MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

10 Jun 2009

CNN & France 24 : Bermula semula kempen Anwar

Oleh Gelagat Anwar

Sisipan blog terbaru Anwar memaparkan bagaimana dia amat dikenali di pentas dunia. Menggunakan jawatan ‘Malaysian Opposition Leader’, Anwar ditemubicara di CNN dan France 24 – berkenaan ucapan Obama dan pengalamannya sendiri sebagai pembangkang di Malaysia. Anwar, walaupun tampil karismatik tetapi terlalu banyak gagap dan gagal menyampaikan pandangan yang meyakinkan.

Lebih menarik, video CNN sudah ‘ditampered’ dan ditambah baik – KONONNYA dalam interview sepanjang 4 minit 15 saat itu turut mengkritik kerajaan Malaysia kerana tidak hormat (lack of respect) kepada kehendak majoriti dan sentimen masyarakat. Apa yang Anwar maksudkan? Apa yang Anwar nak sampaikan? Nak bawa isu Perak sampai ke pentas antarabangsa? Untuk membuktikan apa?

Perangai buruk Anwar dalam mengutuk Negara sendiri ini bukan perkara biasa. Dah memang jadi tabiat Anwar sejak dari dulu. Ada ruang sahaja, maka Anwar akan tampil sebagai seorang warganegara yang tidak silu dalam menyerang Negaranya sendiri. Tidak kira teknik apa yang digunakan, secara ‘nyata’ atau ’subtle’ – Anwar memang tidak pernah berhenti mengkritik Negaranya sendiri.

4. Anwar dipanggil untuk memberikan komen mengenai ucapan Barack Hussein Obama di Cairo, yang diperkatakan sebagai ‘A New Beginning’ kepada hubungan dunia Barat dan dunia Islam. Anwar optimis bahawa ucapan tersebut merupakan ucapan yang ‘berani dan sangat menterujakan’ – dengan kemungkinan ianya menjadi titik tolak kepada hubungan yang lebih baik. Di sini, Anwar mungkin tidak ada silapnya. Hubungan dunia Barat dan Islam perlu diperbaiki. Perlu dipermolek agar dunia tidak lagi berada dalam suasana ketidaktentuan politik.

Jika itulah sentimen yang diangkat Anwar sebagai berani dan sangat ‘engaging’; makanya Anwar juga tidak perlu terlalu ‘takut’ dan ‘euphoric’ dengan kemungkinan wujudnya ‘kerajaan perpaduan’ antara UMNO-PAS. Anwar mesti bersikap terbuka dan tidak double-standard dalam melarang hakikat sama dibenarkan di Malaysia. Biarkan sahaja UMNO-PAS membina kerajaan perpaduan, apa salahnya? Atau Anwar sendiri takut bahawa dirinya tidak layak diletakkan sebagai ‘Perdana Menteri’.

Muktamar PAS sudah menyatakan secara jelas bahawa mereka juga layak diangkat sebagai ‘government-in-waiting’ kepada Malaysia. Daripada sudut ideologi dan kesungguhan politik, Hadi lebih layak diangkat sebagai Perdana Menteri berbanding Anwar. Itu yang Anwar tidak boleh terima. Hadi bukan ‘level’ Perdana Menteri, kata Anwar dalam satu ‘mesyuarat strategik’ PKR.

Jika Anwar mampu memuji Obama dengan ucapannya, Anwar juga wajar memuji ucapan Hadi yang juga menampilkan semangat ‘A New Beginning’ kepada PAS. Anwar wajar memuji citarasa politik ‘tinggi’ Hadi yang menginginkan prasarana politik yang lebih menjanjikan semua pihak. Yang lebih menguntungkan rakyat.

Kita sudah faham dengan trend Anwar. Apabila sahaja dekat dengan kes perbicaraan mahkamah, Anwar akan bersungguh ke luar Negara untuk mengadakan ’sesi berkongsi masalah’ dengan media antarabangsa. Ini dengan sendirinya memberikan Anwar sedikit ruang untuk di ‘protect’ oleh media antarabangsa dalam kes seks luar tabienya. Anwar mahu media antarabangsa cover – ‘Malaysian Opposition Leader’ yang dibicarakan dengan kes ’sodomy’.

Taktik ini kita dah biasa tengok. Kaedah ’soliciting the support of the international media’ ini memang tabiat lama Anwar. Dia ingin menyediakan ‘perisai persepsi’, agar media antarabangsa melaporkan dirinya sebagai seorang individu yang dizalimi oleh sistem kehakiman. Mungkin selepas ini, CNN dan France 24 mahu menemuramah Saiful Bukhari pula, atas niat dan ‘intent’ – kebebasan bersuara. Cubalah, kalau berani.

sumber - gelagat anwar


1 ulasan:

Truth prevails berkata...

This is what The Middle-East reaction's towards Obama's speech,cmon do you really-really believe Obama-Anwar's words!!emmmm, I do remember they have some similarity~~*wink wink*

http://news.yahoo.com/s/afp/20090603/wl_mideast_afp/usmideastdiplomacyarab_20090603200137