimpinan Nik Aziz



Jimadie Shah Othman | Jun 6, 09 2:22pm

Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa menafikan kekalahannya untuk merebut jawatan timbalan presiden PAS, sebagai tanda penolakan terhadap kepimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat di negeri itu.

"PAS tidak bergantung kepada tokoh," katanya Husam ketika ditemui wartawan di muktamar PAS di Shah Alam hari ini.

Di kalangan masyarakat PAS, Husam dilihat sebagai 'anak emas' kepada Nik Aziz yang juga merupakan mursyidul am PAS.

husam musa 02Berikutan itu, timbul tanggapan seolah-olah kekalahan Husam itu juga mencerminkan penolakan terhadap kepimpinan Nik Aziz.

Dalam pemilihan kali ini, Nasharuddin Mat Isa berjaya mengekalkan jawatan timbalan presiden PAS dengan memperolehi 480 undi, Husam (281) dan seorang lagi calon Mohamad Sabu mendapat 261 undi.

Ekoran kekalahan beliau, Husam dan Mohamad Sabu yang sebelum ini merupakan naib-naib presiden PAS, tidak lagi memegang sebarang jawatan tinggi parti di peringkat pusat.

Keputusan pemilihan tersebut diumumkan oleh Datuk Mustafa Ali mengumumkankeputusan tersebut pada kira-kira jam 10 pagi ini.

Ditanya tentang masa depan karier politiknya, Husam hanya mengatakan perkara itu tidak penting kerana beliau "dari mula menggangotai PAS sebagai aktivis".

Bagaimanapun, tambahnya, pelbagai pihak mempunyai peranan dalam parti itu mengikut kedudukan masing-masing.

"Mana boleh terpinggir, melukut pun ada peranannya," katanya di hadapan kira-kira 50 wartawan yang mengerumuni beliau bagi mendapat reaksinya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas isu kerajaan perpaduan yang dicadangnya presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Husam berkata:

"Sampai hari ini saya tak faham macam mana ia boleh berjaya. Saya tak faham, kalau kita katakan Afrika Selatan atau England, itu berlaku apabila tidak ada satu parti yang ada majoriti dalam parlimen.

"Dalam keadaan itu, semua parti bersedia bekerjasama. Tetapi dalam kes di Malaysia, Umno dan BN telah ada majoriti. Dan Umno tidak tawarkan pembangkang menyertai kerajaan," katanya.

sumber - malaysiakini


1 ulasan:

Unknown berkata...

Tuan Guru Nik Ajis pun pandai main 'wayang' juga. Yang terkenanya Husam Musa. Takkan Tuan Guru tak nampak lagi permulaan signal,rakyat pun kashan kat Tuan Guru,dah lama benar atas kerusi MB tu.Takkan sampai mati kot.Dulu mengata kat Tun Mahathir...haa..sekarang..siapa yang terkena badi tu.Sekurang-kurangnya Tun serah juga jawatan dia pada orang lain. kena tunggu sampai bila lagi Tuan Guru!!