MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

12 Mei 2009

Politik Perak: Penggantungan Abdul Rahman dan Ahmad Kamal tidak sah - KSN

PUTRAJAYA 12 Mei — Mengikut peruntukan sedia ada, pengantungan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Abdul Rahman Hashim dan Penasihat Undang-Undang Negeri itu Ahmad Kamal Shahid adalah tidak sah dan kedua-duanya masih layak menjalankan tugas seperti biasa, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Beliau berkata Menteri Besar tidak mempunyai kuasa daripada segi undang-undang untuk menggantung kerja kedua-dua pegawai itu kerana kuasa untuk mengantung kerja seseorang pegawai awam adalah terletak pada pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan.

“Bagi Penasihat Undang-Undang, kuasa itu terletak pada Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan manakala bagi Setiausaha Kerajaan Negeri, kuasa tersebut terletak pada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008 Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

sumber: Utusan Online

3 ulasan:

AMBAJ berkata...

Nizar ni dah sampai masa buat treatment dari pakar sakit jiwa.

Unknown berkata...

Sumbat jer kat Tanjung Rambutan atau Tampoi.

ladybird berkata...

Nizar pon tak faham undang-undang nampaknya. Susahlah kalau ketua sendiri tak faham undang-undang. Main pecat orang sesuka hati dia je.

Patutla masa kena pecat hari tu sibuk berdrama swasta. Huhuhuhuh