MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

12 Mei 2009

Politik Perak: Nizar belum dapat tidur nyenyak II

Terbaru 4 petang: Datuk Seri Nizar Jamaluddin tetap mempertikaikan Barisan Nasional (BN) mempunyai majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. “Tak timbul soal majority BN sebab mahkamah semalam sahkan saya Menteri Besar . Kalau nak uji juga bawa ke lantai DUN,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabat DAP Perak selepas keluar meninggalkan pejabatnya jam 2.30 petang Selasa.

Beliau keluar pejabatnya kerana akur dengan keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya yang membenarkan permohonan Datuk Seri Dr Zambry Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari Isnin yang sahkan Nizar sebagai Menteri Besar Perak. Menurut beliau, pihaknya juga sedang mengkaji sama ada dalam tempoh perundangan (proses mahkamah berhubung isu Menteri Besar) undi tidak percaya terhadapnya boleh dibuat atau tidak dalam sidang DUN. Mengulas mengenai keputusan Mahkamah Rayuan, Nizar berkata, peguamnya akan kaji keputusan tersebut dan mendakwa keputusan itu menimbulkan lebih banyak persoalan. “Saya keluar pejabat SUK jam 2.30 petang sebab patuh keputusan mahkamah. Saya hormati keputusan hari ini tapi akan menunggu nasihat peguam.” katanya.

TERBARU 2 petang: Saya terima keputusan semalam, saya harap mereka terima keputusan hari ini. Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bersyukur dengan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi yang sahkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak. Menurutnya, keputusan ini membuktikan keterbukaan undang-undang negara serta amalan demokrasi. Harapan beliau, pihak pembangkang menerima keputusan tersebut dan tidak bertindak seperti sebelum ini yang tidak menerima keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan penggantungan beliau dan enam Exconya. "Seperti saya menerima keputusan Mahkamah semalam, saya harap mereka juga menghormati keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan hari ini," katanya pada sidang media di Ipoh. Mengenai tindakan Nizar menggantung Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Dr Zambry berkata, sesuai dengan penangguhan keputusan oleh Mahkamah Rayuan itu, penggantungan itu terbatal dan kedua-dua pegwai itu kekal memegang jawatan. Beliau juga menegaskan, Barisan Nasional (BN) akan menjalankan tugas sebagai kerajaan negeri sesuai dengan keputusan Mahkamah Rayuan tersebut. Ditanya apakah komen beliau sekiranya Nizar dan pembangkang tidak menghormati keputusan Makamah Rayuan itu, Dr Zambry berkata "ini keputusan mahkamah. Ia libatkan soal tata susila".

TERBARU 1.00 tengahari: Mahkamah Rayuan benarkan permohonan Dr Zambry. Mahkamah Rayuan Putrajaya hari Selasa membenarkan permohonan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bagi menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang mengesahkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin masih sah sebagai Menteri Besar Perak. Dengan keputusan itu, Dr Zambry kekal sebagai Menteri Besar. Hakim Datuk Ramly Ali yang membuat keputusan itu berkata, mahkamah akan menetapkan tarikh dalam waktu terdekat bagi mendengar rayuan Dr Zambry untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.

10.00 pagi: Nizar masuk pejabat, Dr Zambry jumpa ADUN BN. Suasana di sekitar Ipoh tenang-tenang saja. Datuk Seri Nizar Jamaluddin masuk ke pejabat Menteri Besar di bangunan Perak Darul Ridzuan jam 7.25 pagi. Beliau kemudiannya ke Istana Iskandariah Kuala Kangsar bagi hadiri acara pengurniaan pingat oleh Sultan Perak. Manakala kira-kira jam 10 pagi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengadakan perjumpaan dengan semua Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional di bangunan UMNO Perak bagi membincangkan langkah-langkah terbaru nak diambil. Sementara itu di Putrajaya,peguam bagi pihak Dr Zambry failkan rayuan bagi menanguhkan perlaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi sahkan Nizar Menteri Besar.

sumber: Agenda Daily




Tiada ulasan: