MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

5 Mei 2009

Senarai ADUN PKR bakal dikorbankan Anwar

Oleh x-pkr

1. Heboh diperkatakan AnWAR merancang 4-5 p/raya kecil lagi bagi mengekalkan momentumnya hingga p/raya umum ke 13 nanti. Jangkaan ini ada asasnya kerana AnWAR kini dalam proses ‘membersihkan’ PKR dari anasir-anasir bekas ahli PKR yang telah keluar parti.


2. Jika benar seperti jangkaan, saya merasa AnWAR akan mengorbankan beberapa nama demi memastikan kesinambungan momentum politiknya sekaligus menukar wakil rakyat PKR kepada muka baru yang akan patuh segala arahan. Beliau ‘memburu’ ADUN kerana tidak mahu mengorbankan ahli parlimen pembangkang yang ‘kuat’ di Parlimen. Kawasan dipilih pula tentunya kubu kuat pembangkang!


3. Pastinya AnWAR mempertaruhkan kawasan PKR kerana beliau tidak boleh menganggu kawasan DAP dan PAS. DAP sekarang cuba dipancing AnWAR untuk mengorbankan ADUN Kota Alam Shah, M. Manoharan, namun tidak disenangi pimpinan tertinggi DAP. DAP cuba menonjolkan ‘imej’ professional serta tidak mahu terlalu banyak bermain politik.


4. Saya menjangka AnWAR akan ‘melacurkan’ PAS pula selepas ini jika pemimpin pro AnWAR menguasai PAS dan AnWAR pula akan menguasai mereka. Setakat ini AnWAR belum mahu menganggu ADUN-ADUN PAS untuk menunjukkan beliau kononnya sungguh menghormati golongan ulama’ dalam PAS. Antara nama ADUN-ADUN PKR yang bakal ‘disembelih’ AnWAR bagi p/raya kecil adalah seperti berikut:


i YB Badrulhisham Abdullah – ADUN Plbhn. Klang.(Selangor)

Beliau merupakan ADUN PKR yang bermasalah. Prestasinya di nilai sebagai 0 (kosong) oleh pasukan penilai wakil rakyat PKR. Pernah pula dikaitkan dgn UMNO dan diura-urakan sbg antara ADUN yg akan melompat ke BN. Dilaporkan pernah ditangkap khalwat namun menafikannya.


Hubungan ‘dingin’ beliau dgn org-org AnWAR di Selangor adalah punca utama mengapa beliau berada dalam senarai utama wakil rakyat yang bakal dikorbankan AnWAR.


ii. YB Elizabeth Wong – ADUN Bkt. Lanjan (Selangor)

Popular dgn ‘aksi panas’ beliau yg dirakam, namun mendapat sokongan penuh pemimpin PAS. YB Eli merupakan pilihan terakhir AnWAR utk dikorbankan. Namun jgn alpa dgn sikap AnWAR yang sanggup mengorbankan sesiapa saja jika terdesak.


iii. YB Mat Suhaimi Shafiei – ADUN Sri Muda (Selangor)

Bekas ‘orang kuat’ Angkatan Muda (AMK) PKR. Tidak sehaluan dgn pimpinan AMK Selangor dan pusat, sekaligus tidak sebulu dgn ‘orang kuat’ Selangor, Azmin Ali. Pernah dikaitkan dgn Ezam, namun menafikannya. Prestasi YB Suhaimi sbg ADUN tidak memberangsangkan serta dituduh ahli PKR mengabaikan kebajikan mereka.


Diberitakan tuduhan ini datang dari kelompok YB Xavier Jeyakumar, EXCO Kesihatan Selangor yang marah ura-ura YB Suhaimi ingin mencabar Xavier sbg Ketua Bahagian PKR dalam pemilihan PKR akan datang.


iv. YB Tan Wei Shu – ADUN Bakar Arang (Kedah)

ADUN PKR Kedah ini dikatakan tidak lagi sebulu dgn sikap AnWAR yg terlalu byk bermain politik. Dijanjikan AnWAR sbg org no. 1 PKR Kedah, namun janji tinggal janji saja buat beliau. Kecewa dgn sikap AnWAR yg lebih mengutamakan wakil tunggal DAP di DUN Kedah.


AnWAR pernah menuduh YB Wei Shu pernah mengadakan rundingan dgn BN bagi melompat parti, namun dinafikan YB Wei Shu kerana beliau amat komited dgn PKR. Bagi YB Wei Shu, ini adalah rancangan jahat AnWAR yang mahu mencemarkan imej beliau serta menyingkirkan beliau dari kepimpinan PKR Kedah.


v. YB Mohd. Radzhi Salleh – ADUN Lunas (Kedah)

EXCO Kerajaan Negeri Kedah dari PKR. Diberitakan tidak ‘ngam’ langsung dgn exco-exco lain di Kedah hingga peringkat ‘bercakap bila perlu shj’. Mengkritik PAS secara terbuka di program kerajaan negeri.


Punca utama kemarahan beliau adalah kerana MB Kedah lebih mendengar cakap AnWAR dan kuncu-kuncunya di Kedah spt Johari Abdul dan Saiful Izham (ketua AMK kedah) sedangkan mereka berdua tiada apa-apa jawatan dalam kerajaan negeri Kedah.


AnWAR dlm rangka mengurangkan pengaruh YB Radzhi dengan menonjolkan org suruhannya spt Johari, Ahmad Kassim dan Saiful dalam pimpinan PKR Kedah.


vi. YB Lim Soo Nee – ADUN Kulim (Kedah)

AnWAR juga mengatakan YB ini pernah mengadakan rundingan dgn BN, namun YB Soo Nee menafikannya. Bagi beliau, hubungan rapatnya dengan rakan-rakan BN tidaklah hingga mengorbankan prinsip perjuangannya dalam PKR sejak mula lagi.


YB Lim Soo Nee komited dgn PKR serta pernah menyatakan tertarik dgn konsep harmoni pelbagai kaum dlm PKR yang menariknya menyertai PKR. Kini hubungannya dgn AnWAR tercalar ekoran tuduhan AnWAR yang merendahkan martabatnya sbg seorang wakil rakyat. Kini menanti masa untuk dikorbankan AnWAR.


Hubungan wakil rakyat tersebut dgn AnWAR dan kuncu-kuncunya adalah punca utama AnWAR mahu mengorbankan mereka demi kelangsungan politiknya. Prestasi merupakan soal kedua bagi AnWAR, ianya tidak penting samasekali tapi sering diguna AnWAR sbg alasan menghalalkan tindakannya. Nyata AnWAR seorang ‘political animal’! Beliau akan memanjat, menunggang, memijak dan menyembelih rakan sendiri demi tuntutan cita-cita politiknya.

sumber - X-PKR


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PILIHAN RAYA KECIL: UNTUK BERPOLITIK
ATAU KEPERLUAN DEMOKRASI


Sekali lagi rakyat Malaysia akan berhadapan dengan Pilihan Raya Kecil DUN Penanti pada 31 Mei 2009 akan datang. Ramai yang sudah mula mempersoal adakah Pilihan Raya Kecil perlu diadakan dalam konteks memenuhi keperluan demokrasi. Walau apapun persepsi umum, hakikatnya pilihan raya merupakan ciri-ciri pengukur kepada sesebuah negara yang mengamal politik demokrasi walaupun ramai yang curiga terhadap ukuran ini.

Malaysia bukan merupakan sebuah negara demokrasi total. Demokrasi di Malaysia merupakan satu sistem pemerintahan yang menjadi amalan dan bersesuaian serta diterima oleh rakyat negara ini. Oleh itu demokrasi di Malaysia adalah satu yang subjektif dan berjalan dalam konteks kesesuaiannya dengan corak masyarakat dan latar belakang penubuhan negara Malaysia.

Teras demokrasi adalah daripada rakyat kepada rakyat. Ia perlu dilaksana oleh pemimpin yang dipilih dengan penuh ketaakulan untuk benar-benar menzahirkan demokrasi demi kesejahteraan rakyat. Semangat demokrasi tidak menuntut satu Pilihan Raya Kecil diadakan jika ia sengaja dicipta untuk memenuhi kehendak berpolitik parti atau tokoh tertentu.

Kebelakangan ini teras demokrasi dari rakyat kepada rakyat telah dicemar dengan sikap ingin berkuasa tokoh-tokoh tertentu. Demokrasi dijaja seolah-olah ia hukum agama yang wajib dipatuhi. Rakyat telah ditipu dan dilekakan dengan cogan kata demokrasi seperti ‘hak rakyat’, ‘kuasa rakyat’ sedangkan kepentingan sebenar adalah untuk memenuhi kemaruk kuasa tokoh tertentu.

Hakikat ini perlu disedari masyarakat Malaysia kini. Rakyat wajar mempersoalkan apakah perlu Pilihan Raya Kecil diadakan di Permatang Pauh, Bukit Selambau, Penanti dan akan datang mungkin di Bukit Lanjan, Nibong Tebal, Kota Alam Shah dan beberapa tempat lain. Rakyat perlu memperhalusi tentang keperluan Datin Seri Wan Azizah meletak jawatan dan memberi laluan Datuk Seri Anwar menduduki Parlimen Permatang Pauh. Adakah tindakan Datin Seri Wan Azizah merupakan untuk kepentingan rakyat dan demokrasi atau kepentingan kroni ?.

Wajarkah V. Arumugam meletak jawatan di kawasan Bukit Selambau sedangkan rakyat telah memberi mandat kepadanya walaupun tokoh pesaingnya lebih berketerampilan. Perlukah Mohamad Fairus Khairuddin meletak jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti bertujuan untuk menyambung pelajaran sedangkan semua pihak tahu alasan tersebut tidak rasional dan kebudak-budakan. Umum tahu tindakan ini dilakukan adalah untuk memberi laluan kepada calon yang menjadi pilihan ‘de facto’ mereka bagi dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Jelas Pilihan Raya Kecil ini sengaja diatur untuk kepentingan dan keseronokan berpolitik. Peletakan jawatan dibuat di kawasan yang sememangnya bila ditandingi semula akan tetap dimenangi. Golongan ini seronok merencana Pilihan Raya Kecil kerana politik mereka hidup atas kapasiti persepsi umum dan mobilisasi isu. Penyokong mereka berterusan menyindir dengan isu Altantuya sehingga sanggup meletak replika bungkusan mayatnya dibumbung kereta dan diusung di setiap Pilihan Raya Kecil.

Wajar disedari semua tindakan ini adalah untuk menghidupkan terus perjalanan politik parti dan kedudukan ‘de facto’ mereka. Rakyat terus dipaksa bergelumang dengan politiking yang dicipta sehingga lupa telah diperguna untuk kepentingan golongan yang kemaruk kuasa ini. Corak politik murahan ini akan terus dihidupkan dan rakyat perlu bangkit berbuat sesuatu bagi mengembalikan kemurnian politik demokrasi dari rakyat untuk rakyat.

Sebagai rakyat yang sayangkan negara adalah tidak salah menjadi kritikal terhadap parti yang didokong dan disokong. Rakyat perlu menilai harga diri pemimpin yang sering berdiri di pentas mengkritik, menuduh orang lain tidak betul yang disambut dengan sorak-sorai serta laungan takbir. Dalam masa yang sama mereka sendiri mempamerkan corak berpolitik yang lebih kotor umpama ayam jantan yang kokoknya berderai-derai tetapi ekor mencecah tahi.

Sesuatu yang penting rakyat tidak harus leka dan terdorong dengan cogan kata bombastik seperti ‘Harapan Baru Rakyat Malaysia’. Malaysia tidak memerlukan lagi harapan baru. Negara telah berada di atas landasan untuk menuju negara maju. Demokrasi Malaysia sedang berjalan tanpa gangguan besar. Perkara yang perlu sekarang bukanlah harapan tetapi adalah perlaksanaan oleh pemimpin yang telah dipilih rakyat.

Kini rakyat perlu memilih sama ada untuk terus begelumang tanpa kesudahannya dengan retorik politik persepsi yang boleh merosakkan negara atau bertekad untuk memperoleh cara terbaik meningkatkan perpaduan rakyat serta berusaha gigih untuk kemakmuran negara.

Lupakanlah sementara politik keterlaluan. Pilihan Raya Umum Ke 13 pasti menjelang. Pada waktu itu tepuklah dada, tanyalah selera.


Jejakasuci