MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

10 Jun 2009

Memahami tindakan PAS minta SIS diharamkan…

Oleh: ROSLAN BIAN

Tanpa sebab atau alasan kukuh, PAS pastinya tidak mendesak kerajaan melalui Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan Sisters in Islam (SIS).

Apatah lagi pertubuhan yang condong membawa aliran Islam liberal.itu sudah beberapa kali mencetuskan kontroversi sehingga PAS mendakwa tindak tanduk SIS boleh mengancam akidah umat Islam.


Disebalik semua itu, NGO terbabit juga dikatakan rapat dengan kepimpinan pembangkang termasuk DAP dan PKR malah ada isu-isu tertentu membabitkan tentangan terhadap kerajaan disokong mereka secara bersama.

Maka tidak hairan apabila DAP dan PKR melenting dan memandang serius usul yang diluluskan dalam Muktamar PAS munggu lalu untuk mendesak kerajaan supaya mengharamkan pertubuhan SIS.

Setiausaha Organisasi DAP, Teresa Kok menjadikan alasan kebebasan bersuara, prosip demokrasi dan kebebasan berpersatuan sebagai hujah kenapa PAS tidak wajar meluluskan usul itu.

Tambahan pula, sebagai rakan dalam pembangkang sudah semestinya isu itu dibincang bersama terlebih dahulu sebelum keputusan mengenainya diambil.

Dalam satu kenyataan, ahli Parlimen Seputeh itu berkata "Jika mana-mana pihak mahu mengharamkan SIS atau organisasi yang berbeza dengannya, ia adalah sifat kuku besi yang tidak harus menjadi budaya kita,"

Malah, Teresa berkata sikap mahu mengharamkan sesuatu adalah sifat UMNO dan BN yang patut ditolak kerana ia bertentangan dengan hak asasi manusia serta melanggar hak-hak kebebasan sejagat.

PKR pula menggesa PAS menimbang semula usul melalui kenyataan Naib Presidennya Mustaffa Kamil Ayub selain ketegasan bahawa pembangkang tidak bersetuju dengan usul yang diluluskan oleh muktamar PAS tersebut.

Malah, katanya, PKR juga tidak senang dengan usul tersebut yang juga menggesa supaya ahli-ahli SIS menjalani proses pemulihan.

Nada sama diluahkan Mustaffa iaitu dengan mengingatkan PAS tentang kebebasan bersuara dan berpersatuan yang menjadi amalan negara moden dan demokratik.

Katanya, perbezaan pendapat bukan sahaja dibolehkan tetapi dilindungi kerana ia merupakan asas penting dalam sebuah masyarakat yang adil dan demokratik.

Tidak sukar mencari sebab kenana dua pemimpin, dua parti dan dua nada yang sama begitu mempertahankan SIS jika pertubuhan itu tidak memberi manfaat kepada mereka.

PAS pula pastinya cukup faham tindak tanduk SIS kerana sejak bersama pembangkang selepas pilihanraya umum ke 12 lalu, parti itu sudah melalui banyak pengalaman dan pendedahan erti sebenar perjuangan pembangkang yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pemimpin PAS bukannya bodoh atau buta agama apabila membentangkan usul yang diluluskan tanpa dibahaskan itu.

Pastinya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan tuan guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat cukup arif dengan label ‘Islam’ yang digunakan pertubuhan itu sedangkan pelaksanannya tidak menepati kehendak dan akidah Islam.

Ini dijelaskan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan bahawa label "Islam" pada NGO terkenal itu hanya boleh dikekalkan jika "mempunyai pandangan jelas tehadap akidah ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak memainkan isu atas dasar hak asasi (manusia) yang terlalu subjektif."

"Dewan Pemuda PAS tidak menghalang hak mereka (SIS) untuk bersuara, namun sikap mereka yang tidak memperlihatkan diri mereka sebagai pertubuhan Islam seharusnya dinilai," katanya.

Beliau menyarankan SIS menukar nama kepada Sisters In Malaysia jika mereka mahu meneruskan tingkah mereka yang memperjuangkan hak asasi yang subjektif dan tidak lagi membawa nama Islam tetapi dalam masa yang sama mempersoalkan hukum-hukum Islam yang telah termaktub dalam al-Quran dan hadis."

Sebagai ustaz lulusan Mesir, Nasrudin menegaskan bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan harus bersidang mengeluarkan fatwa sama ada NGO ini layak mengunakan nama Islam dalam pertubuhan mereka atau tidak.

"Jika tidak layak (guna nama Islam), maka mereka harus diharamkan mengunakan nama Islam dan diminta bubar atau menukarkan nama persatuan jika mahu terus aktif dalam berpersatuan kerana mereka tidak lagi dianggap mewakili suara wanita dan umat Islam.

Sebenarnya, Teresa tidak perlu berkokok soal demokrasi dan kebebasan bersuara kerana beliau sendiri tidak menghormati kebebasan tersebut dengan tindakan menyaman media sebelum ini.

Pengharaman SIS kelak sebenarnya akan melenyapkan satu lagi sokongan kepada perjuangan pembangkang yang mahu meliberalkan Islam di negara ini selepas usaha menaikkan pemimpin PAS, Datuk Husam Musa gagal pada muktamar lalu.

PAS pastinya melihat perkara ini secara halus dan ingin mencabut duri dalam daging sebelum ianya membengkak dan bernanah.

Isu SIS dan kerajaan perpaduan yang hangat diperkatakan kini lebih kepada krisis keyakinan dalam hubungan PKR,DAP dan PAS.

Anwar tahu tanpa PAS yang menguasai kira-kira 30 kerusi Parlimen, harapannya untuk menawan Putrajaya pada Pilihanraya umum ke 13 tidak akan kesampaian.

Pengakhiranya, jika sebelum ini beliau berharap 30 ahli parlimen Barisan Nasional akan lompat sertai pembangkang tetapi tidak mustahil selepas ini, 30 ahli parlimen PAS yang akan lompat keluar pakatan bagi menjayakan kerajaan perpaduan.

sumber - agendadaily


Tiada ulasan: