MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

14 Jun 2009

Anwar Presiden PKR, Chin Peng jadi Penasihat ?


Oleh Medan Info Kita

SIAL punya Anwar Ibrahim..!!!!

Apakah sudah kekeringan modal untuk menawan hati rakyat Malaysia yang bukan pro-kerajaan sehinggakan sanggup MELIWAT bangsa sendiri..?

Hari ini, laporan media sana sini menceritakan betapa DESPERADOnya politik Anwar Ibrahim apabila mahu “membeli” hati rakyat bukan melayu. Of maaf, maksudnya terus- terusan [continuously] membeli hati rakyat bukan melayu dan terus-terusan mahu menggadai maruah rakyat melayu. Melayu disini ditakrifkan sebagai yang ada “kesedaran” bahawa maruah bangsa ini mesti terus dipelihara…., bukan melayu yang ada sifat TAKSUB kepada pemimpinnya!


Anwar mahu kerajaan Malaysia mengizinkan kepulangan KEPALA BAPAK KOMUNIS yang telah lama berusaha mahu “masuk” semula ke tanahair kita, siapa tak ingat akan nama CHIN PENG?

Sifirnya agak mudah juga kalau kita cuba buat perkiraan. Chin Peng adalah anak kelahiran Sitiawan,Perak. Tatkala ini gelombang kaum bukan melayu yang TIDAK pro-kerajaan sememangnya kental dan gagah di Perak. Lihatlah sendiri betapa hura haranya sidang Dewan Undangan Negeri Perak baru baru ini, siapa yang bawa makanan tanpa sopan menjamu selera dalam dewan..?, siapa yang mencipta rekod berdiri diatas meja DUN…?, siapa yang mempamerkan tingkahlaku Gangsterisme seperti merampas microphone ketika sidang mahu dijalankan…? Melayu ke..?

Kita jangan mudah lupa bahawa sewaktu Mahkamah Rayuan menolak permohonan Chin Peng beberapa tahun yang lalu, ketika itu KEPALA BAPAK KOMUNIS itu telah diwakili oleh salah seorang perguambela kes Anwar iaitu, Raja Aziz Adruse. Apakah semenjak dari awal sudah terserlah “link” antara Anwar dengan Chin Peng…?

Semalam telah berlangsung Kongres Khas PKR yang meluluskan beberapa perkara asas dalam perlembangaan parti mereka, diantaranya ialah gambaran akan bertukar tangan jawatan Presiden parti itu. Nah, disini dijangkakan bahawa Anwar Ibrahim akan secara rasminya nanti menduduki kerusi Presiden PKR. Apakah Chin Peng akan dilantik sebagai Penasihat PKR..??

sumber - medan-info-kita


Tiada ulasan: