MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

9 Jun 2009

10 sebab Anwar didapati bersalah meliwat - Hakim Ariffin Jaka

KUALA LUMPUR, Khamis – Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ariffin Jaka memberikan 10 sebab beliau menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas didapati bersalah meliwat bekas pemandunya, Azizan Abu Bakar.


Ariffin dalam penghakiman setebal 206 halaman menghurai dengan secara teliti keterangan sembilan saksi pendakwa dan 29 saksi pembela dalam 10 sebab mensabitkan kesalahan Anwar dan adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja meliwat Azizan.

Beliau yang membuat keputusan lisan menjatuhkan hukuman sembilan tahun penjara terhadap Anwar dan enam tahun penjara serta empat sebatan ke atas Sukma Darmawan pada 8 Ogos tahun lalu, mengedarkan penghakiman bertulisnya kepada media pada jam 3.45 petang di sini, hari ini.

Ariffin menyiapkan penghakiman bertulis itu pada 30 April lalu dan diserahkan kepada pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah bagi membolehkan semua dokumen mengenai kes itu disusun sebagai rekod rayuan.

Antara sebab mereka didapati bersalah ialah kerana;

1. Pembelaan alibi kedua-dua tertuduh tidak meliputi keseluruhan Januari hingga Mac 1993 seperti yang dicatatkan dalam tuduhan. Pembelaan alibi mereka hanya meliputi dari 4 Februari hingga 31 Mac 1993 dan oleh itu, ia gagal.

2. Pembelaan kedua-dua tertuduh bahawa mereka tidak pernah ke Tivoli Villas pada jam 7.45 malam di antara Januari dan Mac 1993 juga gagal berdasarkan keterangan Azizan yang diterima mahkamah sebagai benar dan boleh dipercayai.

3. Pembelaan konspirasi untuk mengada-adakan bukti gagal dibuktikan dengan keterangan yang boleh diterima pakai dan meyakinkan.

4. Pengakuan Sukma Darmawan dibuat secara sukarela.

5. Kebenaran pengakuan itu (Sukma) berjaya dibuktikan terhadap kedua-dua tertuduh.

6. Terdapat sokongan keterangan Azizan.

7. Kewibawaan Azizan diterima mahkamah.

8. Sukma Darmawan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes bersubahat dengan Anwar. Terdapat cukup bukti dia bersubahat dengan Anwar melakukan perbuatan liwat ke atas Azizan.

9. Keputusan mahkamah bahawa keterangan pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan kes pendakwaan.

10. Mahkamah juga mendapati pendakwa berjaya membuktikan kesnya mengatasi keraguan munasabah terhadap kedua-dua tertuduh..

Ariffin berkata, Anwar dan Sukma Darmawan disabitkan kesalahan meliwat Azizan kerana mereka gagal membuktikan pembelaan alibi yang mereka kemukakan kepada mahkamah.

“Saya memutuskan berdasarkan kepada fakta bahawa alibi kedua-dua tertuduh tidak meliputi keseluruhan waktu di antara Januari dan Mac 1993 seperti dalam tuduhan.

“Mereka hanya mengemukakan alibi dari 4 Februari hingga 31 Mac 1993 dan saya mendapati ia tidak lengkap dan menyebabkan pembelaan alibi mereka gagal,” katanya.

Beliau berkata, mengikut tuduhan, kesalahan dilakukan pada jam 7.45 malam di antara Januari dan Mac 1993 dan Anwar hanya mengemukakan bukti alibi bagi tempoh 4 Februari hingga Mac 1993 tidak termasuk hari Sabtu, Ahad dan Isnin.

“Kini kita hanya tinggal keseluruhan Januari hingga kepada 3 Februari 1993 untuk diambil kira. Anwar tidak mengemukakan sebarang bukti atau saksi untuk menunjukkan di mana dia berada pada Januari hingga 3 Februari 1993.

“Oleh itu, saya mendapati pembelaan alibinya gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kesalahannya atau kebenaran kes pendakwaan,” katanya.

Katanya, Sukma Darmawan juga gagal mengemukakan bukti dan saksi untuk menyokong pembelaan alibi di mana dia berada untuk tempoh Januari hingga Mac 1993.

Ariffin berkata, sebab kedua beliau mensabitkan kesalahan terhadap kedua-dua tertuduh ialah selepas tidak dapat menerima penafian Anwar yang dia tidak pergi ke pangsapuri Tivoli Villas pada jam 7.45 malam di antara Januari dan Mac 1993.

“Saya menolak penafian itu kerana keterangan Azizan serta pengakuan Sukma Darmawan yang meyakinkan dan mantap. Dalam pengakuannya, Sukma Darmawan menyatakan Anwar berada di Tivoli Villas ketika kejadian meliwat Azizan,” katanya.

Sebab ketiga, pembela gagal membuktikan wujud konspirasi untuk mengada-adakan bukti selepas keterangan yang dikemukakan kepada mahkamah tidak meyakinkan serta boleh diterima.

Katanya, Anwar mendakwa wujud konspirasi politik untuk mengada-adakan bukti terhadapnya dan jika dia berjaya membuktikan kebenarannya tertuduh itu berhak untuk dibebaskan.

Ariffin berkata, Anwar memberi keterangan secara panjang lebar mengenai perbuatan salah laku beberapa menteri dan ahli politik serta komplot mereka untuk menjatuhkannya.

Bagaimanapun, katanya, dakwaan Anwar itu tidak berasas kerana dia gagal mengemukakan sebarang bukti untuk menunjukkan wujud konspirasi politik menganiayanya.

Berhubung sama ada pengakuan Sukma Darmawan itu dibuat secara sukarela atau tidak, Ariffin berkata mahkamah memutuskan ia dibuat secara sukarela dan kebenaran berjaya dibuktikan terhadap kedua-dua tertuduh.

Selanjutnya, Ariffin berkata keterangan Azizan disokong dengan pengakuan Sukma Darmawan dan keterangan Anwar yang mengarahkan Azizan menarik balik pengakuannya diliwat oleh tertuduh.

Katanya, walaupun dalam kes liwat laporan perubatan perlu dibuat oleh mangsa, dalam kes ini keterangan Azizan dan pengakuan Sukma Darmawan mencukupi untuk membuktikan terhadap perbuatan liwat.

Berhubung hukuman penjara terhadap Anwar, katanya, sebagai pemimpin kedua dalam negara, Anwar tidak menunjukkan contoh yang baik apabila melakukan perbuatan yang keji dan patut menerima hukuman berat.

Katanya, beliau gagal dalam tugasnya jika tidak menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh Anwar.

Sehubungan itu, Ariffin berkata, hukuman yang setimpal adalah penjara sembilan tahun dan berkuat kuasa selepas dia tamat menjalani hukuman penjara enam tahun terhadap kesalahan rasuah.

Anwar dan Sukma didakwa melakukan kesalahan itu di unit nombor 10-7-2, Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar, pada satu malam jam 7.45, antara Januari dan Mac 1993.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara 20 tahun dan sebatan.

Berita Harian , Jumaat 15 Jun 2001

sumber - carl-88.blogspot.com



Tiada ulasan: