MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

5 Mei 2009

Ulama atau ‘protaz’


Muktamar Tahunan Pas ke-55 Jun ini di Stadium Melawati Shah Alam dijangka menyaksikan perebutan sengit bagi jawatan Timbalan Presiden parti itu apabila beberapa tokoh kanannya dicalonkan untuk bertanding mengisi kerusi berkenaan.

Antara yang dikatakan berminat untuk menggantikan Nasharuddin Mat Isa ialah dua Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Menurut pemerhati politik, Nasharuddin mungkin berdepan saingan sengit daripada Husam yang diramalkan mendapat pencalonan popular daripada ahli bagi merebut jawatan nombor dua itu.

Pertembungan turut berlaku bagi jawatan Presiden apabila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut dicalonkan mencabar penyandangnya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Nik Abdul Aziz dalam kenyataannya sebelum ini berkata, beliau menyerahkan kepada ahli untuk menentukan pemimpin yang akan dipilih dalam muktamar agung itu.

Abdul Hadi pula bersedia menghadapi cabaran bagi pertandingan jawatan nombor satu parti, malah menyerahkan kepada ahli parti untuk memilih sama ada dirinya atau pemimpin yang lain sebagai Presiden kelak.

Justeru, terserah kepada ahli parti untuk mengundi siapa yang layak memimpin parti itu pada muktamar nanti dengan sebaik-baiknya. Menjadi tanggungjawab perwakilan yang menerima amanah di peringkat akar umbi untuk memilih pemimpin berdasarkan kredibiliti, serta meletakkan kepentingan jemaah dan demi masa depan parti.

// ISU siapa yang layak memegang pucuk pimpinan Pas turut menjadi polemik hangat. Ada pihak yang mahu dua jawatan tertinggi diisi golongan ulama yang mempunyai pendidikan formal dan berpengetahuan tinggi dalam bidang agama. Manakala di pihak lain mahu jawatan berkenaan diisi oleh golongan profesional atau lebih dikenali sebagai profesional ustaz (protaz).

Ketika ini di dalam Pas, sudah semakin ramai golongan protaz menganggotai parti itu dan berhajat untuk memegang jawatan. Namun apa yang menjadi persoalan dengan terdapatnya percanggahan pandangan siapa paling layak menduduki dua jawatan tertinggi tersebut, apakah ia bermakna selepas ini protaz hanya layak menjawat jawatan peringkat bawahan sahaja?

Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Ahmad Awang berpendapat pemimpin yang bukan daripada aliran agama juga boleh memimpin parti itu. Menurut Ahmad, Majlis Syura Ulama tidak pernah meletakkan sebarang garis panduan khusus atau syarat tersebut untuk melantik dua jawatan tertinggi berkenaan. Pendapat itu bagaimanapun disanggah Ketua Dewan Ulama parti itu, Datuk Mohamed Daud Iraqi yang mahu kedua-dua jawatan itu dipegang oleh golongan ulama.

Memetik satu kenyataan, ketika ini sudah ada hujah-hujah bahawa golongan ulama hanya layak menjadi penasihat bukannya pentadbir. Mereka membuat kenyataan itu berikutan sambutan memberangsangkan pelbagai lapisan masyarakat terhadap Pas. Hujah mereka, ia hasil penglibatan perjuangan golongan bukan ulama dalam Pas seperti mana kejayaan politik yang dicapai di Perak, Pulau Pinang dan Selangor.

Abdul Hadi yang berkunjung ke Sinar Harian semalam menjelaskan, desakan agar ulama menjadi pemimpin tertinggi Pas adalah bertepatan dengan matlamat asal penubuhan parti itu yang memperjuangkan sebuah negara berlandaskan ajaran Islam yang menyeluruh.

“Kita tidak mungkin dapat melahirkan pemimpin yang lengkap sepertimana Rasulullah SAW tetapi kita perlu pemimpin ulama yang mampu mentadbir sebuah negara. Ketetapan yang dibuat pada tahun 1983 itu bagi memastikan dasar parti untuk menubuhkan sebuah negara Islam diteruskan pada masa akan datang,” katanya yang barangkali boleh menutup polemik berkenaan.

sumber - sinar harian

Tiada ulasan: