Oleh Gelagat Anwar
Nampaknya soal siapa jadi proksi siapa di dalam pemilihan PAS menjadi semakin umum dan menarik. Kebanyakan akhbar perdana (dan kurang perdana) banyak yang membuat ‘coverage’ tentang pemilihan PAS. Walaupun di peringkat kepimpinan tertinggi, ada usaha untuk menampakkan bahawa situasi berada di bawah ‘pemerhatian’ (under control) - suasana di bawah belum tentu membayangkan suasana sama.
Nik Abduh secara tidak langsung sudah menjadi ‘catalyst’ kepada perbincangan terbuka mengenai ‘wabak’ yang ada di dalam PAS. Susah nak menyamakan, samada H1N1 sudah melanda PAS atau tidak. Orang PAS jarang kena selsema sebab amalkan ‘masuk air ke hidung’ waktu sembahyang subuh. Orang parti lain tak amal.
Sudah blog ini nyatakan banyak kali, Anwar mesti berusaha keras untuk memastikan kerjasama UMNO-PAS tidak akan berlaku dalam apa jua keadaan. Justeru, penyebaran wabak AIN1 (Anwar Ibrahim Nombor 1) sudah melanda PAS kebelakangan ini. Wabak ini dibawa oleh Setiausaha Agung PAS sendiri. Kalangan orang PAS yang suka dan sayangkan Anwar - sudah lama menginginkan Anwar menjadi pemimpin ‘langkau parti’ - PAS dan PKR. Soal ulama’ atau tidak, Anwar boleh memilih untuk menjadi ulama’ atau ‘ular dalam semak’ dalam sekelip mata. Anwar ada kemampuan melakukan ‘magis’ ini.
Wabak Anwar Ibrahim Nombor 1 - bukan wabak biasa. Wabak ini berjangkit dengan cepat. Sehinggakan, ada kalangan ulama’ dalam PAS sendiri terbuai dengan amalan berkiblatkan Anwar ini. Sidang akhbar Anwar, walau sekecil dan sebodoh mana pun, akan dihadiri oleh kononnya pimpinan PAS ini. Ada sahaja mukanya di dalam sidang dan mesyuarat PKR. Kenapa tak masuk PKR sahaja?
Wabak Anwar Ibrahim Nombor 1 - akan menjadi faktor penentu kepada pemilihan PAS kali ini. Wabak AIN1 akan terus melanda bukan sahaja di peringkat atasan, malahan di peringkat akar umbi. Perpecahan, PAS untuk PAS - atau PAS Perlukan Anwar - akan bermaharajalela. Pandangan ulama’ sudah tidak penting. Pandangan Tuan Guru dan Mursyidul Am PAS sudah kurang utama.
Bayangkan sahaja bagaimana Anwar mampu membawa wabak ini ke dalam PAS. Gerakan dan usaha ini amat licik dan sudah diusahakan buat sekian lama. Segala jentera yang ada, termasuk mereka yang berada di dalam PAS (namun hati dan jiwanya adalah PKR) sudah menjelmakan segala macam kehebatan Anwar di dalam PAS. Mereka inilah yang sudah berjumpa dengan orang PAS bagi membawa ‘pandemic’ ini di dalam PAS.
Anwar peduli apa dengan kesejahteraan dan kesinambungan perjuangan PAS. Anwar tidak pentingkan orang lain dan kepentingan mereka. Yang penting kepada Anwar adalah bagaimana dia mampu kekal menjadi ‘force’ yang penting di dalam politik Negara. Mempunyai wabak di dalam PAS - yang sanggup melakukan apa sahaja untuknya adalah suatu kejayaan yang amat besar.
Saifuddin, Azmin, Kamaruddin Jaafar - pastinya terus berbalas SMS bahawa ‘boss’ mereka berada di landasan yang tepat. Mereka inilah yang menjadi ‘agen porak peranda’ dan pembawa wabak AIN1 di dalam PAS. Mereka inilah yang telah membawa ‘pandemic politik’ ke dalam sebuah parti yang dahulunya aman damai dan penuh hikmah.
sumber - gelagat anwar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan