MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

14 Jun 2009

Anwar Ibrahim Tidak Hargai Pengorbanan ATM Pertahankan Negara - Mukhriz

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dibidas kerana tidak menghargai pengorbanan anggota tentera demi mempertahankan rakyat dan negara daripada kekejaman Parti Komunis Malaya (PKM) apabila meminta bekas setiausaha agung PKM Chin Peng dibenarkan pulang ke tanah air.


Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata kenyataan ketua pembangkang itu jelas menunjukkan sikapnya yang tidak menghargai dan memperlekehkan pengorbanan anggota tentera yang terkorban dan ada yang cacat seumur hidup angkara kekejaman PKM.

Mukhriz berkata kenyataan Anwar yang menyamakan PKM dan pengganas Chin Peng dengan Kerajaan China serta Parti Komunis China tidak masuk akal selain tidak bertanggungjawab.

"Chin Peng seorang yang rasis, tidak berperikemanusiaan dan tidak berjuang untuk idealisme komunis yang sebenarnya," katanya dalam satu kenyataan Sabtu.

Mukriz mengulas kenyataan Anwar hari ini bahawa Chin Peng seharusnya dibenarkan pulang ke tanah air untuk menghabiskan sisa hidupnya demi pertimbangan kemanusiaan.

Anwar berkata ia adalah konsisten dengan dasar negara yang mengadakan perjanjian damai dengan PKM malah telah pun membawa beberapa bekas tokoh parti itu pulang ke tanah air sebelum ini.

Menurut Mukhriz sejarah telah merakamkan pembunuhan rakyat Malaya yang dilakukan oleh PKM pimpinan Chin Peng dan bukannya atas arahan kerajaan China pada waktu itu.

"Saya cabar Anwar untuk mendapatkan seorang anggota ATM yang setuju dengan pandangan itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali AlHabshee memberitahu Bernama bahawa Chin Peng telah banyak menimbulkan masalah dan sekiranya dia kembali, banyak lagi masalah akan berlaku.

"Orang dulu kena kerat, kena bom, kena seksa, kena tembak atas arahan dia (Chin Peng) lepas tu nak bagi dia balik. Tidak adil untuk Anwar mengeluarkan kenyataan seperti itu," tegas Syed Ali.

Beliau berkata Anwar hanya inginkan populariti dan mengeluarkan kenyataan sebegini untuk meraih sokongan orang Cina.

sumber - bernama


Tiada ulasan: