Oleh AIDCNews
Raja Petra Kamaruddin, penulis blog terkenal Malaysia-today berkata anaknya Raja Azman telah dihalau dari rumah kira-kira 18 tahun yang lalu dan hidup bersendirian sejak dibuang daripada keluarga.
Raja Azman, kini 32 tahun, meninggalkan keluarga sejak di sekolah menengah dan sejak itu, "sering dirundung masalah akibat hidup bergelendangan di lorong-lorong belakang Kuala Lumpur.," kata Raja Petra.
"Tidak dapat dielakkan lagi, hidup merempat di jalanan seperti budak nakal menjadikannya seperti sekarang," katanya lagi.
"Anak kami telah diberikan amaran, jika dia terjerumus dalam masalah, itu terserah pada dirinya sendiri. Dia tidak boleh mengharapkan keluarga yang ditinggalkannya membela nasibnya."
Raja Azman - ditangkap pada 6 Mei - mengaku bersalah memecah masuk ke dalam rumah, mencuri wang, telefon bimbit, jam tangan dan sebuah motosikal antara 20 Mac hingga 5 Mei lalu.
Beliau dilaporkan dibenarkan ikat jamin RM10,500 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan tersebut - tetapi tiada siapa datang menjamin - dan mahkamah menetapkan 19 Jun untuk menjatuhkan hukuman.
Kata Raja Petra, lebih baik mempertahankan prinsipnya seperti disuarakan dalam artikel-artikelnya di Malaysia Today daripada merasuah polis untuk membebaskan Raja Azman.
"Sebagai seorang bapa, itulah keputusan paling berat yang saya terpaksa ambil. Ia lebih sukar bagi Marina (Chin Abdullah), ibu yang melahirkannya.
"Kami saling berpegangan tangan dan menatap mata satu sama lain tanpa sepatah kata. Kata-kata tidak diperlukan lagi. Dalam kebisuan itu, hanya hati-hati kami yang berbicara," coretnya dalam artikel terbaru 'My most sincere apology to the nation'
sumber - AIDCNews
12 ulasan:
Kesian...sebagai seorang Ibu saya dapat bayangkan betapa hancurnya hati seseorang ibu jika anaknya melakukan apa apa pun jenayah.
Menghalau anak keluar rumah bukanlah jalan penyelesaiannya kerana anak tetap anak, dari dunia hingga ke akhirat.
Semoga mereka kembali ke pangkal jalan. Masih belum terlambat.
Bukan salah ibu mengandung, tapi salah bapa yang buat ibu mengandung sehingga melahirkan anak kemudian membiarkan anak-anak terbiar di lorong-lorong jalanan tanpa sekelumit kasih sayang.
Kalau beginilah sikap kaum bapa di Malaysia, alamatnya pendatang asing akan berkuasa, melayu akan dijajah semula kerana tidak mempunyai ketahanan diri yang kental untuk menghadapi musuh.
Nak dengar ulasan Nik Ajis pula lepas ni.
akai dah tak ada di kepala hotak RPK
Bodohnya siRPK ni, kalau dah salah, yang boleh dilakuklan cuma bayar jamin atau jamin mulut untuk bebas bersyarat sehinggalah kehari hakim memanggil kemahkamah utk jatuh hukum dan kendian tu jalani hukuman sementara rayuan boleh dibuat selepas itu. Nak rasuah-rasuah polis apa lagi? Ini dah jadi kes mahkamah!!!
alangkah MULIA nya seorang BAPA si RAJA BERUK ini...
Ini lah satu jenis penafian secara halus yg sebenarnya Allah dah tunjuk bahawa ANAK dia tidak dididik dengan ajaran ISLAM..
kesian, budak tu masa umur 14 tahun dah kena halau..
Allah bayar dia dengan tunai. Selama ini dia hanya tahu meludah, akhirnya kahaknya jatuh ke atas mukanya sendiri.
Macam mana anak nak jadi baik, tengok emaknya merokok di khalayak ramai pun kita dah mual. Sedang Raja botak itu hanya melaram dan berlagak dengan motor besarnya, macam dunia ni dibawah tayar motornya. Hidup yang penuh berfoya foya dan kepalsuan bersama dengan mereka yang liberal!!!.
~~so budak tuh kena halau diusia 14tahun!!! Maknanya jika ada ibu bapa yg sanggup menghalau anak yg baru berusia 14tahun keluar dari rumah,bayangkanlah,sedangkan BINATANG PUN SAYANGKAN ANAK2...Something to ponder:
~agak2 apakah kesalahan anak itu sampai dihukum halau dari rumah.
~ Diusia 14tahun masih rebung~ bukankah anak2 dicorakkan oleh ibu bapanya?!
Mmg benar 1 jari menuding pada org lain, 4 jari menuding pada diri sendiri~~
Assalamu'alaikum,
MulanyaPK ni, but selepas membaca statement RPK sendiri,ada beberapa perkara yang boleh kita pelajari disini
1. RPK tanpa rasa bersalah mengumumkan yang beliau menghalau anaknya keluar rumah sejak usia remaja...semasa anaknya berada dalam keaddan identity confusion dan memerlukan sokongan dan kasihsayang dari keluarga.
2. Dengan ego yang tinggi beliau seperti langsung tidak bersimpati dengan keadaan anaknya, seolah2 putus tali kekeluargaan. Adakah kerana selama ini beliau asyik memfitnah dan memperkatakan tentang keburukan orang lain, maka tidak dapat menerima apabila dugaan itu dipulangkan kepada dirinya.
3. Pemikiran yang sempit dimana beliau mengatakan bahawa lebih baik mempertahankan prinsip dari merasuah polis untuk membebaskan anaknya... adakah rasuah itu the only solution untuk membantu anaknya? definitely tak ..dia boleh ambil peguam, bayar ikat jamin dan dalam masa yg sama membantu anaknya untuk berubah. Selagi mahkamah tak putuskan yang anaknya bersalah, selagi itu, masih boleh berusaha dgn pelbagai cara yg mengikut undang2.
Kesimpulannya, what goes around will come around. Samaada boleh terima kenyataan dan bertindak bijak, semuanya terpulang pada kebijaksanaan diri. Keluarga merupakan komponen penting dalam proses pembentukan masyarakat dan
seterusnya negara. Tanpa institusi keluarga, kewujudan negara tidak akan sempurna. Islam memandang keluarga sebagai sebuah institusi pencorak masyarakat yang bakal dibina. Di dalam Islam tanggungjawab kepimpinan keluarga pada asasnya terletak pada kaum lelaki.
Walau bagaimanapun dalam memastikan kejayaan institusi ini, kedua-dua belah pihak iaitu
ibu dan bapa seharusnya memainkan peranan yang sama penting.
Semoga perkara2 buruk seperti ini tidak akan berlaku kepada kita dan keluarga kita.
sejahat-jahat binatang...binatang tetap sayang anaknya..
Anak sekecil 14 tahun sudah dihalau dari rumah!!!
Mampukah seorang anak pada usia berkenaan menyara kehidupan snediri serta berdikari tanpa pertolongan ibu bapa, tanpa bimbingan dan ajaran yang baik dari ibu bapanya?
Sudah tiada kah belas kasihan dalam hati seorang ibu dan ayah hingga sanggup menghalau anak semuda 14 tahun dari rumah?
Apakah kesalahan yang anak sebesar itu lakukan hingga dihalau dari rumah?
Satu pengakuan yang sungguh tidak bertanggungjawab dari RPK! Seolah-olah membuka pekung sendiri!
Message to RPK,
Kau tak payah la nak menyalak mcm anjing nak jaga Kerajaan Malaysia Kononnya. Anak sendiri pun tamau jaga
Halau pada umur 14?
Ape punye bapak la engkau nih
Mahkamah kasik ikat jamin anak tanak,
rasuah polis pulak yg disebutnya. Prinsip ape yg kau pegang Petra oii, Prinsip Merosakkan Anak bangsa sendiri eh silap.. ANAK SENDIRIK
Ini ke cara yang terbaik dalam mendidik anak? Kalau besar sekali kesalahan anak tu, mengapa tak dihantar ke pusat pemulihan je? Sekurang2nya apabila besar boleh berbakti atau berjasa kepada orang lain dan tahu mana yang baik atau yang buruk.
Ini tidak, dihalau dari rumah dan dibiarkan hidup tak tentu arah. Dengan harapan anak tu akan sedar apa dia telah lakukan. Tetapi apa yang berlaku lebih menyusahkan orang lain lagi.
RPK, YOU tak layak untuk mengajar orang lain tentang memilih mana yang baik dan yang buruk. YOU sendiri yang patut berambus dari bumi Malaysia ini. YOU elok GO TO HELL!!!!
Catat Ulasan