MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

22 Mei 2009

Lagi 40 hari..mohon bimbingan dan doa - Saiful Bukhari



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari Kebenaran yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia bakal tiba. Syukur kehadhirat Allah s.w.t kerana dengan Izin-NYA, saya masih lagi dapat bertahan untuk meneruskan perjuangan hingga ke hari ini.
Dalam meniti hari-hari terakhir episod penantian yang bakal menjangkau 1 tahun ini, persiapan rapi perlu dilakukan bagi memperlengkapkan diri sebelum masuk ke gelanggang nanti. Akan tetapi, pada hemat saya persiapan yang dilakukan secara bersendirian mesti banyak kelemahan-kelemahannya.

Maklumlah, ilmu pun tidak secukup mana dan ini baru pertama kali saya akan beri keterangan di mahkamah.

Justeru, saya dengan rasa rendah diri ingin memohon jasa baik anda bagi memberi bimbingan(tips2) dari segi psikologi, spiritual, kekuatan rohani, perundangan, cara-cara memberi keterangan, dan ilmu-ilmu yang sepatutnya bagi memantapkan diri saya apabila di mahkamah kelak.

Kepada yang sudi membimbing mahupun memberi sokongan moral, bolehlah menghantar kiriman anda ke alamat email HariKebenaran@gmail.com , atau diruangan komentar entri ini.

Nasihat dan bimbingan oleh pakar/profesional seperti peguam, pakar psikologi, para ulama' pensyarah dan para ilmuan yang lain juga amat dialu-lukan.

Kesudian anda untuk membimbing dan membantu saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Semoga Allah s.w.t membalas jasa-jasa anda.


Yang HAK Pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!


SAIFUL BUKHARI

p/s: Atas faktor 'keselamatan', saya ingin mohon maaf terlebih dahulu kerana saya tidak dapat membalas email-email yang dihantar. Identiti pengirim juga akan dirahsiakan. Harap maklum.


sumber - mohdsaifulbukhari

Video berkaitan :








Artikel lain berkaitan :

. Anwar Ibrahim akan berlepas ke Washington pada 25 Jun ? -Saiful Bukhari

. Video 'tidak disengajakan' daripada Saiful Bukhari Azlan..

. 1 Julai 2009 tarikhnya.. Alhamdulillah..Saiful Bukhari

. 9 bulan, saya, tunang dan keluarga dicemuh, semuanya berserah kepadaNYA - Saiful Bukhari

. Akhirnya kebenaran muncul jua..terima kasih Imam Ramlang Porigi




2 ulasan:

Malaysian-2Day berkata...

Jangan gentar Saiful! berani kerana benar. Anwar Ibrahim akan tenggelam dan pengikutnya akan tahu sifat BURUK nya! Pengkhianat seperti ANWAR IBRAHIM jika masa dulu2 dah lama kene pancung! Harapan kami pada Saiful, hapuskan pengkhianat bangsa ini! Dia perlu di hukum kerana perbuatan terkutuk nya itu!

ALLAH BERSAMA2 ORANG YANG BENAR!

ladybird berkata...

Selamat Berjuang Kawan!

Semoga kemenangan akan berpihak kepada yang berhak.