MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

5 Mei 2009

Mat Sabu jangan tarik diri


Oleh Faisal Tehrani

1. Terdapat laporan segelintir pemimpin PAS mahu supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden didokongi oleh ulama sahaja.

2. Kehendak kabur tersebut sama sekali tiada dalam perlembagaan parti. Oleh itu, tuntutan tersebut adalah tuntutan yang bukan mementingkan kehendak parti tetapi mementingkan kehendak emosi dan peribadi tertentu sahaja.

3. Mohamad Sabu tidak mahu menarik diri dari bertanding jawatan Timbalan Presiden telah dilaporkan berkata, "Kerana orang yang hendak pimpin saya mestilah lebih berani dan lebih pandai daripada saya. Sama ada anda bersama saya atau anda tinggalkan."

4. Selama ini, sangat sedikit ulama telah memimpin dengan cemerlang. Sebahagian rekod kepimpinan ulama adalah rekod yang menunjukkan kelesuan. Ahli-ahli bawahan PAS yang amat mencintai ulama selalu terpesona dengan permukaan. Seperti mana mereka terpesona dan ditipu oleh 'orang itu'. Bagaimana PAS boleh mengharapkan kepada ulama jika begitu? Dewan Ulama misalnya gagal berperanan dalam banyak isu. Kita tidak pernah mendengar Dewan Ulama secara rasmi sebagai contoh bersuara dalam isu-isu besar yang melibatkan marhaen. Hanya terlihat Mohamad Sabu yang dikatakan bukan ulama memberanikan diri berada di jalanan atau turun padang.

5. Di sesetengah tempat tokoh ulama dalam PAS tewas pemilihan kawasan kerana jarang menjaga kebajikan ahli. Tokoh ulama ini misalnya sibuk berniaga seperti membawa orang menunaikan umrah dan haji. Lebih buruk di sesetengah kawasan segelintir ulama yang diberi peluang memimpin di peringkat kerajaan mengumpulkan harta kekayaan tanpa segan silu kepada pengundi; dan janji mereka mahu menurut kezuhudan para sahabat Rasulullah saw entah ke mana. Sekarang sahabat mana yang diteladani tidak kita ketahui.

6. Ulama yang dihantar PAS ke parlimen kurang menyerlah, malah tidak petah berbicara di sana. Oleh itu kita tidak pasti kebolehan mereka. Ini berbeza dengan rekod pemimpin yang bukan ulama seperti Datuk Dr Hasan Ali, dan Mohamad Sabu sendiri.

7. Terdapat ulama yang menimbulkan tanda tanya dalam kalangan ahli kerana kesukaan dan kecintaan kepada harta benda. Ulama ini memandu kereta mewah, terbang kelas pertama atau bisnes, makan minum di hotel lima bintang sehingga menimbulkan tanda tanya dan gosip antara ahli. Kita tidak pasti apakah rujukan al-Quran, hadis, ijma atau qias yang digunakan dalam hal ini.

8. Oleh itu ulama boleh sahaja hilang kelayakan memimpin seandainya gagal memimpin.

9. Kerana itu PAS harus diselamatkan dan diserahkan kembali kepada kumpulan yang ikhlas, yang tidak mendengar arahan orang luar, yang tidak terpengaruh dengan agenda liberalisme.

10. Pun untuk memastikan PAS berbeza dari parti lain, Majlis Syura dan Dewan Ulama harus dikekalkan. Sila ganti pemimpin dan tokoh ulama yang pemalas ini.

11. Jika tidak, PAS tidak ada bezanya dengan parti UMNO. Itu pun PAS telah banyak melakukan kesalahan kerana bersekongkol dengan parti liberal dan kiri yang banyak tindakan mereka bertentangan dengan perlembagaan parti PAS sendiri. Hairannya, yang itu tidak pula disibukkan oleh Dewan Ulama.

12. Wallahu'alam.

sumber - faisal tehrani


Tiada ulasan: