MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

6 Mei 2009

Husam lebih sesuai tanding Presiden Pas - Nasrudin Tantawi




KUALA LUMPUR 5 Mei - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa (gambar) disaran bertanding jawatan Presiden bagi 'membetulkan' arah tuju parti itu yang dikatakan kabur dan pudar sehingga menimbulkan keraguan di kalangan ahli-ahlinya.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, jawatan timbalan presiden yang ingin ditandingi Husam dilihat tidak akan banyak membantu pemimpin itu membetulkan kemelut arah tuju parti.

Tambahan pula katanya, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah berulang kali menyatakan kesediaan untuk dicabar sekiranya para perwakilan merasakan kepimpinan beliau tidak lagi berkesan.

"Jawatan yang sepatutnya ditandingi oleh seorang yang 'hebat dan berwibawa' seperti Husam ialah Presiden Pas itu sendiri.

"Kekuatan untuk merubah arah tuju dan memastikan ia terang lagi jelas tanpa sedikitpun keraguan di kalangan anggota parti mestilah bermula dari kerusi presiden," kata Nasrudin dalam blognya www.episodeperjuangan.blogspot.com.

Rabu lalu, Husam membayangkan beliau akan bertanding jawatan timbalan presiden berdasarkan perkembangan semasa terutama apabila timbulnya keraguan tentang 'hubungan sulit' Pas-UMNO.

"Jika arah tuju Pas diperjelaskan dan tidak ada keraguan dalam hubungan sulit antara Pas dan UMNO, saya rasa tidak ada sebab besar untuk saya bertanding mencabar pemegang jawatan sedia ada.

"Tetapi pada pendapat saya, trend yang berlaku sekarang wujudnya keraguan terhadap hala tuju Pas," kata Husam.

Nasrudin menjelaskan, kenyataan Husam itu dapat difahami dengan jelas bahawa beliau merasakan arah tuju Pas bukan sahaja tidak jelas malah meragukan.

"Saya tidak ragu terhadap telahan Husam kerana sebelum ini saya sangat mengenali beliau sebagai seorang yang 'objektif dan strategis.'

"Tentunya telahan beliau bahawa arah tuju parti tidak terang dan meragukan itu ada benarnya," katanya.

Nasrudin menambah, kebelakangan ini pelbagai pihak menimbulkan keraguan terhadap Abdul Hadi dan menganggap idea-idea pelik yang dibawa beliau seperti muzakarah dan kerajaan perpaduan sangat meragukan.

"Barangkali inilah juga asas kenapa Husam menganggap arah tuju parti kini mengelirukan dan memaksa beliau bertanding ke jawatan timbalan presiden," katanya.

Sehubungan itu Nasrudin menyeru Pas kawasan yang belum selesai bermesyuarat agung atau belum menyerahkan kertas pencalonan kepimpinan parti supaya mencalonkan Husam sebagai presiden.

Beliau berharap, Husam tidak menarik diri selepas dicalonkan kerana ia juga sebahagian dari harapan akar umbi.

"Harapan saya selepas ini, Pas kembali mempunyai arah tuju yang terang lagi nyata dan tidak meragukan ahli parti setelah presiden sekarang banyak menimbulkannya (keraguan).

"Justeru, Pas kawasan mestilah mencalonkan Husam dan saya merayu sungguh-sungguh agar beliau benar-benar diberi peluang demi masa depan parti," tegasnya.

sumber - Utusan Malaysia


Tiada ulasan: