MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

14 Jun 2009

Kes Liwat : Nurul Izzah bayangkan ayahnya tewas ?



Oleh AIDCNews

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah anak sulong kepada Anwar Ibrahim membayangkan ayahnya bakal tewas dalam perbicaraan kes liwat, walaupun perbicaraan masih belum lagi dimulakan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan perbicaraan kes liwat tersebut dijalankan mulai 1 hingga 24 Julai ini.

“Bagaimana hebat pun kita sediakan pembelaan tapi akhirnya kalau kita berdepan dengan satu sistem kehakiman yang berhadapan dengan kepincangan, maka ada risiko tetap berada di situ,” katanya dalam nada kecewa seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian.

Keluhan kecewa Nurul Izzah itu diluahkan ketika sesi lawatan dan dialog di Kumpulan karangkraf yang dihadiri oleh Nurul Izzah, Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Amiruddin Shaari dan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad. Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub turut sama dalam sesi dialog itu.

Berita kekecewaan Nurul Izzah itu dijadikan tajuk utama Sinar Harian, 13 Jun dan turut disiarkan dalam Sinar Harian online. Namun sehari selepas siaran online, berita itu dipadamkan serta merta tanpa alasan yang diberikan.

Keluhan Nurul Izzah itu seolah-olah dia tidak yakin dengan pemilihan sembilan orang barisan peguam bela yang dilantik oleh ayahnya yang terdiri daripada Sulaiman Abdullah, Sankara Nair, Sivarasa Rasiah, Saiful Izham Ramli, Amer Hamzah, Edmund Bon, Latheffa Koya, Mohd Razlan Jalaluddin dan Leela J Jesuthasan.

Selain Sulaiman Abdullah dan Sankara Nair, tujuh orang peguam lain dianggap junior yang tidak pernah terlibat dengan kes liwat Anwar 1998.

Selain Christoper Fernando yang telah meninggal dunia, Anwar telah menyingkirkan lapan orang peguam bela kes liwat Anwar 1998 iaitu Karpal Singh, Raja Aziz Raja Addruse, Gurbachan Singh, Pawancheek Marican, Zainur Zakaria, Zulkifli Nordin, Robin Choy dan Gobind Singh Deo (peguam bela Sukma Darmawan)

Dalam perbicaraan kes liwat 1998, Anwar telah dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 8 Ogos 2000 setelah dia didapati bersalah meliwat bekas pemandu peribadi keluarganya, Azizan Abu Bakar.

Sukma, pula pula dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan sebatan empat kali oleh mahkamah itu setelah didapati bersalah atas dua tuduhan, bersubahat dengan Anwar dan meliwat Azizan.

Dalam kes terbaru ini, Anwar didakwa meliwat Mohd. Saiful, 23, di sebuah kondominium di Damansara di sini, dengan kali terakhir dua hari sebelum mangsa membuat laporan polis di Pondok Polis Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 5.45 petang 28 Jun lalu.

Anwar yang diklasifikasikan sebagai suspek dalam kes itu dijangka dituduh mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan iaitu meliwat tanpa kerelaan.

Jika sabit kesalahan, Anwar boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan.

Seksyen 377C Kanun Keseksaan tidak membenarkan tertuduh dijamin. Bagaimanapun, mahkamah boleh menggunakan Seksyen 388 Kanun Prosedur Jenayah untuk membenarkan ikat jamin.

sumber - AIDCNews


1 ulasan:

WARIS PAHANG berkata...

Nurul Izzah, bapa mu seorang 'raja liwat'?.

Biarlah mahkamah yg putuskan.