MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

15 Mei 2009

Bekas Presiden Israel dibicara kes rogol

TEL AVIV - Perbicaraan kes rogol dan beberapa kesalahan seksual lain melibatkan bekas Presiden Israel, Moshe Katsav bermula secara rasmi semalam.

Katsav yang meletak jawatan pada 2007 berikrar akan membuktikan kepada mahkamah bahawa dia tidak bersalah.

Tuduhan terhadap Katsav dibuat beberapa pekerja wanita yang pernah berkhidmat dengannya semasa dia menjadi menteri pelancongan.

Jika didapati bersalah dia boleh dihukum penjara maksimum 16 tahun.

Katsav mencipta sejarah politik Israel apabila menjadi ketua negara pertama yang didakwa atas kesalahan seks.

Ketika ditemui sebelum memasuki mahkamah dia begitu yakin akan dibuktikan tidak bersalah.

"Ini adalah proses membersihkan nama saya dan saya akan muncul sebagai individu tidak bersalah," katanya.

Menurutnya, tiada apa yang lebih penting selain membersihkan nama sendiri dan memulihkan maruah yang tercalar akibat tuduhan itu.


sumber - sinar harian

1 ulasan:

Unknown berkata...

Kat Malaysia bekas TPM atas tuduhan 'melewat'...

***** mencipta sejarah politik Malaysia apabila didakwa buat kali kedua atas kesalahan seks luar tabii.