MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

26 Jun 2009

Menjelang 1 Julai: Apa yang dirancang Anwar?

Bicara? Lari? Revolusi?

Anwar akan bertolak ke Washington hari ini untuk menyampaikan ucaptama pada esok hari, Jun 26hb untuk konferens yng dianjur oleh US-Muslim Engagement Project. Beliau telah dijadualkan untuk menyampaikan syarahan dalam persidangan berkenaan Islam dan Barat pada Julai 11hb, 2009.

Mahkamah telah menetapkan tarikh Julai 1hb, 2009 untuk mendengar permohonan Anwar memohon bukti-bukti yang asal. Helahnya adalah untuk membuat ujian dan pemeriksaan sendiri.

Pada Julai 8hb pula, mahkamah akan mendengar permohonan Anwar untuk membuang kes berdasarkan hujah bahawa laporan perubatan tidak menyebut ada kesan fizikal berlaku perbuatan liwat.

Jika Anwar kedua-dua permohonannya tidak menyebelah kepadanya, adakah Anwar akan bertolak ke Perth dan tidak kembali?

Menjangkakan mahkamah tidak akan memberi beliau peluang untuk melarikan diri dengan alasan menghadhiri persidangan di Perth, Anwar telah membuat ramalan mendahului mahkamah bahawa beliau tidak akan dibenarkan ikat jamin dan ditahan masuk penjara.

Datin Wan Azizah ada membuat kenyataan tahun lepas bahawa Anwar akan menghadapi perbicaraan mahkamah dan tidak melarikan diri kerana negara ini tanah tumpah darahnya.

Dalam temuramah AFP bersama Anwar yang disiarakan pada 18hb Jun, 2009, nampaknya Anwar condong untuk mereka-reka cerita untuk memberi justifikasi untuknya melarikan diri.

Dia menggambarkan dakwaan ini sebagai helah politik ("political ploy") dan konspirasi yang didalang kerajaan (“government conspiracy”) yang bertujuan untuk menghapuskan (“to get rid of me”) dan mengakhirkan kerjaya politiknya (“likely end the political career”) yang merancang untuk menjatuhkan kerajaan ("as a to derail his plan to topple the ruling coalition").

Selain menuduh mahkamah tidak sepatutnya meneruskan kes ini atas alasan laporan perubatan, Anwar mendahului dengan menuduh pihak pendakwaraya dengan kerjasama mahkamah akan membenarkan bukti palsu dibawa masuk.

Katanya, pihaknya telah bersedia tetapi keadaan tidak memihaknya dan kemungkinan dia tidak mendapat perbicaraan yang adil kerana pihak pendakwa enggan melepaskan beberapa bukti. Dia mendedahkan ada pihak-pihak yang merancang supaya dia akan dijatuhkan hukuman secepat mungkin.

Bukti yang dimaksudkan masih dirahsiakan oleh pendakwaraya. Namun begitu, Anwar telah membuat jangkaan ia berkaitan dengan DNA.

Sepanjang pembentangan Akta DNA pada bulan Ogos dan pembentangan kedua semalam, ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah dikerah untuk memutarkan menjadi isu seolah-olah ianya digubak hanya untuk digunakan untuk menganiayakan Anwar. Semalam kerajaan telah mendedahkan beberapa fakta yang mematahkan tuduhan yang dibuat oleh Gobind pada hari Isnin.

Ini semua permainan sentiman untuk mempengaruhi orang ramai agar boleh mejadi tekanan terhadap hakim-hakim untuk memihak kepadanya. Tuduhan-tuduhan ini boleh dan akan dijawab satu persatu.

Yang bahaya adalah kenyataan Anwar di akhbar-akhbar luar negara dan ceramah-ceramah bukan hanya bertujuan untuk mendapat simpati rakyat sahaja, tetapi bertujuan untuk menaikkan kemarahan rakyat jelata untuk merusuh dan memberontak.

Dalam temuramah dengan AFP, laporan bertarikh Jun 18hb menulis berikut:

He vowed to put up a tough fight and would not dismiss the possibility of his supporters taking to the streets.

But Anwar said the party would exercise "peaceful means" to voice their protests if he was jailed.

"We will fight and I am now better prepared unlike 1998, because it came as a surprise and nobody anticipated the ruthlessness of their manner,
" he said.

Harus diingat bahawa US State Department pernah mengeluarkan laporan hak asasi manusia mengenai Malaysia pada tahun lepas. Kes liwat turut disentuh tetapi hanya mengulang alasan-alasan Anwar.

Media barat pula jelas berat sebelah kepada Anwar dan menggambarkannya konon seorang pejuang kebebasan.

Mungkinkah kes ini akan digunakan untuk menjadi pencetus satu revolusi ala calun Presiden yang kalah di Iran, Mir Hossein Mousavi yang seolah-olah didalang CIA?

Sementara itu, kita tunggu dan lihat. Penjelasan-penjelasan akan menyusul.

sumber - mykmu.net


Tiada ulasan: