Mengambil kira segala hukum yang ada di muka bumi ini jawapannya sangat mudah bila kita melihat angka 31 lawan 28.
Datuk Seri Nizar Jamaluddin Menteri Besar Perak yang diputuskan ‘ sah’ oleh Mahkamah Tinggi kerana tiada undi tak percaya di Dewan Undangan Negeri pasti tahu mengira.Beliau seorang jurutera dan tentu lulus cemerlang dalam matematik.
Begitu juga Pengerusi DAP Datuk Ngeh Khoo Ham.Walaupun beliau seorang peguam tetapi anaknya yang sekolah darjah satu boleh beri petunjuk jika beliau ragu-ragu apa jawapan.
Persuruhjaya PAS Perak Ahmad Awang boleh minta calculator dari rakan-rakannya 31 tolak 28 siapa yang lebih.
Jangan tanya Datuk Seri Anwar Ibrahim.Takut nanti Penasihat PKR itu susah nak jawab kerana pasti ada yang kata beliau hipokrit.Sebabnya satu dunia tahu beliau adalah pelopor atau lebih tepat ‘Bapa Gerakan Melompat seMalaysia.’
Angka tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri dua PKR dan satu DAP yang melompat jadi bebas yang buat kerajaan negeri Perak terbalik itu adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan impiannya nak menjala 30 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk masuk Putrajaya menerusi pintu belakang.
Anwar mungkin boleh buat buat lupa agar orang terlupa.Namun ramai yang masih ingat bagaimana beliau dan orang-orangnya buat panggilan telefon tengah malam dan lebih dramatic mengejar MP BN sampai ke Taiwan.
Ini belum masuk lagi bab yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Batu Pahat Datuk Dr Puad Zarkashi bagaimana Ketua Pembangkang itu ‘ jual’ nama Yang diPertuan Agong mendakwa baginda dan beberapa Raja menyebelahinya semasa ‘ gerakan melompat’ itu.
Bijak memang bijak pembangkang kini lempar bom asap di merata rata tempat termasuk melalui proses mahkamah untuk mengaburi mata semua orang tentang angka 31 lawan 28 itu.
Ngeh,Ahmad Awang dan Anwar tahu kalau undi tidak percaya diusulkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perak,Nizar pasti bungkus kerana disebelah BN ada lebih tiga orang.
Jangan lupa Anwar pernah minta diadakan sidang tergempar Parlimen kerana nak usulkan undi tidak percaya pada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sekalipun beliau tidak punyai angka 30 MP BN yang didakwanya nak melompat.
Perang sarafnya menerusi cara ‘ gempak ’ begini adalah taktik biasanya kerana sampai hari ini beliau masih mengigit jari.
Nizar mungkin juga lupa bagaimana kerajaan Negeri Kelantan semasa penggal 2004 – 2008 bezanya satu kerusi saja antara PAS dengan BN.
Mungkin Nizar perlu bertanya kepada Datuk Nik Aziz Nik Mat apakah waktu itu BN ada terpekik terlolong macam di Perak minta Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan buat kecoh segala macam dalam sidang dewan itu.
Atas sebab itu disebalik pembangkang cuba gambarkan sidang Dewan Undangan Negeri Perak 7 Mei tak demokratik dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bukan Menteri Besar yang sah,ramai yang terus melihat fiasco politik di negeri itu terus menjadi bahan jenaka.
Jenaka dalam kontek kanak-kanak yang merengek kehilangan coklat yang baru dibelinya di kedai.
Apa lagi mahkamah sendiri sudah putuskan tiga orang ADUN Hee Yit Foong bekas DAP Jelapang,Jamaluddin Radzi bekas PKR Behrang dan Osman Jailu bekas PKR Changkat Jering tetap sah sebagai wakil rakyat.
Memang betul ada juga yang melihat silapnya BN ia tidak mengusulkan undi tidak percaya terhadap BN seperti yang dijadikan sandaran dalam keputusan Mahkamah Tinggi yang istihar Nizar masih Menteri Besar yang sah.
Terbentang di depan semua orang isu ini cuma satu perkara teknikal kerana usul undi tidak percaya belum dibentang dan diluluskan.
Disebalik semua ini apa yang berlaku semasa sidang DUN 7 Mei dan sebelumnya sidang DUN bawah pokok jelas sekali Nizar dan rakan-rakannya akan buat ‘ segila’ mungkin untuk menyekat satu sidang DUN yang sempurna yang teratur diadakan.
Dalam ‘ kegilaan’ itu mereka akan cuba gambarkan kepada orangramai mereka adakan kumpulan yang tertindas – yakni satu lagi perak saraf yang sedang rancak mereka jual sekarang.
Maka bergegarlah saranan di sana sini mahukan pilihanraya semua diadakan di Perak untuk ‘ beri pilihan kepada rakyat buat penentuan’.
Memang hipokrit besar bila mengenangkan bagaimana Anwar bilang ini demokrasi dan tidak perlu ada pilihanraya semula bila ADUN BN Bota Datuk Nasaruddin Hashim melompat masuk seketika ke pembangkang dulu.Nizar pula menyambut beliau sebagai hero dan membuat kenyataan yang sama dengan Anwar.
Anihnya juga semasa kerajaan Nizar memerintah 11 bulan dengan 31 ADUN sebelum tiga ADUN itu melompat,beliau tidak pernah sebut tentang nak adakan pilihanraya semula.
Waktu itu BN sendiri tidak pernah meminta diadakan pilihanraya semula dan tidak langsung ‘ buat gila’ macam karenah pembangkang sekarang.
Soalnya sekarang mahukah Nizar dan rakan-rakannya sendiri melayan tuntutan BN diadakan pilihanraya semula jika mereka ada kelebihan kerusi seperti BN sekarang.
Bagi Anwar yang mimpinya belum nak menjadi…mudah saja untuk mendapat tempik sorak penyokongnya dakwa BN penakut.
Memang susah nak salahkan Anwar dan begitu juga Nizar yang menjerit jerit mahukan pilihanraya semula.
Apa lagi pilihan yang ada dalam keadaan tersepit sekarang kecuali mencari segala alasan yang dapat difikirkan.
Ini kerana dihati kecil mereka sudah tahu pasti demokrasi akan memihak kemana dalam kes 31 lawan 28.
Hampir kesemua ADUN BN yang hadir dalam satu sidang akhbar Selasa lalu yang diberikan oleh Dr Zambry selepas Mahkamah Rayuan meluluskan permohonan tangguh keputusan Mahkamah Tinggi istihar Nizar Menteri Besar sah memberi reaksi spontan bila seorang wartawan bertanya tidakah apa jua usaha pembangkang jadi sia sia kerana BN+Bebas tetap ada majoriti 31 kerusi.
Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali yang duduk disebelah Dr Zambry turut tertawa lantas mencelah, “ itu soalan yang sangat baik…anda yang bertanya….ada juga memberi jawapannya.”
sumber - agendadaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan