MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

10 Jun 2009

Gugurkan nama Islam SIS - Zulkifli Nordin


Saya merujuk kepada usul Dewan Muslimat PAS Kawasan Shah Alam (yang diketuai oleh Ahli Parlimen Shah Alam YB Khalid Samad) yang diluluskan didalam Muktamar Agong PAS ke 55 baru-baru ini yang mendesak supaya kumpulan yang dikenali dengan jenama Sisters in Islam dibatalkan dan ahli-ahlinya dihantar untuk pemulihan di mana-mana pusat pemulihan untuk dipulihkan..

Saya percaya usul ini dibuat berdasarkan keprihatinan serta kebimbangan PAS atas tindak-tanduk dan kenyataan-kenyataan kumpulan ini yang dianggap bercanggah dengan aqidah, syariat dan perundangan Islam.

Walaupun saya menghormati hak bersuara dan mengeluarkan pendapat, namun tindak-tanduk dan kenyataan kumpulan ini memang sangat mengelirukan dan boleh menjejaskan aqidah dan bercanggah dengan syariat dan perundangan Islam. Tindakan mereka menyokong dan bersekongkol dengan NGO bukan Islam menyokong permohonan murtad oleh Azilna Jailani @ Lina Joy, tindakan dan kenyataan mereka menyokong tindakan wanita Amerika Aminah Wadud mengimamkan solat Jumaat, kenyataan mereka mempertikaikan hukum faraid berkaitan wanita Islam memperolehi satu bahagian sedang lelaki mendapat dua bahagian, kenyataan mereka mempertikaikan hukum menutup aurat bagi wanita, kenyataan mereka mempertikaikan hukum mengharuskan lelaki Islam berkahwin tidak melebihi empat dan banyak lagi tindak-tanduk dan kenyataan-kenyataan yang boleh dianggap bercanggah dengan aqidah, syariat dan perundangan Islam.

Walaubagaimana pun saya percaya membatalkan atau mengharamkan kumpulan tersebut adalah bukan langkah yang berkesan.

Ini kerana tindakan mengharamkan kumpulan tersebut akan hanya melahirkan simpati berlebihan kepada kumpulan ini. Ianya juga akan dijadikan modal oleh golongan berfikiran sempit untuk memperlekehkan Islam.

Saya berpendapat tindakan yang lebih wajar adalah saperti berikut:

1. Melarang dan membatalkan penggunaan nama ISLAM pada kumpulan ini. Ini adalah kerana nama ISLAM yang digunapakai oleh mereka memberi gambaran dan persepsi seolah-olah mereka bercakap bagi pihak Islam atau mewakili suara Islam.
Sesiapa pun boleh bercakap mengenai Islam (tertakluk kepada batas-batasnya), tetapi tiada siapa berhak bercakap bagi pihak Islam (melainkan mereka yang berautoriti saperti para ulama', mufti dan lain-lain).

Tambahan pula kumpulan ini bukanlah sebuah badan NGO yang berdaftar dibawah Akta Pertubuhan. Sebaliknya ia adalah sebuah syarikat yang berdaftar dibawah Akta Syarikat dengan nama SiS Forum Sdn. Bhd. Kalau dilihat sebenarnya namanya langsung tiada kaitan dengan Islam tetapi mereka memukul canang keliling dunia mendabik dada mereka adalah Sisters in Islam.

Pada saya tindak-tanduk kumpulan ini adalah mengelirukan orang ramai termasuk bukan Islam kerana mereka menyalahgunakan label Islam walhal nama pendaftaran mereka pun tidak begitu. Malahan saya mencadangkan supaya kumpulan ini menukar nama mereka kepada Ikatan Wanita Kosmpolitan (atau singkatannya IWK) agar sesuai dengan imej mereka yang kebanyakkannya tidak bertudung dan ada yang belum berkahwin pun. Bagaimana mereka nak bercakap tentang hak wanita dan soal perkahwinan Islam sedang mereka sendiri tidak mematuhi dan melaksanakan syariat Islam yang terlalu asas!

Oleh itu saya mendesak agar Suruhanjaya Syarikat Malaysia melarang atau membatalkan penggunaan label Islam oleh kumpulan ini.

2. Pihak polis dan Jabatan Peguam Negara perlu mengkaji tindak-tanduk dan kenyataan kumpulan ini serta apa-apa lapuran polis yang telah dibuat terhadap mereka. Sekiranya ujud sebarang kes prima facie, tindakan pertuduhan jenayah terhadap mana-mana individu daripada kumpulan ini perlu diambil termasuk menurut Seksyen 299A Kanun Kesiksaan.

3. Pihak berkuasa Islam saperti bahagian penguatkuasa Jabatan Agama Islam perlu mengkaji untuk mengambil tindakan pertuduhan jenayah keatas kumpulan ini dan mana-mana individu dikalangan mereka yang didapati melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-apa kenyataan yang menjadi kesalahan mengikut mana-mana peruntukan dibawah Enakmen Jenayah Syariah.

4. Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengadakan muzakarah membincangkan tindak-tanduk dan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh kumpulan ini atau mana-mana individu dikalangan mereka. Sekiranya ternyata perbuatan atau kenyataan mereka didapati sesat atau bercanggah dengan aqidah, syariat atau perundangan Islam, maka mereka hendaklah dipanggil memberi penjelasan. Sekiranya mereka gagal dan atau ingkar setelah diberi peluang, maka Majlis Fatwa hendaklah mengkaji untuk mengisytiharkan kesesatan mereka sebagaimana yang telah dilakukan terhadap kumpulan Al Arqam, Kumpulan Ayah Pin dan lain-lain.

5. Saya juga mendesak supaya kumpulan ini menghentikan kegiatan mereka memperkudakan anak-anak perempuan pimpinan UMNO dalam usaha mereka mengetengahkan kehebatan kumpulan mereka. Saya khuatir penggunaan anak-anak perempuan pimpinan UMNO ini akan melemahkan semangat pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan ini. Saya juga menasihatkan anak-anak pimpinan UMNO ini supaya memahami kedudukan dan nama ayah mereka akan terbabit dan terpalit dengan kegiatan kumpulan ini.

5. Bagi PAS pula, saya percaya langkah terbaik yang boleh dibuat oleh PAS ialah dengan mengadakan pertemuan bersemuka dengan kumpulan ini. Dengan begitu ramai para ulama', 'ilmuan, da'i, ustadz dan lain-lain didalam PAS, saya percaya tidak mejadi masalah untuk PAS mengadakan dialog atau muzakarah dengan kumpulan ini. Ini adalah suatu jihad yang besar, malahan ianya akan menjadi suatu modal politik yang besar kepada PAS jika berjaya menjinakkan kumpulan ini dan membawa mereka kembali kepangkal jalan.

Sekian.

Wassalam dan jazakallah.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
15 Jamadil Akhir 1430
09 Jun 2009

sumber : zulkifli nordin


1 ulasan:

hilbert berkata...

Salam AIDC,

Pada pendapat saya ialah, pergerakkan SIS in Islam ini berkembang oleh kerana adanya kelemahan pada diri orang-orang Islam itu sendiri.

Anda masih ingat tak bagaimana Pengerusi DAP Perak YB. Nga Kor Ming yang dibiarkan "bermaharajalela" menyalahgunakan ayat-ayat suci Al Quran oleh PAS dan PKR sendiri semata-mata untuk memenuhi kehendak mereka tanpa memikirkan kesannya.

PAS dan PKR yang Melayu, tidak sedar akan apa tanggapan daripada masyarakat bukan Islam dan bukan Melayu mengenai Islam nanti jika tiada teguran tegas daripada mereka(PAS/PKR) terhadap perbuatan Nga Kor Ming yang sewenang-wenangnya menafsirkan maksud ayat-ayat dari Al Quran sedangkan pada masa yang sama beliau juga mengaku bahawa dia seorang Kristian.

Dalam mana-mana agama sekalipun tidak dibenarkan orang yang datang dari kepercayaan yang berbeza untuk menyentuh perkara yang berkaitan dengan kandungan kitab serta ajaran agama orang lain.

Tetapi yang peliknya, orang-orang PAS dan PKR(Melayu) hanya berdiam diri tidak berbuat apa-apa. Seolah-olah telah dipukau, sedangkan apa yang telah dilakukan oleh Nga Kor Ming terang-terangan telah menghina agama Islam itu sendiri. Perbuatan Nga Kor Ming itu juga ternyata telah menceroboh kepercayaan serta agama kaum lain.

Saya percaya jika perkara seperti apa yang telah dilakukan oleh Nga Kor Ming berlaku di Negara Islam lain, pasti beliau akan diambil tindakkan keras sebagaimana yang telah dihadapi oleh penulis novel "Satanic Versis" Salman Rushdee.