MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

13 Jun 2009

Peguam Anwar sudah cemas...


Oleh Gelagat Anwar, AIDCclub

Sankara Nair sekali lagi menggunakan blog Anwar sebagai medan untuk menyerang institusi kehakiman dan kepolisan Negara. Kenapa? Sudah cemas dengan ’suprises’ bukti yang bakal dibentangkan. Apa cara untuk mengelak daripada ‘perkara asas’, selain daripada memulakan agenda menyerang institusi dan discredit institusi polis.

SM Nair semalam membuat kenyataan kecewa dan kesal kerana, kononnya: ‘Public Prosecutor telah tidak membenarkan mereka akses kepada statement saksi, CCTV recordings, sampel DNA, laporan perubatan dan sebagainya. Apakah ini benar? Atau pada hakikatnya SM Nair sendiri dan anak guamnya yang TIDAK PERNAH mengemukakan usaha untuk berbuat demikian. Dengan sengaja, SM Nair sudah membiarkan segala bukti dan bahan ini TIDAK DIAKSES dan kemudiannya meminta penangguhan kes? Kenapa hari ini? Kenapa tidak sebulan lalu?

Inilah masalahnya dengan ‘legion guaman’ Anwar ini. Semuanya hendak diterbalikkan untuk kepentingan mereka. Munasabah apa, untuk sebuah institusi menidakkan akses kepada kes yang melibatkan ‘the darling of western media, Malaysian Opposition Leader – Anwar Ibrahim’. Apakah institusi polis dan kehakiman sengaja nak mengundang maut media untuk berbuat demikian?

Jawapannya adalah ini adalah tindakan ‘deliberate, sengaja dan bermotif merosakkan imej’ kehakiman dan kepolisan Malaysia. Tak lebih daripada itu. SM Nair memang sengaja tidak mahu mengakses segala info sehingga minggu akhir bagi mengatakan mereka tidak dibenarkan mereka berbuat demikian. Payah, jika peguam sendiri pun sudah pandai memutarbelitkan kenyataan. Maaf, peguam memang biasa buat begitu – kan…

Dengan itu, SM Nair sudahpun membuat kenyataan agar kes terhadap anak guamnya ditarik balik dengan segera! Kenapa takut pula nak ke mahkamah. Apakah segala macam bahan yang ada, yang sengaja tidak mahu diakses oleh legion guaman Anwar – menjadi usaha untuk membebaskan Anwar daripada tuduhan. Apakah Anwar, seorang ‘DEWA’ kepada amalan kehakiman yang adil – juga sudah gentar dihadapkan ke mahkamah keadilan?

Anwar kena menerima hakikat, taktik lama – bagi merosakkan kredibiliti badan kehakiman seperti yang selalu dibuatnya mungkin sudah ‘outdated’ dan tidak berkesan. Media antarabangsa akan didedahkan bagaimana tidak ada usaha dilakukan pihak Anwar untuk mengakses bahan bukti – di atas premis semuanya adalah ‘fabricated evidences’. Tidak ada guna untuk akses ‘fabricated evidences’. Tapi, bila hampir dengan tarikh pengadilan, pandai pula menggelabah mencari alasan. Sibuk pusing dunia mencari simpati.

sumber - gelagat anwar


1 ulasan:

ladybird berkata...

BUkankah anuwar kata dia tidak bersalah, dia difitnah...
Jadi Anuwar tak perlu takut untuk berhadapan dengan perbicaraan ini. Anuwar tak perlu minta kes digugurkan...Anuwar yang 'tidak bersalah' perlu cool saje sepanjang perbicaraan ini sehingga dibuktikan benar-benar tidak bersalah...