MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

6 Mei 2009

Husam, jelaskan dulu 'hala tuju PAS', kata Nasrudin Tantawi

May 6, 09 6:44pm
Timbalan ketua Pemuda PAS menyahut seruan Datuk Husam Musa untuk berbincang dengannya susulan penerbitan artikel menggesa naib presiden PAS itu mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Nasrudin Hasan berkata beliau bagaimanapun juga bersedia memohon maaf kepada Husam jika artikelnya "Datuk Husam Wajar Tanding Presiden" mengguris hati exco kerajaan Kelantan itu.

Beliau juga menuntut Husam, yang disebut-sebut ingin bertanding jawatan timbalan presiden PAS, menjelaskan maksud "hala tuju PAS yang tidak jelas" di blog pemimpin Kelantan.

Nasrudin diminta mengulas kenyataan Husam hari ini yang
dilaporkan "jelas tidak senang hati" dengannya dan menggesa pemimpin Pemuda itu bersemuka, bukannya membuat kenyataan sinis.

Menurut Bernama, Husam berkata Nasrudin tidak sepatutnya menggunakan blog untuk membuat kenyataan sehingga dipetik oleh media yang menggambarkan suasana tidak harmoni dalam PAS.

Dalam blognya Episode Sebuah Perjuangan, Nasrudin hujung minggu lalu berpendapat Husam tidak wajar bertanding mencabar Nasharuddin Mat Isa, timbalan presiden PAS, di muktamar Jun ini.

Menurutnya, jika Husam yakin hala tuju parti itu tidak jelas - khususnya ada usaha berunding dengan Umno - maka jawatan presidenlah yang harus direbutnya.

"Tetapi saya tidak bersetuju beliau bertanding ke jawatan timbalan presiden. Kerana jawatan timbalan presiden tidak akan banyak membantu beliau untuk membetulkan kembali arah tuju parti yang kini telah kabur dan pudar malah meragukan ahli parti (seperti didakwa Husam).

"Jawatan yang sepatutnya ditandingi oleh seorang yang hebat dan berwibawa seperti Datuk Husam ialah jawatan presiden PAS itu sendiri," coret Nasrudin di blognya 3 Mei lalu.

Artikel itu sebagai reaksi tulisan blog Husam penghujung bulan lepas.

Naib presiden itu menjelaskan sebab-sebab beliau berminat mencabar Nasharuddin bagi jawatan penting itu.


sumber - malaysiakini


Tiada ulasan: