MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

9 Jun 2009

Kerajaan Perpaduan : Pasti ada sebabnya…



DAP tahu dan begitu juga PKR cukup sedar tanpa dokongan dari PAS kedua-duanya akan melalui jalan yang penuh duri untuk mencapai agenda politik masing-masing.Bagi pakatan pembangkang PAS ibarat UMNO bagi Barisan Nasional.

Ini kerana disitulah terletak teras kekuatan Melayu.

Atas sebab itu tidak harianlah jika suara makin kuat bergema dari kalangan pimpinan kedua-dua parti pada idea pembentukan kerajaan perpaduan yang disuarakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tidak kurang resah melihat perkembangan itu sejak berakhirnya Muktamar PAS ialah golongan Erdogan yang terpaksa memendam rasa ekoran tewasnya Datuk Husam Musa untuk jadi orang nombor dua parti itu.

Bekas Naib Presiden PAS yang diketahui umum menjadi bayang Datuk Seri Anwar dalam parti itu terang terang menentang apa jua bentuk perbincangan dengan UMNO.

Bagi DAP,PKR dan Erdogan idea Hadi pasti akan membawa malapetaka bagi pakatan pembangkang yang sudah tiba tiba nampak hebat selepas pilihanraya umum Mac 2008.

Kabur memang ramai yang masih kabur apakah yang dimaksudkan oleh Hadi dalam istilah kerajaan perpaduan itu.

Lojik akal tidak mungkin Presiden PAS sebodoh itu terus berpegang pada pendiriannya sekalipun menghadapi tentangan dalaman lebih-lebih lagi dari Musryidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sendiri.

Lojik akal juga mesti ada sesuatu yang mungkin beliau amat sedar sehingga terus merasakan idea kerajaan perpaduan itu wajar disuburkan.

Lojik akal ada yang kuat merasakan PAS sebenarnya tidak lagi harus merasa gundah kalau keputusan pilihanraya umum Mac 2008 hendak dijadikan sebagai penanda aras pencapaiannya.

Pencapaian itu juga yang membuatkan sebilangan ahlinya yang taksub hingga merasakan seolah mereka sudah dekat pintu pagar Putrajaya - berkata apa perlunya diadakan sebarang bentuk hubungan dengan UMNO.

Sekalipun masih kabur,namun setakat ini tidak ramai kalangan para pemerhati politik yang melihat idea itu menjurus kepada sebarang pembentukan kerajaan campuran.

Malah sewaktu idea berkenaan berbangkit sejurus lepas pilihanraya umum 2008 yang menyaksikan BN dilanda tsunami hal seumpama itu dikira ‘ tak masuk buku’ pun.

Banyak pihak yang menilai ia lebih menjurus kepada soal muzakarah dan kata sepakat tentang kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam dalam menghadapi senario politik semasa.

Yang jelas kepentingan politik kepartian dan soal nasib bangsa adalah dua hal yang berbeza.

Walaupun menghadapi kritikan politik di sana sini tidak dapat dinafikan sekurang-kurangnya nasib orang Melayu terbukti terjamin di bawah UMNO yang menjadi tunjang Barisan Nasional sejak negara mencapai kemerdekaan.

Soalan terbesar yang menjadi igauan ramai pihak ialah mampukah pakatan pembangkang memastikan orang Melayu boleh tidor lena.

Janji ialah mainan biasa dalam politik.Namun sehingga ke hari ini boleh dikatakan ramai yang menyimpan keraguan pada pakatan pembangkang dalam bab itu.

Bukan rahsia lagi tema perjuangan DAP dan PKR ialah hak untuk semua.Matlamat utama mereka ialah undi.

Apa yang berlaku di Perak semasa pakatan pembangkang berkuasa selama 11 bulan dibawah Menteri Besar - yang terpaksa diberi kepada orang PAS kerana DAP tidak mempunyai wakil rakyat orang Melayu - membuatkan keraguan itu bertambah kuat.

Ia dikatakan sudah cukup untuk mengambarkan bagaimana satu perkongsian kuasa yang rapuh dan tidak seimbang boleh menjejaskan kepentingan orang Melayu.

Kalau di sebuah negeri saja sudah tidak jelas bagaimana nanti kalau ditakdirkan berkuasa dalam kontek nasional.

Politik ialah kuasa.Saat saat manis ketika berpadu tenaga diatas pentas kempen hentam UMNO dan Barisan Nasional boleh berubah menjadi ‘macam macam’ bila kuasa yang dimimpikan itu tercapai.

Soalnya pada ketika itu dimana letaknya nasib orang Melayu?

Selesaikah masalah Melayu jika pakatan pembangkang menang sorak dan Anwar menjadi Perdana Menteri?

Apakah Haji Hadi melihat dengan penuh kebimbangan dari sudut itu dalam idea kerajaan perpaduannya?

Memang ramai yang menunggu huraian lanjut dari Presiden PAS itu.-8/6/2009

sumber - agendadaily


3 ulasan:

lebai-mangkuk berkata...

Salah satu penceramah PAS yang Lebai sangat gemari ialah Mat Sabu. Mat Sabu ni pada pendangan Lebai ianya lebih hebat dari Sukarno bekas president Indonesia dulu. Salah satu dari ceramah nya yang Lebai masih ingat ialah berkenaan kebijaksanaan cina berpolitik.

Kata beliau, setiap kali diadakan PRU, orang melayu berpecah - ada yang sokong UMNO, ada yang sokong PAS, ada yang sokong PKR dan ada juga yang sokong DAP.

Orang cina pula, pada setiap kali PRU di adakan, cina bersatu. Bersatu dalam MCA atau Gerakan atau DAP. Dan ini lah masanya mereka menuntut apa saja yang mereka hendak. Setiap PRU mereka mendapat habuan besar dan orang melayu pula dapat rugi besar.

Dengan cara mereka buat ini, sedikit demi sedikit hak2 orang melayu telah terhakis.

TebuHitam berkata...

Tahniah diatas kerajaan perpaduan Pas dan Umno.
Ramai penyokong Pas di Lembah Klang bersetuju dan menerima dgn hati terbuka perkara ini.Bila ditanya mengapa?mereka memberi jawapan,demi perpaduan Islam dan bangsa melayu.Ini adalah satu perkembangan yg baik untuk kaum Melayu.Melayu sudah nampak semakin bersatu.
Demi melayu bersatulah kita semua.

TokLimbong berkata...

sekarang tok dah nampak yg pkr dan dap cuba nak buang pas. tp serba salah. kalau buang kampung tergadai. x buang menang sorak. limbongsari.blogspot