MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

6 Mei 2009

Projek Islam Liberal: Memprotestankan Islam



Luthfi asy Syaukani, tokoh ISLIB (baca: Islam Liberal) yang menjadi moderator di e-group pernah mengutarakan pendapatnya tentang tujuan ditubuhkan ISLIB:

"Saya melihat majoriti umat Islam yang ada sekarang adalah Islam ortodoks, baik dalam wajahnya yang fundamentalis (dalam sikap politik) mahupun konservatif (dalam pemahaman keagamaan). Islam liberal datang sebagai sebuah bentuk protes dan perlawanan terhadap dominasi itu.

Ketika kita mengatakan "bebas dari" dan "bebas untuk", kita memposisikan diri menjadi seorang "protestan" yang berusaha mencari hal-hal-hal yang baik dari warisan agama dan membuang hal-hal yang buruk. Saya membayangkan semangat protestanisme itu adalah semangat yang seluruhnya bersifat positif, seperti yang dijelaskan dengan sangat baik oleh Weber.

Dalam bayangan saya, "Islam Liberal" adalah sebuah gerakan reformasi (bukan dalam pengertian mahasiswa, tapi pengertian semangat protestanisme klasik) yang berusaha memperbaiki kehidupan umat Islam, sama ada menyentuh pemahaman keberagamaan mereka mahupun persoalan-persoalan lainnya (ekonomi, politik, budaya, etc)." [kenyataan Luthfi pada 13-03-2001]


Jelaslah bahawa tujuan ISLIB adalah untuk memprotestankan Islam sebagaimana Martin Luther memprotestankan Kristian Katholik di Barat.

Al Quran Edisi Kritis

Untuk menjayakan impian tersebut, memang wajar jika mereka menyambut cadangan salah seorang dari kumpulan mereka yang bernama Taufik Adnan Amal untuk menghasilkan "Quran Edisi Kritis", iaitu Al-Quran edisi tafsiran semula.

Memang luar biasa, bukan sahaja hanya terjemahannya yang hendak diubah, tetapi termasuk juga nash Arabnya. Bahkan ada di kalangan pengikut fanatik mereka mengusulkan agar penerbitan itu disegerakan agar mereka boleh gunakan untuk bertadarus dalam bulan Ramadhan akan datang.

Rupa-rupanya mereka muncul sebagai pengkritik larangan Allah:

"Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang Al Quran yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad), buatlah satu surat (saja) yang semisal Al Quran itu dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar. Maka jika kamu tidak dapat membuat (nya) dan pasti kamu tidak akan dapat membuat (nya), peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir." (al-Baqarah: 23-24)

Perkara serupa pernah dilakukan oleh moyang guru ISLIB iaitu Musailamah al-Kadzdzab yang bercita-cita mahu menandingi Al-Quran.

Usaha ini telah dilakukan pula oleh para orientalis ISLIB yang bersusah payah mengumpulkan hingga 30,000 manuskrip.

Mereka mengumpulkan manuskrip yang kononnya berisi ayat-ayat Al-Quran untuk membuktikan bahawa mushhaf Utsmani (yang kita baca hari ini) tidak layak diyakini keshahihannya.

Namun Allah menggagalkan tipu muslihat busuk mereka. Disebutkan oleh Gerd-R Puin dalam "The Quran as text":

"Rancangan Bergstrasser, Jeffery dan Pretzl untuk mempersiapkan Quran edisi kritik tidak berjaya, dan pelbagai varian yang diperolehi dari manuskrip lamanya itu telah hancur dibom semasa perang Dunia II.

Apa yang akan dilakukan oleh Taufik pun akan mengalami kegagalan. Abu Ubaid Al-Qasim berkata: "Usaha Uthman rdl mengumpulkan Al-Quran akan tetap dan sentiasa dijunjung tinggi, kerana merupakan adilnya yang paling besar. Memang di kalangan orang-orang yang menyeleweng ada yang mencelanya, namun kecacatan merekalah yang tersingkap dan maksud buruk merekalah yang akan terdedah." (Al-Jamil lil Ahkam Al-Quran, Al-Qurthubi)

Semoga Allah segera menunjukkan belang mereka dan menjauhkan umat ini dari tipu daya iblis dan proksi-proksinya.


Tiga Jurus Menyerang Al-Quran

Serangan terhadap Al-Quran yang dilakukan oleh kaum orientalis adalah tiga jurus. Pertama, melalui jalur periwayatannya, kedua mencampuradukkan dengan penemuan manuskrip lama dan ketiga tafsiran semula dan kekuatan intelektual (menurut mereka).

Pada tahun 1927, Alphonse Mingana, paderi Kristian berasal dari Iraq dan pengetua di Universiti Birmingham berkata: "Sudah tiba masanya untuk melakukan kritik teks terhadap Al-Quran sebagaimana yang telah kita lakukan terhadap kitab suci Yahudi yang berbahasa Ibrani Arami dan kitab suci Kristian yang berbahasa Yunani" (Buletin of the Jahn Rylands Library Manchester, 1927, XI:77)

Perkataan di atas dipersetujui oleh para tokoh Islam Liberal. Bandingkanlah dengan tulisan Luthfi Syaukani, pensyarah Universiti Paramadina di www.islamlib.com pada 17-11-2004 berjudul "Merenung Sejarah Al-Quran":

"Sebahagian besar kaum muslim meyakini bahawa al Quran dari halaman pertama hingga terakhir merupakan kata-kata Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad secara verbatim, baik kata-katanya (lafzhan) mahupun maknanya. Kaum muslim juga meyakini bahawa al Quran yang mereka lihat dan baca hari ini adalah sama seperti yang ada pada masa Nabi yang hidup lebih dari seribu empat ratus tahun silam. Keyakinan seperti itu sesungguhnya lebih merupakan formula khayalan teologis (al-khayal ad-dini) yang dibuat oleh para ulama sebagai sebahagian dari formalisasi doktrin-doktrin Islam. Hakikat dan sejarah penulisan al Quran itu sendiri sesungguhnya penuh dengan nuansa yang delicate (rumit), dan tidak lepas daripada perdebatan, pertentangan, intrik dan rekayasa."

Dengan pantasnya kita menjawab: "Ya...kaum muslim memang meyakini bahawa al Quran yang kita baca adalah al Quran yang diturunkan oleh Nabi, adapun kaum kafir, mereka tidak akan meyakininya."

Mereka mempertikaikan sesuatu yang telah baku dan menjadi ijmak (telah disepakati) para ulama terdahulu. Target mereka agar umat Islam ragu akan keabsahan dan keaslian mushaf al Quran yang berada di tangan mereka. Tetapi, untuk kesekian kali usaha mereka akan gagal, kerana mereka sedang berhadapan dengan Allah yang berfirman:

"Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya."(al-Hijr: 9)


Tafsir Hermeneutika, Usang yang Dianggap Moden

Mereka tidak hanya mahu mengubah nash al Quran, tetapi juga mahu merosakkan tafsirannya. Dengan hujah kesesuaian masa ? kemanusiaan ?, beragama untuk manusia, maka tafsiran al Quran harus ditinjau dari sisi kemanusiaan.

Maka tafsirnya harus diambil dari orang-orang yang (menurut mereka) ahli dalam urusan kemanusiaan. Siapa tokoh-tokoh itu? Socrates, Plato, Arostoteles dan bahkan Karl Mark yang atheis..aneh!

Tafsir al Quran yang suci diambil dari seorang atheis, la haula walaa quwwata illa billah. Apakah mereka mengira orang-orang kafir itu lebih manusiawi dari para sahabat Nabi? Lebih manusiawi dari Nabi saw? Bahkan dari Allah sehingga tafsir ayat dengan ayat, tafsir ayat dengan hadits dan tafsir dengan pendapat para sahabat yang menjadi warisan ulama salaf tidak dipakai?

Mereka juga menggembar-gemburkan tafsir model hermeunetika. Cara tafsir usang yang dianggap moden. Istilah ini berasal dari kata 'hermen' nama individu yang dalam mitologi Yunani bermaksud 'menyampaikan dan menafsirkan pesanan-pesanan dewa di gunung Olympus ke dalam bahasa yang dapat difahami oleh umat manusia. (Fx. Muji Sutrisno F. Budi Hardiman, 1992:74)

Pada akhirnya istilah hermeneutika berubah menjadi makna teologi(agama). Perkara itu bermula ketika para agamawan Yahudi dan Kristian menghadapi beberapa masalah berhubung dengan teks-teks kitab suci mereka yang saling kontradiksi antara satu sama lain.

Encyclopedia Britannia menyatakan bahawa tujuan utama 'hermeneutika' kepada mereka tidak lain tidak bukan untuk mencari nilai kebenaran Bible. Kerana Bible ditulis oleh beberapa penulis seperti Markus, Matius, Lukas dan Yahya. Mereka mengakui bahawa dalam keempat-empat Injil tersebut memang terdapat banyak pertentangan. Lalu para agamawan menggunakan teori hermeneutika untuk memahaminya.

Nah, para orientalis termasuk liberal mahukan al Quran senasib sama, atau dianggap sama dengan Bible. Dengan semangat inilah penganut liberal membuat kesimpulan al Quran adalah produk lokal, atau 'produk bersama' dan lain-lain.

Adakah kita akan berdiam diri terhadap serangan yang dilancarkan oleh mulut-mulut kotor itu? Inilah masa untuk menunjukkan siapakah mereka yang berani membela Allah.

Wallahu waliyut taufiq

(Abu Umar Abdillah)

Referensi:

1. www.islamlib.com

2. Ahlul Bida' Menggugat Otoriti Mushaf Utsmani dan Tafsir Qath'I, DR. Ugi Suharto (Profesor Madya di ISTAC Malaysia), disampaikan dalam majlis Seminar Nasional bertajuk "Pemikiran Islam Muhammadiyah: Respon Terhadap Fenomena Liberalisme Islam", di UMS pada 1-2 Mac 2004.

3. Antara Hermeneutika dan Bibel, Adian Husaini M.A dan lain-lain

4. Sumber Majalah : Ar-Risalah -No.34 / Th. 3 shafar 1425 H / April 2004 M

AIDC menterjemah artikel swaramuslim. Artikel asal klik di sini

1 ulasan:

Unknown berkata...

Dasyhat betul puak-puak Liberal ni. Sampaikan al-Quran pun nak ditafsirkan semula. Hebat sangatkah pemikiran mereka itu?

Minta dijauhkanlah perkara sebegini di Malaysia. Tapi bunga-bunga ke arah itu sudah kelihatan kerana ada 'pemimpin mat jenin' cuba membawa arus ke situ.