MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

15 Mei 2009

Tragedi 13 Mei – Pandangan Terkini Anwar Sudah Jauh Berbeza!

Oleh : Gelagat Anwar

Dalam satu majlis ‘akademik-politik’ bertajuk ‘513 to 1Malaysia: The Future of Malaysian Nation-Building’ – Anwar hadir sebagai jurucakap utama. Anwar katanya ada majlis lain selepas daripada itu. Jadi Anwar tidak boleh tunggu lama. Maka Anwar pun memulakan malam itu dengan segala macam retorik yang kononnya menampilkan dirinya sebagai ‘Champion of All Malaysians’; regardless of race, religion and all.

Retorik Anwar – di hadapan khalayak yang majoritinya Cina memang sudah terpesong jauh dengan Anwar yang dahulu. Anwar sewaktu memperjuangkan kemiskinan orang Melayu di Pekan Baling. Padahal ada sahaja orang Cina yang miskin dan kedana pada waktu itu, tetapi Anwar nak jadi champion orang Melayu.

Anwar buang orang Cina. Anwar buang orang India. Anwar, sewaktu zaman mahasiswa; tidak pernah sekali cakap pasal bangsa Malaysia. Anwar nak jadi JAGUH MELAYU. Anwar selalu mengungkap mengenai bagaimana orang Melayu bangkit sebagai pejuang dalam kes 13hb Mei. Anwar selalu bercakap tentang bagaimana orang Cina tidak sedar diri dan menguji tahap kesabaran orang Melayu.

Pada tahun 1987, Anwar sebagai Menteri Pendidikan pernah membuat keputusan yang benar-benar melukakan hati orang Cina. Anwar tidak hormat dengan sistem perjawatan sekolah Cina. Anwar lantik Cina ‘westernized’ untuk menjadi nazir kepada sekolah-sekolah Cina. Gamat seluruh Negara. Ada boikot. Ibubapa pelajar Cina nekad untuk tidak menghantar anak mereka ke sekolah.

Ini satu campurtangan LUAR BIASA kerajaan kepada hal ehwal pendidikan anak bangsa Cina. Anwar tidak peduli, kepadanya – yang lebih penting – pendidikan Cina mesti di ‘neutralized’ dan tidak terlalu bersifat keCinaan.

Anwar adalah antara penyebab kepada insiden Ops Lalang 1987. Pemuda UMNO berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman. Anwar yang selalu pergi ke seluruh Negara selalu mengangkat 13hb Mei sebagai ‘perlambangan kebangkitan orang Melayu’. Anwar selalu menganggap perjuangan Harun Idris adalah kemuncak perjuangan orang Melayu. Anwar selalu mengingatkan tentang ‘amuk’ Melayu. Anwar selalu mengatakan bagaimana Melayu akan bangun berjuang jika cuba dihina dan dibuat gila oleh kaum lain.

Namun begitu, dalam majlis DAP tempohari – Anwar yang lama sudah hilang. Agaknya inilah reformasi yang Anwar inginkan. Daripada berjuang tentang Melayu dan Islam – berjuang tentang ‘Malaysian Malaysia’. Anwar sudah bermain dengan retorik kosong yang hanya mampu memainkan ‘rasa enak’ di kalangan orang Cina dan India. Kononnya Anwar adalah ‘icon baru’ kepada Malaysia yang milik semua orang.

Mengapa agaknya Anwar boleh berubah begitu rupa? Daripada seorang ‘ultra Melayu’ kepada seorang yang kononnya membawa nilai Malaysia. Pemahaman Anwar tentang 13 Mei sudah jauh terpesong daripada ucapan-ucapan GANASnya sewaktu di dalam UMNO. Apakah Anwar lupa bahawa KEBENCIAN kepada Cinalah yang meletakkan dirinya hampir ke kemuncak kepimpinan dalam UMNO.

Namun begitu, sewaktu dalam UMNO lagi – Anwar sudah cepat jatuh cinta dengan ‘tycoon’ Cina. Nallakarupan mesti boleh mengingatkan kita bagaimana Anwar selalu membuat ’special draw’ sewaktu dia di Kementerian Kewangan. Asalkan nak pakai duit sahaja, Anwar akan buat special draw. Asal nak pakai wang sahaja – Anwar akan luluskan ’special draw’. Sebagai Board of Director Magnum – Nalla akan bawa duit ’special draw’ kepada Anwar. Azmin mungkin ingat cerita ini.

Hikmah dan bagusnya di sebalik majlis penganjuran DAP ini adalah – menampakkan ‘lakonan politik’ Anwar yang baru. Daripada mereka yang sangat menyanjung tinggi pejuang Melayu Kampung Bharu – Anwar jadi penyanjung tinggi Lim Kit Siang. Perubahan ini cukup drastik. Bukan perubahan mungkin – ini transformasi Anwar.

Anwar mengakui dalam ucapannya di Dewan Sivik tersebut – bahawa ‘kesilapan tafsiran sebenar mengapa’ 13 Mei berlaku, menyebabkan ‘ubat dan penyelesaiannya’ juga silap. DEB ini, menurut kata Anwar adalah suatu penyelesaian yang silap dan bersifat ‘perkauman’. Sewaktu dalam Kerajaan, Anwar lah salah seorang yang membugar semangat DEB. Ini hak Melayu. Ini hak Bumiputera.

Namun hari ini, buat Anwar – DEB adalah perkauman dan dasar yang silap. Tahniah kepada Anwar kerana sudah bijaksana menjadi pelacur politik – dan mengorbankan ‘jiwa perjuangan sebenarnya’. Tahniah, kerana Anwar sudah benar-benar ‘graduate’ dan komited menjadi seorang pejuang Malaysia. Apakah ini retorik – terserah. Anwar bukankah hebat dalam perkara-perkara begini.

sumber - gelagat anwar

1 ulasan:

ladybird berkata...

Anwar dah tak boleh berfikir dengan betul. Semakin hari dia semakin resah kerana bulan JULAI semakin menghampiri, itu yang cakap pun makin melalut...agaknya dia tengah buat counting days nya....