MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

9 Jun 2009

Haramkan Sister In Islam : PAS silap langkah?

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSEIN

PETALING JAYA: PAS bukan parti yang ekstrem hanya kerana parti itu mahu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Sisters in Islam (SIS) jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam.

"PAS bukan sebuah parti yang radikal dalam perjuangannya. PAS tidak pernah berubah daripada landasan perjuangannya. Saya merasakan mungkin orang ramai terkejut kerana ada golongan yang belum dapat menerima perubahan landskap politik negara pada hari ini," kata pensyarah Sains Politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Sivamurugan Pandian.


Beliau mengulas mengenai usul yang dikemukakan dalam sesi perbahasan Muktamar Tahunan PAS Ke-55 kelmarin.

Dalam muktamar tahunannya PAS menggesa kerajaan mengharamkan SIS jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam dan membuat pemulihan ke atas ahli-ahlinya.

Gesaan itu terkandung dalam salah satu usul yang diterima tanpa dibahas.

Usul itu antara lain berbunyi menyedari bahawa aliran dan pandangan dibawa oleh SIS boleh mengelirukan masyarakat, mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat siasatan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam dan membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Sivamurugan yang juga Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan berkata, pada masa yang sama timbul satu persoalan adakah cadangan yang dikemukakan oleh PAS itu sesuai untuk dilaksanakan di negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum seperti Malaysia.

"Cuma persoalannya ialah sejauh mana DAP dan Parti Keadilan Rakyat akan menerimanya dan perkara itu tidak dapat dipastikan lagi? Saya merasakan mungkin PAS melihat isu 'pengharaman' SIS satu perkara yang sesuai dengan peredaran semasa.

"PAS merasakan dengan penampilan sedemikian (pengharaman SIS) parti itu akan dapat mengukuhkan lagi sokongan di kalangan orang Melayu dan Islam. Namun sejauh kebenarannya ia tidak dapat dipastikan," katanya.

Tambahnya, isu pengharaman SIS yang dibangkitkan itu masih di peringkat awal dan pertembungan pendapat yang wujud dalam mana-mana parti adalah perkara biasa.

Sementara itu, seorang lagi pensyarah USM, Dr Azeem Fazwan Farouk punya pendapat berbeza dalam isu berkenaan.

Beliau melabelkan cadangan pegharaman SIS yang dikemukakan oleh PAS itu sebagai 'Islam ala PAS'.

"PAS perlu menerima perbezaan ideologi mereka dengan SIS. Mereka (PAS) punya matlamat menubuhkan negara Islam sedangkan SIS punya interpretasi berbeza dalam hukum dan ajaran Islam. Perkara ini yang perlu difahami oleh PAS dengan jelas," katanya.

Menurut Azeem, jika PAS tidak dapat menerima perbezaan itu mereka akan dilihat sebagai parti yang tidak mengamalkan rukun demokrasi.

"Dalam amalan demokrasi, hak bersuara, kebebasan berpersatuan adalah rukun yang biasa diamalkan. PAS tidak sepatutnya menjadi sebuah parti yang bersifat konservatif dalam perjuangannya.

"Di sini, PAS ada sedikit 'hipokrasi' dalam prinsip-prinsip yang diperjuangkannya. Ini kerana dalam Pakatan Rakyat mereka (PAS) boleh bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat. Sedangkan DAP sememangnya terkenal dengan perjuangan liberal dan sekular," katanya.

Jelasnya, jika parti itu terus bersifat radikal dalam perjuangannya tidak mustahil parti itu akan ditolak secara total di masa hadapan.

"PAS kena terima hakikat golongan muda tidak suka perjuangan yang bersifat ekstrem kerana mereka yang berfikiran liberal. PAS sebagai sebuah parti Islam tidak harus buat kenyataan sedemikian (minta SIS diharamkan)," katanya.

sumber - mstar


Tiada ulasan: