MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

6 Mei 2009

Husam 'berpuasa' enggan ulas soal parti




JELI – Saya sekarang ‘berpuasa’, saya tidak dapat bercakap untuk beberapa hari,” kata Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa ketika diminta mengulas soal parti, semalam.

Menurut Husam, ‘puasa’nya jenis tidak dapat bercakap terutama dalam soal parti.


“Ini kerana lagi banyak dibincangkan dalam akhbar lagi menimbulkan keresahan kepada ahli.

“Tumpuan utama saya adalah soal perpaduan parti supaya imej Pas tidak terjejas menjelang pilihan raya ke-13 nanti,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan kepada 12 mangsa kebakaran di Blok Tanah Merah, Ayer Lanas.

“Matlamat jelas saya ialah perpaduan dan hanya bersedia untuk membuat penjelasan sekiranya ahli-ahli parti menjemput untuk membuat penjelasan terhad di dalam saluran parti.

“Saya mengambil sikap berpuasa untuk tidak mengulas dalam akhbar sebagaimana kata ibu Saidina Isa Alaihissalam, ‘Saya bernazar untuk tidak bercakap–cakap untuk beberapa masa,” katanya.

Husam ketika diminta mengulas pilihan raya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti berkata, perkara itu akan dihadapi dan Pas tidak akan meletak calon.

“Kerusi itu kerusi PKR dan kenyataan yang dibuat oleh pimpinan-pimpinan Pas Pulau Pinang itu adalah satu cara supaya tawar menawar dalam susunan politik Pulau Pinang dapat dicapai.

“Kita harap kerajaan Pulau Pinang mengambil berat hasrat Pas kawasan Permatang Pauh, terutamanya terhadap beberapa isu yang mereka bangkitkan. Ini perlu diberi perhatian oleh Pakatan Rakyat Pulau Pinang,” katanya.

sumber - sinar harian

1 ulasan:

Unknown berkata...

Betul ker Husam puasa?? Nampak sangat Husam nak mengelak...