MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

5 Mei 2009

Siapa pencatur konflik dalam Pas?



Oleh Muhamad Mat Yakim, Editor Edisi Utara, Sinar Harian

Di Ankara, Turki, Reccep Taiyip Erdogan menjalani kehidupan seperti biasa. Tidak ada masalah luar biasa dihadapinya selain prejudis orang Eropah terhadap aliran Islam yang dibawa partinya, AKP. Manakala di dalam negara, sikap yang sama oleh kumpulan pendukung sekularisme totok warisan Attartuk. Itu bukan masalah yang luar biasa bagi Erdogan.

Tanpa Erdogan sendiri sedari, nun jauh beribu kilometer dari bumi Sultan Muhammad Al Fateh itu, namanya kini berkumandang riuh menjelang pemilihan sebuah parti politik aliran Islam.

Kumpulan Erdogan – entah siapa yang memberi nama itu – digambarkan sebagai satu fraksi dalam Pas yang dikatakan dikuasai secara senyap oleh Anwar Ibrahim. Kerana taksub kepada Anwar, adakalanya tindak-tanduk kumpulan itu dikatakan telah membelakangi prinsip-prinsip parti mereka sendiri.

Bagi pemerhati yang lama mengikuti aliran politik dalam Pas, ini merupakan satu perkembangan yang sangat luar biasa. Sudah menjadi tradisi sejak sekian lama, jawatan No 1 dan No 2 dalam Pas tidak pernah dipertandingkan.

Selama ini, ahli-ahli Pas diajar untuk begitu hormat kepada pimpinan mereka yang berstatus ulama sehingga dalam muktamar lebih sepuluh tahun lalu, seorang perwakilan Pas Kedah, Abdul Wahab Abdul Rahman pernah ditempelak kerana menuding jari ke pentas sewaktu menyertai perbahasan.

Namun pada tahun ini, kita bukan sahaja diperlihatkan dengan perkembangan bahawa akan berlaku pertandingan terbuka, malah politiking yang menjurus ke arah berlakunya perubahan itu juga amat luar biasa.

Dalam Sinar Harian semalam, Timbalan Pesuruhanjaya III Pas Kelantan, Nik Mohd Amar Nik Abdullah secara terbuka menempelak Naib Presiden, Husam Musa berhubung hujah Husam mengapa dia perlu mencabar jawatan Timbalan Presiden yang kini disandang Nasharuddin Mat Isa.

Menurut Husam, dia perlu berbuat demikian kerana sudah timbul keraguan dalam kalangan ahli Pas soal hubungan sulit parti itu dengan UMNO, yang secara sinikalnya ditujukan kepada Nasharuddin sebagai orang yang mengatur perundingan itu.

Bagi Nik Mohd Amar, hujah itu tidak kuat kerana Nasharuddin bertindak atas keputusan Majlis Syura Ulama manakala yang menyuarakan cadangan kerajaan perpaduan dengan UMNO adalah Abdul Hadi Awang iaitu presiden parti sendiri.

Kerana itu, kata Mohd Amar (secara sinikal), yang perlu ditukar adalah Abdul Hadi kerana dialah membawa cadangan itu.

Membakar sentimen ahli yang berideologi totok berkaitan hubungan dengan UMNO, bukan perkara asing dalam Pas. Kerana itu, apabila Husam menjadikan ‘hubungan sulit’ sebagai isu untuk mewajarkan dia bertanding, itu mampu memberi impak yang berkesan. Apatah lagi pendirian ini boleh dianggap sealiran dengan pegangan Tok Guru Nik Aziz, Mursyidul Am Pas sendiri.

Saya tidak mengatakan Husam daripada kumpulan Erdogan namun diketahui bahawa orang yang paling takut jika benar Pas merancang hubungan sulit dengan UMNO, adalah Anwar Ibrahim!

Melihat semua ini, ada pemerhati percaya, perubahan luar biasa berlaku dalam Pas menjelang pemilihan tahun ini seakan ada pihak tertentu yang mencaturnya. Ini kerana, ia berlaku dengan cara yang cukup teratur seperti bidak-bidak pada papan catur seorang pemain yang sangat strategis.

Saya sendiri tidak pasti siapa orang itu tetapi sudah tentu dia bukan Erdogan!


Sumber : Sinar Harian, 4 Mei 2009



Tiada ulasan: