Abdul Rahim Sabri | May 5, 09 5:24pm
PAS marah dan kecewa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak berunding dengan pemimpin parti itu dan DAP sebelum PKR mengumumkan kekosongan DUN Penanti, kata seorang pemimpin PAS Pulau Pinang.
Parti juga mendakwa mereka kesal dengan tindakan ketua pembangkang yang berlagak seperti "orang besar" dalam Pakatan Rakyat yang "tidak menghormati" pemimpin parti-parti lain.
Menurut sumber itu, tindakan sebelah pihak Anwar itu boleh menggugat kesatuan gabungan pembangkang di Pulau Pinang kerana memaksa PAS dan DAP "mengikut caranya."
Kemarahan mereka itu diterjemahkan antaranya dengan kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang minta isu pengunduran Mohammad Fairus Khairuddin ditanyakan sendiri kepada Anwar, kata sumber lagi.
Susulan itu, dalam mesyuarat agung kawasannya, PAS Permatang Pauh sebulat suara meminta pucuk pimpinannya meletakkan calon dalam pilihanraya kecil itu.
Ketua Pemuda PAS negeri waktu itu Mohamed Hafiz Nordin kemudian turut membuat desakan yang sama. Desakan itu disusuli dengan kenyataan Timbalan Pesuruhjaya PAS Mujahid Yusof Rawa.
sumber - Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan